-->

Monday, October 3, 2011

Yang Penting, Sejauh Mana Kita Telah Melangkah
Amar merupakan seorang pemuda yang kuat bekerja.Keluarganya merupakan antara yang termiskin di kampung. Hidup mereka Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Oleh kerana kesusahan, dia terpaksa berhenti sekolah seusia 16 tahun untuk memberi peluang kepada adik-adiknya yang lain meneruskan persekolahan. Sejak itu berbagai pekerjaan yang telah dilakukan. Dia tidak pernah peduli kerana sedar dengan kelulusan PMR apa sangatlah pekerjaan yang boleh dilakukan. Asalkan kerjanya halal, dia tidak pernah menolak kerana segala-galanya untuk meneruskan kehidupan dan menyara Ibu dan adik-adik yang disayangi. Bapanya pula tidak bertangungjawab, meninggalkan mereka sekeluarga sewaktu dia berusia 9 tahun. Sejak itu ibunya yang bertungkus lumus bekerja menyara mereka lima sekeluarga. Tetapi kerana penyakit kronik yang dihadapi ibunya, dia selalu merasa penat dan akhirnya dia sudah tidak mampu lagi melakukan pekerjaan seperti biasa. Mengambil tanggungjwab sebagai anak sulung, Amar tekad berhenti belajar dan berkerja untuk menyara keluarga.
Suatu hari, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dua orang adik kesayangannya terlibat dalam kemalangan ketika menunggang basikal pulang ke rumah. Selepas koma selama tiga hari, kedua-duanya menghembuskan nafas terakhir. Amar seperti tidak percaya dan menangis sepanjang malam, merintih pemergian orang tersayang.Dalam tangisan itu, dia berkata:
‘ya Tuhan, apakah dosaku sehinggakan semua ini terjadi kepada ku. Sudahlah aku miskin,bapaku pergi tanpa rasa tanggungjawab dan sekarang adik-adik yang aku sayangi dan sanggup aku lakukan apa sahaja untuk mereka telah pergi. Kenapa ini terjadi kepada ku?
*********************************************************************************
Nurul adalah antara pelajar terbaik di universiti. Dalam usia 21 tahun, dia memang menarik perhatian ramai lelaki bukan sahaja dengan keayuan wajahnya tapi juga sikap lemah lembut dan berakhlak yang menghiasi dirinya. Sesiapa sahaja yang pertama kali bertemu dan bertentang mata, pasti merasa tenang. Dengan kata-kata yang lemah lembut dan penuh motivasi, dia boleh diandaikan sebagai wanita melayu idaman lelaki. Tetapi tidak apa yang perlu dihairankan kerana dia datang bukan dari keluarga sebarangan. Bapanya adalah ahli perniagaan manakala ibunya pula adalah ustazah disebuah sekolah agama. Dua orang adik lelakinya masih bersekolah. Sejak kecil lagi, mereka memang diberi didikan agama. Dia sentiasa bersyukur kerana dikurniakan keluarga bahagia. Setiap kali cuti semester, dia pasti tidak melepaskan peluang untuk pulang ke rumah.
Bapanya adalah antara ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya. Syarikat kepunyaan bapanya mempunyai rangkaian di beberapa buah negara asia. Sehingga suatu ketika, akibat perbuatan khianat oleh musuh-musuh perniagaan, syarikatnya jatuh bangkrup. Akibatnya, kerana tidak percaya yang empayar perniagaan yang dibinanya telah runtuh, dia menghadapi tekanan mental dan setelah pemeriksaan doktor,dia dimasukkan ke Hospital mental. Nurul sangat sedih terhadap apa yang terjadi kepada keluarganya tetapi redha. Dia percaya apa yang berlaku adalah ujian dari Allah untuk memguji keimanannya. Setelah beberapa tahun, berkat usahanya dan keluarganya, bapanya kembali normal dan membina kembali syarikat tersebut.
*********************************************************************************
Dua cerita yang saya bawakan diatas hanyalah rekaan semata-mata tapi mungkin pernah anda temui dalam kehidupan seharian. Apa yang mahu saya sampaikan adalah orang yang miskin dan merana hidupnya kadang-kadang menjadi lebih miskin. Bagaimana? setiap kali ujian datang,dia selalu mengeluh dan mempersoalkan. Lain pula dengan orang yang kaya terus menjadi kaya. Setelah sekian lama hidup senang dan kemudian di timpa musibah, dia berupaya menerima hakikat kehidupan yang manusia tidak selalunya berada diatas.
Tapi Ada juga manusia yag hidup menderita, sengsara, miskin tetapi kerana ketabahan menjalani kehidupan, berusaha dan yakin yang suatu hari nanti nasibnya akan berubah, akhir dia berjaya keluar dari belenggung kemiskinan. Anak-anak yang dulunya ditatang dengan penuh kasih sayang, didikan agama,dibesarkan penuh kesusahan dan apabila besar dapat menolong kembali si ibu bapa. Segalanya susah payah ibu bapa terbalas.
melangkah
Dari mana kita berasal, sama ada kaya atau miskin, keluarga bahagia atau bermasalah tidaklah penting. Yang penting sejauh mana kita telah melangkah dari tempat kita bermula. Kita tidak mempunyai hak untuk menentukan dari mana kita dilahirkan. Semuanya telah pun ditentukan oleh Allah sebelum dilahirkan lagi. Tapi kita sentiasa mempunyai peluang ke mana dan sejauh mana kita mahu melangkah.
Jika anda berada di titik A(andaikan sebagai titik paling bawah) dan setelah bertahun-tahun berusaha, akhirnya anda berada di titik M. Bandingkan dengan orang yang berada dititik D dan selepas beberapa tahun hanya mampu berada di titik N. Jika dibandingkan, anda adalah lebih berjaya kerana anda bergerak lebih jauh darinya mamandangkan anda berada di titik yang paling bawah.
Jadi, bersyukurlah kepada Allah jika anda sudah bergerak jauh dari tempat bermula dan kehidupan anda yang lebih baik kerana tanpa kekuatan tenaga, semangat dan pemikiran yang diberikan Allah, tidak mungkin anda mampu bergerak sejauh itu.
Realiti Sebuah Kehidupan, Kita Adalah Hamba Tuhan
Memang realiti sebuah kehidupan yang kita adalah hamba tuhan. Tidak kira apa yang kita lakukan semuanya dalam pengetahuan Allah yang menjadikan kita dari setitis air benih yang hina. Kesedihan, kegembiraan, kemarahan yang dirasai adalah liku-liku kehidupan yang menjadikan kehidupan kita penuh warna-warni.
Sedarkah kita yang kadang-kadang kita berusaha sedaya mungkin tetapi masih gagal merealisasikan cita-cita dan harapan. Kita bukannya tidak bekerja bersungguh-sungguh, malah telah cuba yang terbaik untuk meningkatkan prestasi dibidang yang kita ceburi.
Jadi, apa pilihan kita? Jika kita berasa kecewa dengan apa yang kita miliki dan dapat, kita tentu akan terus beroleh kekecewaan. Apa yang kita fikir itulah yang kita akan dapat.Adalah lebih baik untuk kita muhasabah diri dan merenung hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang terjadi. Jika kita memilih untuk terus berusaha dan tidak membelakangkan Allah, pastinya kita akan diberi laluan untuk berjaya kelak.
Pada masa yang sama, jangan lupa cari tempat untuk meluahkan perasaan. Manusia perlukan manusia yang lain untuk hidup. Hiduplah bermasyarakat supaya di waktu kita susah, ada yang sudi membantu. Ada yang mahu membelai, mahu berkongsi cerita bersama anda. Orang yang mempunyai masalah dan tidak menjumpai tempat melauhkannya akan merasa bebanan, dia akan rasanya kehidupan didunia terlalu berat dan sarat dengan masalah. Perasaan ini jika tidak dikawal boleh menjerus kepada perkara-perkara yang tidak diduga. Jesteru, untuk bangkit semula, carilah teman dan rakan yang dapat kita percayai dan akan bersama-sama melayari kehidupan dengan kita.
Ujian yang Datang bukan untuk dikesalkan
Pernahkah anda rasa keseorangan, rasa tidak mempunyai sesiapa, rasa yang hidup anda sudah tidak berguna?. Kepulangan anda ke kampung halaman tidak sangat bermakna. Orang lain hidup dalam keadaan bahagia dan gembira dengan keluarga, anda pula rasa tertekan. Kawan yang dulunya sama-sama bergelak ketawa, kini menjadi lawan. Janji-janji manis mahu sehidup semati bersama kekasih kini menjadi cuka kehidupan yang cukup perit untuk ditelan.
Sesungguhnya, Allah maha mengetahui apa-apa yang tidak ketahui. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan,langit mana tidak pernah dihentam bunyi guruh. Jadi, usah dikesal dan dirungut jika ujian datang tanpa disangka dan tanpa diminta. Hadapinya dengan penuh ketenangan dan percaya yang Dia akan sentiasa bersama kita selagi kita percaya. Tiada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa kita akan kekal menjadi diri sendiri tatkala kita berada di puncak. Kita mungkin berubah tanpa kita sedari, namun segala sesuatu yang akan berlaku esok sudah berada di dalam genggamanNya.
Kerana cintanya Allah kepada kita, dia memberi ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita sebelum kita mencapai ke puncak. Tujuannya, agar kita sentiasa mengingatiNya dalam perjalanan kita mencapai impian diri. Namun sekali manusia, seringkali melupakan tanggungjawabnya sebagai hamba sewaktu senang. Apabila musibah datang, barulah mahu diingati penciptanya dan pada waktu ini, bibir mula tidak kering dari meminta pertolongan Allah, minta agar diberi kesabaran dalam menempuh ujianNya. Baru kita ingat akan musibah itu adalah ujian. Di waktu senang, kita lupa ia juga ujian, ujian dari Allah untuk melihat masih bolehkah kita mengingtiNya atau terus hanyut dalam kesenangan hidup dunia.
Namun, selalu kita kehairanan. Sudah letih bibir menyebut nama Allah, meminta agar diberi pertolongan dan kekuatan untuk bangkit semula dari kegagalan. Hidup ini terasa perit dan jerih. Tetapi sayang, doa masih tidak dimakbulkan. Jadi, adakah kita mahu berputus asa. Usah begitu kerana Allah masih mahu kita merintih kepadaNya sebelum doa kita dimalbulkan.
Kita sudah lama hidup dalam kesenangan, jesteru apabila jatuh, Allah memberi masa yang lama dan panjang untuk bangkit semula dengan harapan agar kita bangun dari tidur yang panjang. Jadi, apabila kita sudah berada dipuncak semula, kita tidak akan mengulangi perkara yang telah berlaku yakni hanya mengingati Allah diwaktu susah.
Firman Allah;
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Jadi ingat, yang penting dalam kehidupan adalah sejauh mana kita telah melangkah dari tempat kita bermula. kita tidak punya pilihan untuk menentukan tempat kita bermula kerana itu adalah takdir Allah, tetapi kita punya upaya untuk kemana dan bagaimana kita melangkah. Dan dalam langkah kita itu, pasti akan diberi ujian, bukan untuk ditangisi dan dikesalkan, tapi untuk menguatkan keimanan kepada Dia,Sang Pencipta, pemilik seluruh alam, Allah SWT.

Sumber: http://amuslimhouse.com/2010/06/yang-penting-sejauh-mana-kita-telah-melangkah/

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

1 comments:

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia