-->

Thursday, August 1, 2013

Kepentingan Pengambilan Supplement Tambahan Untuk Kesihatan dan kecerdasan Diri

Penyakit kencing manis, kanser, hig blood pressure, diabetes dan lain-lain penyakit kronik semuanya disebabkan permakanan kita. Disini saya ingin berkongsi sedikit perkongsian berkenaan kepentingan pemakanan supplement, dari blog Mommy Dhia.



********************************************************************************************************************
Kebanyakan orang tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang bertenaga dan mudah letih dan penyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan. 

Oleh itu mengamalkan supplement dan vitamin mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua. 

Sesetengah orang pula perlu zat tertentu untuk keperluan harian. Mereka termasuk yang mengandung, yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sendi), perokok, mereka yang aktif secara fizikal dan yang berumur lanjut.

Bagaimanapun katanya, dengan kepantasan hidup pada zaman ini, bukan sesuatu yang mustahil jika ramai daripada kita memilih mengambil makanan tambahan.

Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat. Mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario seperti dibawah ini: 

1.Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.

6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid foli dan vitamin B12 juga.

7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik) 

8. Masalah jantung - Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.

Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor. 


Sumber: 

Kepentingan pengambilan supplement untuk kesihatan badan. (http://bit.ly/13xnHyW)


jom kita mula sihatkan badan kita dengan supplement tambahan.

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia