-->

Sunday, October 30, 2011

KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA bahagia 4

BENARKAH DA’YAH “NANTI SETELAH MERDEKA BARU MAHU BERAMAL DENGAN ISLAM” ??


Sesungguhnya sepedih-pedih dan sesedih-sedih kejadian ialah ketika matlamat mereka ini telah tercapai. Apabila negeri telah merdeka, mereka mengkhianati janji mereka. Mereka pura-pura lupa apa yang mereka laung-laungkan di masa perjuangan kemerdekaan. Dan jadilah Islam sebagai mangsa pertama pengkhianatan sesudah negara merdeka. Mereka memperalatkan Islam untuk membangunkan istana kemewahan dunia dan mendiami di dalamnya. Kerana kelebihan Islamlah perjuangan mereka berkobar dan hingga akhirnya mereka berjaya.

Saudara-saudara sekelian…….

Tidakkah ini termasuk sebesar-besar jenayah yang dapat disaksikan dalam sejarah Islam. Bukankah ianya sebesar-besar pendustaan yang timbul dalam dunia politik? Diatas pengkhianatan seumpama inilah hati-hati akan hancur luluh kerana terlalu duka- sekiranya dalam hati itu masih ada saki-baki roh Islam dan iman.

PENJAJAHAN BANGSA SENDIRI SELEPAS PENJAJAHAN BANGSA ASING


Apa yang dicapai oleh negeri-negeri Islam di bawah pimpinan golongan ini dan hasil dari jasa perjuangan Islam adalah kemerdekaan di bidang politik sahaja. Yang berbeza antara penjajahan bangsa asing yang telah hilang dengan kemerdekaan sekarang ialah penguasaan bangsa asing yang lalu kini dapat dinikmati oleh anak-anak tempatan. Dari segi kecenderungan aliran pemikiran, falsafah moral, sosial dan ekonomi, kedua dua golongan ini ( penjajahan asing dan anak tempatan) tidak banyak berbeza. Begitu juga sikap kedua golongan itu terhadap Islam adalah hampir-hampir sama sahaja, sehingga dasar-dasar sistem pelajaran dan pendidikan yang dibuat oleh penjajah asing masih diamalkan oleh penjajah baru. Undang-undang yang dibawa oleh penjajah asing digunakan, malah lebih dari itu perundangan baru dari segi dasar, pemikiran dan sistemnya masih berjalan di atas landasan yang diatur di zaman penjajah asing. Lebih dari itu lagi undang-undang keluarga (Personal Laws) yang tidak diusik oleh penjajah asing, kini kita lihat ada usaha untuk dihapuskan atau diubah supaya dikatakan lebih maju, sesuai dengan peredaran zaman, era zaman kemerdekaan dll..


Pada hakikatnya ini adalah zaman penjajahan baru. Kemajuan barat dan asas moral yang bersifat kebendaan yang ditinggalkan oleh penjajah-penjajah barat, bukan sahaja dipegang teguh oleh mereka yang kagum dengan barat, bahkan mereka telah berusaha pula supaya orang ramai akan bertambah kuat pegangannya daripada mereka di zaman penjajah. Sayangnya orang ramai Islam yang lemah ini tidak mampu melihat bentuk sistem hidup Islam yang syumul. Mereka telah hanya nampak sistem cara hidup yang dibina di atas dasar perkauman, pemikiran otak manusia dan sistem rekaan manusia. Akhir sekali penjajah telah dapat merosakkan perpaduan umat Islam sedunia atas nama perkauman-nasionalis. Mereka mengoyak perpaduan ini dan memecah belahkan kesatuan ummat Islam atas nama perkauman. Menjadikan mereka itu bunuh membunuh antara satu sama lain, semua itu dilakukan atas nama perkauman.

Mereka kemudiannya memasukkan fahaman sekular (fahaman yang memisahkan agama dari urusan pentadbiran negeri) kedalam jiwa mereka. Mereka sering menggunakan kesempatan yang ada untuk merosakkan generasi baru ummat Islam. Mereka berusaga mengeruhkan kemurniaan akhlak mereka, merosakkan agamanya dan menyelewengkan dari landasan Islam. Mereka menggalakkan supaya mempersendasendakan akidah Islam seperti kepercayaan kepada hari akhirat, syurga, neraka, pahala dan siksa. Mereka bergiat cergas dalam menabur fahaman mengharuskan maksiat dan meninggalkan perintah Allah. Kesemua itu di bawah dakwaan kemajuan, pembaharuan, kebebasan individu, pembangunan dan bersama orang ramai.

bersambung...............................
Abul A’la Al-Maududi

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia