-->

Tuesday, August 13, 2013

Tentang Kami : Glory Generation Financial Consultancy

Assalammualaikum, hi nama saya Mohd Kaizan. Saudara/i boleh panggil saya “Kaizan”. Secara ringkas tentang latar belakang pendidikan saya, saya mendapat pendidikan Diploma dalam pengurusan perniagaan, Degree dalam Pengurusan Pemasaran di UiTM dan juga mendapat didikan pengurusan kewangan dibawah agency “AlFunajah”, Takaful Ikhlas Sdn Bhd.

Sekarang ini saya dan berberapa sahabat saya Sukry dan Fauzan telah menubuhkan Glory Generation Financial Consultancy. Tugas seharian kami adalah untuk membantu orang ramai dalam pengurusan keewangan peribadi, dari segi pelaburan, takaful, harta pusaka dan lain-lain. Dalam masa yang sama, kami cuba untuk aplikasikan prinsip-prinsip yang kami berkongsi bersama dan kami juga sedang belajar untuk membuat business.

penapadi.blogspot.com merupakan blog peribadi saya, medan saya untuk membantu orang ramai dalam soal keewangan, perniagaan, motivasi dan lain-lain. Insyaallah dalam blog ini, saya akan istiqomah dalam memberi sedikit sebanyak tips-tips pengurusan duit dalam poket kita, sedikit sebanyak mengenai selok belok perniagaan, dan motivasi.

Bila bercakap mengenai duit ni ramai sangat yang terus berminat pasal buat duit & pelaburan duit, sehingga terlebih excited, sehinggakan hilanglah pertimbangan kita untuk menilai sesuatu itu secara bijak. Sedangkan kalau kita betul-betul faham prinsip keewangan, isu pokoknya adalah mengenai bab pengurusan duit yang kita perolehi, dan bukan berapa banyak duit yang masuk dalam poket kita.

Malangnya orang cuma nak tahu cara urus duit selepas dia ada masalah. Sepatutnya kita kena tahu cara mencegah dulu sebab bila dah ‘sakit’ baru nak mengubahnya, sangat sukar untuk megubahnya, tapi tak mustahil.

Saya menyediakan platform ini untuk memberi bantuan nasihat dan pandangan kepada anda, khususnya bab pengurusan keewangan. Saya alu-alukan untuk pembaca untuk bertanya dan insyaallah saya akan menjawab, insyaallah jawapan saya adalah dari rujukan pakar-pakar dalam bidang pengurusan keewangan. Akhir kata, moga ALLAH merahmati dan berkhati usaha saya dan tuan/puan. Salam.
Saudara/i boleh terus hubungi saya di talian 019 4501495

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

3 comments:

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia