-->

Saturday, August 3, 2013

Kenapa Perlu Secondhand Car?

Setiap orang bercita cita nak mempunyai kereta sendiri, lebih-lebih lagi orang lelaki, biasalah nak act depan marka. Disebabkan semua nak beli kereta lah jalan semakin JEM. aduhai..

Baik, selagi lagi saya ulang, bila ia berkenaan duit kita, duit kita, saya ulang lagi DUIT KITA...kita kena take control terhadap duit kita itu, jangan bagi "THE SO CALLED EXPERT" control duit kita. Ehh, siapa mereka? nah baca ini  "THE SO CALLED EXPERT". Get educated, tentang keewangan, jangan biar orang lain kawal dan buat decision untuk kita.

Baik, saya bukan cuba untuk mempengaruhi anda, ini pandangan peribadi saya dalam soal beli kereta. Saya share perkara ini, hanyalah untuk berkongsi pandangan, mana yang baik, ambiklah, FREE, mana yang rasa kurang baik, tolong betulkan saya.

Baik, dalam nak beli kereta, korang perlu consider beberapa perkara penting.

1) Budget korang
2) Nilai Kereta yang korang nak beli

Ramai dalam kalangan kita, lepas habis belajar, cari kerja, dapat slip gaji, apply loan, lepas itu nak beli kereta baru terus. My advice, jangan memudayakan beli kereta baru awal-awal pekerjaan, tambahan lagi beli dengan hutang, sangat-sangat tak menggalakkan, korang akan rugi. Melainkan korang mampu menukarkan kereta korang itu menjadi asset.

COP! COP!!..bukan kereta itu memang assets kita ka?
hurmm..terus terang cakap, yes, kereta memang asset, tapi asset pada bank, dan liabiliti kita. Bila mana kita sign contract mortgage kereta, maka, kereta kita secara automatik menjadi libiliti kita dan asset BANK.


Secara peribadi, saya berpendapat, jika kita baru start kerja, dan plan nak berumah tangga dalam masa terdekat, BELI kereta second hand, buat permulaan, tak perlu beli kereta baru. Jika korang ni memang jenis kaya, anda dialu alukan, untuk beli 1st hand car.

Kenapa saya sarankan kereta secondhand car pada orang-orang yang baru mula kerja, dan yang nak berkahwin. Nah, saya senaraikan beberapa faktor.

LEBIH MURAH
sebabnya, harga kereta second hand jauh lebih murah, dan kita maklum bahawa kereta mempunyai harga susut nilai, maksudnya, tahun demi tahun, harga kereta akan jatuh. Korang kena bijak memilih kereta second hand, lihat pada harga semasa, dan tahu tahun pengeluaran kereta itu, PLUS owner tu jenis macam mana. Kalau jenis owner yang tak pandai jaga kereta, check balik kereta tu. Menilai kereta secondhand itu penting, jika korang bijak korang akan untung, jika korang main ambik ja, korang boleh rugi.

TERLEPAS DARI PERANGKAP HUTANG
Macam saya kata awal-awal tadi, jangan budayakan berhutang untuk perkara yang kurang penting. Utamakan kepentingan yang lebih penting, inilah prinsip dalam fiqh awlawiyat. Kebiasaannya kita akan banyar 0 - 10% downpayment. INGAT PRINSIP INI "LAGI RENDAH DOWNPAYMENT, LAGI BANYAK HUTANG KITA". Harga kereta yang mula-mula kita beli RM50,000 boleh bertukar menjadi RM65,000 selepas ditambah dengan interest/ RIBA.

BOLEH BAYAR ANSURAN
Bab komunikasi sangat penting dalam hal ini, iaitu bayar secara ansuran. Kalau anda bijak, anda mampu tukar agreement contract jual beli secara cash kepada bayaran secara ansuran. Setiap bulan anda bayar sikit-sikit. Saya berpendapat, kaedah ini sesuai jika kita nak beli secondhand car dari ahli keluarga kita sendiri atau orang yang kita rapat. terpulang kepada owner itu. Susah nak buat, tapi tak mustahil, ada kaedah dia sebenarnya.

BELAJAR BERDISIPLIN
Dari mula kita pegang duit, kita dah kena belajar berdisiplin tentang pengurusan duit.
“Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (Surah Yusuf, ayat 47) 

Dalam ayat ini, kita diajar prinsip untuk menyimpan, untuk bersungguh-sungguh dalam mengumpul harta di awal-awal pekerjaan kita, dan balajar berjimat, hanya kelurkan duit pada perkara-perkara yang penting saja. Saya berpendapat, di awal-awal pembinaan career kita, biarlah kita hidup sedik susah, simpan duit untuk yang lebih utama, iaitu selepas berumah tangga dan beranak pinak nanti.

Baik, secara kesimpulan dalam bab ini, ia bergantung kepada kemampuan kita dan kereta yang kita nak beli itu. Pendapat saya ini hanyalah untuk kondisi tertentu sahaja, perancangan keewangan perlu dibuat sesuai dengan individu itu sendiri. Korang kena pandai menilai dan buat kira-kira. Mana yang boleh pakai, korang ambiklah sebagai teladan, mana yang buruk sama2 kita perbetulkan. moga ia membantu.




Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia