-->

Saturday, June 1, 2013

Intipati Dalam Kisah Ashabul Khafi Dalam Konteks Semasa
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
(Riwayat Muslim)

Surah Al Khafi merupakan surah yang dituntut untuk dilazimi seperti surah Yassin, khususnya pada hari jumaat. Kerana surah ini membicarakan perlbagai isu yang kena pada waqie’(keadaan) semasa.

Rasulullah s.a.w telah membicarakan soal kedatangan dajjal dalam satu khutbah, ia telah dirakam dalam sebuah hadith yang panjang. Ulama bersepakat dalam hal ini bahawa surah Al Khafi merupakan pelindung diri dari fitnah dajjal.

Dalam artikel ini saya akan lebih tumpukan pada kisah-kisah dalam surah Al Khafi dan apa intipati dalam kisah-kisah yang telah dirakam dalam Quran, dan di akhirnya saya akan sentuh sedikit mengenai peranan kita dalam menangkisi fitnah dajjal.

ALLAH S.W.T memberi petunjuk ke jalan yang lurus kepada siapa yang dikehendaki-Nya
Berikut saya senaraikan kisah-kisah dalam surah al Khafi beserta ayat-ayatnya.
Kisah Pertama: Ayat 9-26 : Cerita tentang ashabul kahfi
Kisah Kedua: Ayat 32-38-46 (lebih kurang) : Cerita tentang pemilik kebun
Kisah Ketiga: Ayat 60-82 : Cerita Nabi Musa berjumpa dengan Nabi Hidir
Kisah Keempat: Ayat 83-101 : Cerita tentang Zulqarnain dengan yakjuj dan makjuj

Dalam artikel ini, saya berhajat untuk focus dahulu pada kisah Ashabul Khafi, kemudian akan menyambung pada kisah-kisah lain pada artikel lain. Insyaallah
Nilai utama ataupun core value yang perlu dititik beratkan dalam kisah ini ialah berkenaan AQIDAH.

Dalam kisah ini, pemuda-pemuda ini melarikan diri dari suasana yang boleh menggugat aqidah mereka dan dari ancaman raja yang zalim pada zaman itu.

Perlu kita menilai dalam konteks mereka(pemuda-pemuda itu). Mereka sanggup melarikan diri dari kampung halaman mereka dan bersusah payah menyembunyikan diri dalam sebuah gua. Jika kita dalam situasi mereka, adakah kita akan melakukan perkara yang sama? 

Apakah nilai aqidah sebenarnya?
Maha Suci ALLAH, tiada tandingnya nilai Aqidah Islam ini, kerana inilah yang kita bawa untuk berjumpa dengan ALLAH.

Rujuk pada tafsir quran ayat ke 22
Isunya ialah berlaku perselisihan dalam hal-hal furuq, atau dalam kata lain, hal-hal cabang, kerana terdapat banyak pendapat tentang jumlah pemuda itu. Dan ALLAH berkata

“Janganlah engkau berbantah tentang hal mereka….”

Ertinya dalam soal cabang, kita tidak perlu berbalah sehingga menimbulkan perpecahan. Yang perlu kita tekankan ialah soal AQIDAH, ia memang tiada cabang, tetapi dalam usul fiqh terdapat banyak hal-hal furuq(hal-hal cabang). Dan janganlah kita berbantah dalam hal ini. Realiti sekarang, umat Islam tidak bersatu kerana mereka berselilisih dalam soal cabang. Jika anda dalam medan dakwah, anda akan faham tentang perkara apa yang diperselisihkan.

Termasuk juga dalam soal-soal yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, perbalahan dalam perkara-perkara yang bersifat cabang ataupun kurang penting perlu diketepikan. Ini adalah untuk membina kesatuan umat.

Selain dari itu, ada ayat menceritakan bahawa salah seorang pemuda itu keluar dengan membawa wang perak untuk pergi ke kota bagi membeli bekalan.
Persoalannya, kenapa wang perak?
Pandangan peribadi saya, wang perak, emas dan gangsa mempunyai nilai dan sesuai digunakan pada setiap zaman. Dari dulu hingga kini, perak, emas, dan gangsa merupakan pengukur kekayaan.
Jika dilihat dalam konteks semasa, banyak Negara kian jatuh ekonominya akibat dari sistem penggunaan wang yang salah.
(kajian perlu dibuat dengan lebih mendalam dalam soal mata wang sekarang, dan ia memerlukan pakar dalam bidang tersebut)

Dalam ayat lain, ALLAH menekankan
Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu “Aku pasti melakukan itu besok pagi”
Kecuali dengan mengatakan “insyaallah”

ini adalah bab AQIDAH dimana ALLAH menekankan supaya kita menyebut Insyaallah apabila kita menjanjikan sesuatu.

Insyaallah bukan hanya sekadar lafaz, dengan lafaz ini ia membawa kita supaya bergantung sepenuhnya kepada ALLAH selepas berusaha bersungguh sungguh.

Esok, saya akan siapakan assignment Business Marketing saya Insyaallah
[Esok, saya akan siapakan assignment Business Marketing saya] niat dan usaha untuk buat.. [Insyaallah] meletakkan pergantungan kepada ALLAH..

Sebelum kita bertawakal, kita perlu niat dan usaha..
Pertolongan ALLAH pasti datang pada hamba-hambanya yang soleh

saya membincangkan kisah ini kerana terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil, kerana siapa yang tidak mengkaji sejarah, maka mereka akan mengulangi kesilapan yang sama. Saya ingin mengaikan kisah ini dengan konteks semasa, supaya kita dapat mengubah keadaan semasa. Kita perlu mempelajari sesuatu dalam kisah ini, walaupun sikit, kerana ini dapat membantu kita di zaman fitnah dajjal.


Secara kesimpulan dalam kisah ini, saya berpendapat ALLAH menyuruh kita dan mengajak kita bagi memperkuatkan aqidah Islamiyah kita dan mempertahankan walau apa jua sekalipun. Kita perlu faham kalimah tauhid, iaitu “laa ilahaa illaallah”. Seterusnya ALLAH mengajak kepada kesatuan umat dengan tidak bergaduh dalam soal cabang yang telah menimpa masyarakat kita pada masa kini. Selain dari ini ALLAH mengajak kita untuk meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada ALLAH setelah ada niat yang baik dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia