-->

Thursday, August 1, 2013

Masa Depan Negara Dengan TPPA-apa yang perlu kita tahu? dan mahu?
APA ITU TPP DAN APA YANG SAYA DAN RAKYAT MALAYSIA MAHUKAN?

Untuk entri kali ini, saya mengambil pandagan Ustaz Zaharuddin Muhammad dalam mendalam isu semasa berkenaa TPPA ini. Moga ia bermanfaat bagi kita, dan memberi kita pencerahan ilmu dan fikiran.

                 

Trans-Pasific Partnership (TPP) atau Perkongsian Trans-Pasific seolah-olah sedang mengejutkan rakyat Malaysia daripada tidur. Apa yang malang, akhbar utama Kerajaan seperti Berita Harian Utusan Malaysia langsung tidak banyak mendedahkan dan memahamkan rakyat tentang isu TPP ini, bahkan hanya berita menyokong tanpa penerangan daripada menteri-menteri tertentu sebagaimana akhbar sehari dua in. 

TPP dari satu sudut adalah lanjutan daripada satu perjanjian yang dikenali sebagai Trans Pasific Strategic Economic Partnership Agreement (TPSEP atau juga dikenali sebagai P4) bermula pada tahun 2005. Ia adalah perjanjian perdagangan bebas di antara Brunei, Chile, New Zealand dan Singapore. Ia dilihat lebih cenderung kepada liberalisasi perdagangan di benua Asia Pasifik. 

Bermula daripada tahun 2010, rundingan TPSEP telah berubah kepada Trans Pasific Partnership (TPP), iaitu satu pelan untuk melebar luasan versi TPSEP. TPP adalah pelan perjanjian perdagangan bebas. Pada tahun 2012, ia masih di Peringkat rundingan antara Australia, Brunei, Chile, Canada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Vietnam dan termasuk negara kita Malaysia. Jepun telah menyatakan hasrat untuk menyertai rakan rundingan, tetapi sehingga sekarang masih belum menyertainya setelah dibantah oleh rakyat Jepun, khususnya pada PRU Jepun tahun lepas (2012). Korea Selatan telah diajak oleh Amerika menyertai TPP, tetapi telah ditolak sehingga ke hari ini. Ini berdasarkan maklumat penulisan. Tetapi seorang sahabat saya dalam bidang ekonomi yang belajar di Jepun memberitahu bahawa Jepun telah menerima TPP. 

TPP sebenarnya bertujuan untuk mencapai perjanjian “tahap tinggi” bagi membuka sekatan-sekatan perdagangan atau dengan bahasa lain ialah untuk meningkatkan ‘free trade’ atau ‘perdagangan bebas’. Hari ini, perdagangan dikawal selia oleh sistem percukaian, kawalan kastam, had quota import atau eksport yang banyak dikawal oleh M.I.T.I (Ministry of International Trade and Industry / Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri). 

Free trade ialah polisi yang menjadikan kerajaan “hamper” tidak boleh menyekat import luar yang dating dari negara anggota TPP. Begitu juga, perjanjian Free Trade ini juga akan menjadikan kerajaan akan semakin tidak berupaya untuk mengawal eksport negara, quota import dan eksport sekaligus sebenarnya akan memberikan kesan kepada pedagang tempatan. Menurut anggaran saya, peniaga-peniaga import dan eksport di kalangan orang Melayu yang banyak memiliki quota tertentu juga akan terkesan kerana dasar Malaysia yang banyak memberikan hanya kepada Bumiputera untuk memiliki quota import (Seperti AP kereta dan lain-lain).

Di bawah dasar perdagangan bebas, harga yang muncul adalah berasaskan imbangan antara penawaran dan permintaan (demand and supply). Ini agak bertepatan dengan Islam, tetapi masalah baru yang kebiasaannya muncul ialah, di akhir perjalanan ekonomi akhirnya penentu tunggal kepada harga ialah oleh siapa yang mendapat sumber modal yang utama kerana di dalam sistem ekonomi hari ini, orang yang layak menerima modal daripada The Top Fund seperti pinjaman Bon dan Sukuk adalah di kalangan korporat-korporat besar, khususnya apabila kelayakan pinjaman itu berasaskan RBC (Risk Based Capital) dan Track Record. Realiti ini akhirnya menjadi ‘new comers’ di dalam persaingan perdagangan akan mempunyai peluang yang sempit manakala gergasi-gergasi korporat produksi pula akan semakin melenyek golongan bawahan dan ‘new comers’. Akhinrya hanya golongan 1% rakyat sahaja yang mampu bersaing dan menikmati Free Trade, manakala orang ramai akan menanggung beban kewangan di samping kesempitan peluang perlumbaan di dalam pasaran bebas. 

Free Trade asasnya bertepatan dengan Islam sebagaimana sabda nabi SAW: “biarkan orang ramai menentukan rezeki masing-masing”. Tetapi ia akan menjadi barah apabila sumber perniagaan adalah bersifat peruntukan (resources allocation) yang bersumberkan cukai orang ramai. Orang ramai dipaksa membayar cukai yang akhirnya diguna pakai oleh golongan 1% tersebut. Free trade boleh dikiaskan seperti minyak petrol, sangat berguna untuk menggerakkan enjin. Tetapi apabila minyak petrol tersebut disimbah basahkan satu rumah, kemudian datang pula sistem cukai yang banyak dinikmati oleh golongan 1%, maka ia seumpama api yang mencucuh minyak petrol yang sudah sedia membasahi rumah. 

Di sini, sistem ekonomi moden sebenarnya telah mengheret semua pihak ke kancah krisis kewangan walhal hanya setengah pihak sahaja yang berhadapan dengan masalah. 

Sememangnya struktur dan pengurusan permodalan (resources management), perdagangan bebas dan lain-lain di lihat sebagai baik apabila dilihat dari kacamata berasingan. Tetapi dari persektif ekonomi Islam ia adalah masalah kerana Islam melihat dari semua aspek berkaitan. Seorang yang memberi pinjam RM1000 dilihat sebagai baik. Si peminjam memberi hadiah kepada si pemberi pinjam RM300 sebagai tanda terima kasih juga adalah baik. Kedua-dua transaksi ini dilihat baik jika ia berasingan, tetapi akan jadi riba apabila kedua-dua transaksi ini dicampurkan sekali di dalam satu kontrak. 

Begitulah ibarat sistem ekonomi hari ini. Alternatifnya, sistem Islam ialah membebaskan rakyat daripada monopoli perdagangan, meningkatkan modal (capital power) rakyat dan menyekat pengaruh luar menguasai market tempatan dengan sistem Usyur. Itu yang saya dan rakyat Malaysia mahukan, bukan TPP. 

- Zaharudin Muhammad.

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia