-->

Monday, June 17, 2013

Kepelbagaian Kepimpinan: Cari Titik Persamaan Bukan Titik Perbezaan
“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah”
(Al Anbiyaa’ ayat 73)

Pemimpin yang tidak suka pada “kepelbagaian”, sebenarnya mereka kurang yakin pada diri sendiri. Kepelbagaian yang dimaksudkan ialah kepelbagaian dari sudut skill, pandangan, idea dan cara pendekatan. Pemimpin seperti ini merasa tidak selesa dengan orang-orang yang lain dari dia. Pemimpin seperti ini merasakan diri mereka saja yang betul, sehinggakan, mereka merasa tergugat dengan kepelbagaian kepimpinan orang lain, dan mula menyekat pandangan orang lain, idea, cara pendekatan dan lain-lain lagi. sedar ataupun tidak, ini yang berlaku pada dunia hari ini. Ini merupakan masalah yang timbul dalam organisasi persatuan, organisasi kerjaaan atau mana-mana organisasi dimana ada ketua dan dimana ada pengikut. Fenomena seperti ini hanya akan menyekat productivity modal insan dan organisasi sahaja.

"cara aku adalah yang paling betul, ikut aku"
"aku tak setuju dengan cara kamu tu, ikut cara aku, aku orang lama"
"kita kena buat macam ini, tak boleh buat macam itu, ikut cara aku"

Apa yang pemimpin seperti ini mahukan ialah, mereka hendak orang lain ikut cara mereka, fikir macam mereka, ikut idea mereka, ikut pendekatan mereka, seolah-olah mereka merupakan contoh yang terbaik. dan kalau boleh, pemimpin seperti ini tidak mahu orang lain mengatasi diri mereka. Itu yan g membuatkan diri mereka goyah, resah dan rasa tidak selesa.

Ini kerap berlaku dalam organisasi. Persoalannya, daripada mewujudkan perasaan tak puas hati dan mewujudkan situasi kerja yang rijid, kenapa tidak menggunakan sebaik baiknya pandangan orang lain, pendekatan orang lain, kepelbagaian skills orang lain untuk mencapai matlamat organisasi? kenapa tidak begitu?

“I can do what you can’t do and you can do what I can’t do. Together we can do great things.” ~ Mother Teresa

Wehdatul fikri, wehdatul amal dalam aplikasi gerak kerja

ia membawa maksud "Kesatuan kefahaman dan kesatuan gerak kerja:, ia amat perlu diterapkan dalam organisasi. ia akan mewujudkan sebuah organisasi/team yang hebat dalam gerak kerja, dimana terdapat kepelbagaian dalam team tersebut, dan mereka boleh buat kerja bersama-sama dalam mencapai matlamat organisasi.

Pengalaman cukup mengajar saya tentang ini, bahawa dengan hanya seorang diri, matlamat organisasi tidak mampu dan tidak akan tercapai. Lebih besar matlamat sesebuah organisasi itu, maka lebih banyaklah kepelbagaian yang diperlukan. Dalam pembentukan sebuah organisasi yang baik, kita memerlukan seseorang yang dapat menapung kekurang seseorang yang lain, dan dapat saling menguatkan antara satu sama lain. kepelbagaian perlu disalurkan dengan kaedah yang betul, bukan disekat dan dibuang.

sebagai analogi; macam mana nak buat nasi ayam? apa yang perlu ada?


Rajah diatas menunjukkan perkara-perkara yang perlu ada untuk membuat nasi ayam. cuba kita bayangkan orang jual pada kita nasi ayam tanpa ayam, apa yang kita rasa? atau makan nasi ayam tanpa sos atau nasi ayam itu tidak mempunyai rempah.? tentu sahaja kita merasa  kekurangan pada nasi ayam itu dan mula merasa tak puas hati. Dalam konsep wehdatul fikri dan wehdatul amal, ia membawa kepada matlamat membuat nasi ayam itu memerlukan gerak kerja yang pelbagai, dari sudut peranan, tugas, skill, idea dan lain-lain dalam membuat nasi ayam.


jika di dalam konteks organisasi pula, penerapan konsep wehdatul fikri dan wehdatul amal ini membawa kepada, hendak mencapai matlamat organisasi dengan kepelbagaian skills, pendapat, idea, cara pendekatan dan lain-lain. seperti bermain catur, setiap buah catur itu ada peranan masing-masing.

pemimpin-pemimpin di peringkat atasan, pertengahan dan bawahan perlu;
1.    perlu ada kepatuhan kepada ketua tertinggi
2.   Bersikap terbuka pada cadangan orang lain
3.   Mampu menerima kritikan dari orang lain
4.   Menerima kelebihan dan kelemahan rakan. (menerima seseorang itu)
5.   Memahami matlamat organisasi jangka masa pendek dan panjang
dan pelbagai perkara lain.

berikut saya senaraikan 10 Gaya Kepimpinan yang diperlukan dalam sebuah organisasi/ team berkempimpinan (John C Maxwell):

Visionary/ bermatlamat
Ini merupakan satu ciri kepimpinan yang mampu memberi inspirasi pada orang lain. Kepimpinan seperti ini mampu melihat kehadapan, mampu melihat opportunity dan threat dengan cepat berbanding orang lain. Kepimpinan seperti ini mampu berimaginasi besar.

2) Directional
Pemimpin seperti ini memimpin orang lain untuk sampai matlamat organisasi. Memahasi hala tuju organisasi. Mereka akan memastikan bahawa orang-orang lain berada pada landasan yang betul.
John F. Kennedy said, “Efforts and courage are not enough without purpose and direction.”

3) Strategic
Pemimpin seperti ini mampu menilai keadaan semasa dan mereka mampu mengumpulkan resources (cth. wang, tenaga kerja) yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Pemimpin seperti ini mampu memahami process setiap sesuatu.

4) Managing
Pemimpin seperti ini tahu bagaimana untuk menguruskan kerja mereka. Mereka mana yang penting dan mana yang kurang penting, dan mereka juga tahu delegasi tugas pada orang yang sesuai.

5) Motivational
Pemimpin seperti ini melihat bahawa manusia mempunyai nilai yang tinggi dalam organisasi. Mereka memotivasikan orang-orang lain, dan mereka mampu menjadi contoh yang baik, untuk orang lain ikut sekali. Pemimpin seperti ini kenal kekuatan ahli-ahlinya, dan mereka mampu merangsang semangat ahli-ahlinya untuk mencapai matlamat organisasi.

6) Shepherding
Pemimpin seperti ini sangat mengambil berat tentang ahli-ahlinya. Mudah didekati dan bercakap, dan mereka mampu memahami orang lain. Mereka ini memimpin dengan hati yang baik, dan mempunyai attitude yang mengangkat rasa hormat orang lain pada diri mereka.

7) Team – building
Pemimpin seperti ini mempunyai skill untuk melihat kelebihan dan kekurangan orang lain, dan mereka mampu mewujudkan sebuah team yang menguatkan antara satu sama lain. Mempunyai hubungan yang erat dalam pasukan, kurang ego dan senang menghargai percapaian orang lain.

8) Entrepreneur
Pemimpin seperti ini melihat risiko sebagai peluang. Mereka melihat possibility adalah lebih baik daripada security. Mereka tidak takut untuk gagal, dan mereka mampu bangun balik bila terjatuh.

9) Reengineering
Kepimpinan seperti ini suka menyelesaikan masalah. Mereka sering hendak memperbaiki kekurangan diri sendiri, orang lain, dan organisasi.

10) Bridge-building
Bridge-builders merupakan negotiators yang hebat. Mereka bekerja dengan baik bersama orang lain dan mereka mempunyai banyak kenalan ataupun network. Mereka tidak melihat bertolak ansur itu satu perkara yang lemah, sebaliknya mereka menganggap ia sebagai satu perkara yang perlu untuk lebih effektifkan kerja berpasukan.

10 gaya kepimpinan diatas merupakan gaya yang biasa kita lihat dalam organisasi. cuba kita lihat kembali pemimpin-pemimpin dalam organisasi kita. Ada yang ada pada diri kita, dan ada yang ada pada orang lain. Gaya-gaya ataupun nilai-nilai kepimpinan terbut perlu untuk menjadikan organisasi kita hebat.

Cari titik persefahaman, bukan titik perbezaan

Aplikasi konsep KAIZEN dalam organisasi;
1.    Pilih 2 gaya kepimpinan diatas yang sesuai dengan diri anda.
2.   Minta sahabat kita untuk beri 2 gaya kepimpinan untuk diri kita. Adakah sama seperti yang kita pilih?
3.   Senaraikan rakan-rakan kita bersama gaya kepimpinan mereka. Setelah itu, cari gaya atau nilai kepimpinan yang kurang dalam organisasi/team tersebut.
4.   Cari rakan yang dapat membantu melengkapkan team kita.



Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia