-->

Saturday, August 3, 2013

Kereta Itu Asset Atau Liabiliti?
Saya kurang bersetuju jika orang kata "KERETA" itu adalah asset kita. Dalam dunia perniagaan kereta itu adalah liabiliti kita. Dalam dunia account, kalau diorang nak kata kereta itu asset dia, takpa lah. Tapi, inilah prinsiplan yang saya pegang, untuk mendisipliskan diri dan memahami lagi tentang pengurusan keewangan dan harta.

Kenapa Saya Kata Kereta itu Liability?
sebabnya, yang pertama, kereta itu tidak menambahkan duit poket kita, dan yang kedua, kita kena bayar bulan-bulan kat bank sampai habis banyar jumlah pinjaman, selalunya sampai 9 tahun lebih kurang. Ditambah lagi pelbagai maintenance seperti minyak petrol, spare part dan pelagai alah lain. Jadi, apa yang munguntungkan kita? Dahlah kalau tak habis bayar, kereta kena tarik, pastu kalau tak bayar cukai jalan, kereta pun boleh kena tarik. Jadi apa Assetnya kereta itu pada kita?

KALAU DAH HABIS BAYAR LOAN?
tapi kalau kita dah habis bayar loan kereta, mestilah kereta itu menjadi asset kita kan? kan?
hurmm..belum tentu, saya suka kalau kita tukar mind set kita dalam bab ini, sebab ia benar-benar membantu pengurusan keewangan kita. Nah, tengok Definisi kat bawah ni;

ASSET: Apa-apa saja yang menambahkan duit poket kita.
LIABILITY: Apa-apa saja yang mengeluarkan duit dalam poket kita.

korang kena hadam prinsiple ini, saya ulang lagi, sebabnya ia membantu kita dalam soal pengurusan keewangan kita.

Kalau kereta itu dah habis bayar loan pun, kita masih kena keluarkan duit untuk maintenance, roadtax, minyak dan lain-lain.

YANG SEBENARNYA
Difinisi Asset yang kita duk belajar dari dulu bahawa kereta dan rumah itu milik kita itu, adalah kurang tepat. Mortgage untuk beli kereta dan rumah, sebenarnya adalah LIABILITI kita, yang sebenarnya morgage kereta dan rumah itu adalah ASSET BANK, dan LIABILITY kita. Sebabnya dari morgage itulah mereka dapat keuntungan dari interest yang dikenakan.

JADI?
Untuk kita kawal keewangan kita, supaya orang lain tak kawal untuk kita, kita kena mula ambil perhatian dalam bab ini. Supaya FINANCIAL GOAL kita tercapai. Ehh, korang ada financial goal kan? Jadi, mula belajar untuk mengawal keewangan kita, dan cari orang yang pakar untuk membantu.

*penulisan ini bukan pandangan peribadi, ia adalah pandangan orang-orang business dalam menilai ASSET dan LIABILITY.

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia