-->

Thursday, October 20, 2011

Catatan kehidupan:Kisah si pembawa Teksi dan Aku
baru 1 hari bermalam di rumah(Seremban), aku dah kena gerak pi Kedah dah...
penat seh..

tak sempat nak bermain main dengan kucing berbulu lebat aku
tak sempat nak kacau2 adik2 aku
tak sempat nak buat sembang kopi bersama kawan kawan aku..
tak sempat nak mengorat jiran aku.... aik??? lain macam ja bunyi??
bukan..bukan..bukan...tak main lah...tak pasal pasal kena baling kasut macam "bekas president AS, Bush" kang
hmmm...sambung..(baca je la ya)
tak sempat nak meluahkan rasa dengan Ibu beloved aku..
tak sempat nak sembang dewasa dengan ayah Superaku...


fuhhhh...

dah tu, kita pon nak balik lah...nak balik pon satu hal...takda orang pulak nak hantar  aku kat stesen bas..kalau dekat takpa..nih, jauh tu..20 min perjalanan naik kereta oooo...


okay...aku pon redho lah, RM12 burn naik teksi pon jadilah...


bila aku naik teksi tu, aku pon sembang2 lah dengan pak cik teksi tu...

bangsa melayu, bermisai, umur lingkungan 60an,berseluar hitam, berbaju putih, pakaian kemas, rambut rapi, ketinggian tak dapat nak dijangka, berat lagi lah aku tak tau...wohoooo...macam inspektor ooo

antara teknik aku nak dapat tambang murah ialah "BERSEMBANG" ha ha...tulis tulis...TIPS, kot kot berhasil

TAPI....MALANGnya...dalam 10 percubaan aku...1 pon tak pernah berjaya lagi...hmmmmm...ha..padam balik tips tu


aku pon bersembang, dengan harapan tersirat, aku dapat diskaun...

Pak cik tu seorang yang mesra..aku senang dengan dia...

pak cik tu bercerita...

dia nih pada umur 13 tahun sudah berhenti sekolah dan terus bekerja...pada masa itu keluarga pak cik itu agak susah, jadi, dia tiada duit untuk sambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah...

kerja pertama pakcik itu adalah sebagai tukang cuci pingan di sebuah kedai mamak...dan gaji dia pada masa itu ialah RM50 sebulan..wooo...berat juga

pakcik tu bercerita, bahawa, dia menikah awal...lupa pulak aku bila...
pada masa tu pulak dia dengan isteri dia tidak pernah nampak nasi untuk seminggu....kirannya dia takda duit nak beli nasi
dan dia pernah makan nasi berlauk GARAM sahaja...

pergh..aku tak tahu nak cakap apa..hanya angguk dan tunjuk reaksi terkejut jaa...
ya lah..aku tak pernah merasai apa yang dia rasai itu...(bersyukur dengan apa yang kita ada..dan sentiasa tabah menghadpi ujian)

secara terus terang, pak cik nih memang pandai bercerita...mula mula dia cerita bab kesusahan dan kesedihan...

hmmmm...
tak lama tu..slow slow..dia cerita kisah kejayaan dan kegembiraan pulak

ha ha!...

sudah sedikit dewasa, pak cik ini bekerja sebagai pemandu bas dengan pemandu lori pula...

selama 42 tahun dia bekerja...dan dia menyimpan duit sejak dari keci lagi...bak kata orang..sikit2, lama2 jadi BUKIT!!!

dalam susah2 dia tu, dia tak pernah lupa tuk bagi duit kat mak dan ayah dia...

wohoooo...nice plan

apa tidaknya..

dalam 3 tahun sebelum dia pencen, dia berjaya beli tanah seluas 10 ekar!!

hasil bulanan dalam beribu jugak..kiranya banyak lah...aku pon dah lupa, berapa ribu tah...adeh..

dia memanfaatkan tanah seluas itu dengan menanam "KELAPA SAWIT" ish..padai pak cik nih

tak cukup dengan tu...dia invest dalam RM30,000 untuk perniagaan bengkel kereta anak dia...
hmmm..banyak duit dia...


SOALAN aku kat dia...

"ehhh pak cik, kenapa pak cik tak berhenti kerja dan duduk relax ja kat rumah"

pak cik tu senyum...

"hehe..mak cik kamu pon ada soh pak cik berhenti jugak, anak2 pak cik pon ada soh jugak..ye lah, kita dah tua kan...tapi entah lah..pak cik suka jalan2...tu sebab pak cik bawak teksi...boleh jalan jalan"

adeh...pelik sungguh...(0_o)?? ada jugak orang macam ini??

pak cik tu baru sahaja pencen dari kerja bawak bas...dan dia luangkan masa untuk bawa teksi...suka suka..

pak cik tu bersambung percakapannya

"kalau pak cik tak mau bawak kamu pergi ke stesen bas nih pon tak pa...pak cik tak rugi apa2..." dia senyum..

dalam hati aku berkata "ish, dia main2 ngan aku yaa"

hmmmm ada betul juga apa yang pak cik tu cakap...
tak salah aku, pendapatan bulanan dia mencecah RM 6,000, hmmm...tak gaduh nak cari kerja...tak gaduh nak cari customer...

"nak, dalam dunia nih, pak cik rasa, pak cik dah dapat semua yang pak cik nak, alhamdulillah, pak cik bersyukur sangat sangat....tapi ada satu ja lagi yang pak cik teringin nak pi"

apa dia pak cik?

"naik kapal terbang, dalam 8 jam perjalanan"

nak pi melancong ehh pak cik??

pak cik tu tersenyum dan berkata
"(^_^)...nak pi HAJI"

tuuuu...fuh!..respect respect...Alhamdulillah...

bila samapi ja kat stesen bas, aku teringat niat aku tuk mendapat diskaun tu...hmmmm...redho je lah...tak dapat pon tak pa...

"berapa pak cik?"

"RM10 jaa" kata pak cik tu

dalam hati aku berkata "YAHOOOOO.....diskaun RM2"
haha, biasanya, pemandu teksi akan mengenakan caj RM12 ke RM15...
boleh lah...dari tak dapat langsung...

misi untuk mendapatkan diskaun berjaya! ha haa


anatara kata kata penting daripada PAK CIK tu ialah...

"AZAM...AZAM kamu itu yang membawa kejayaan...
walaupun pak cik dari keluarga orang miskin, tak berpendidikan tinggi...TAPI...AZAM PAK CIK KUAT!"


terbayang perkataan AZAM di fikiran aku...bagi aku, ini sesuatu yang menarik untuk dikongsikan...

tanya pada diri kita..."APA AZAM KITA"??

sekian sahaja dulu...Assalammualaikum

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia