-->

Saturday, October 15, 2011

KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA bahagia 3

TEKNIK MENGANKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM

Wahai saudara-saudara yang dicintai sekelian,

Di antara taktik penjajah yang licik dalam usaha mereka memerangi ummat Islam ialah dengan cara; setiap orang Islam yang mula mendapat menerima celupan barat dan menjauhi ciri-ciri Islam akan segera diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Mereka akan di beri kedudukan di pejabat rasmi pentadbiran samada sebagai pegawai awam atau tentera. Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial. Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen. Pendek kata mereka inilah yang mendapat keistimewaan dalam masyarakat. Apabila gerakan kemerdekaan mula bangkit, dan kemerdekaanpun tercapai, maka biasanya tampok pimpinan pasti kembali ke tangan mereka ini. Oleh kerana mereka adalah orang-orang yang menguasai bahasa dan tabiat penjajah, maka mereka itu merupakan manusia yang paling dekat dengan penjajah.

Oleh yang demikian, takkala bayang penjajah mulai hilang dari negeri-negeri ummat Islam, bila belenggu-belenggu penjajahan dapat disingkirkan, negara-negara Islam mencapai kemerdekaan, maka tampok pemerintahan dan kuasa memutuskan undang-undang (kekuasaan mesyuarat tertinggi ) berpindah kepada golongan ini. Ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam. Bermula dari kekuasaan penjajah bertapak di negeri-negeri Islam sehingga mereka mengangkat kaki meninggalkan bumi itu, sejarah penjajahan ini mengandungi berberapa perkara yang perlu diketengahkan, terutama ketika kita sedang mengkaji tentang suasana dan masalah yang sedang berlaku di negara-negara Islam. Kita tidak boleh memahami dan menyelesaikan permasalahan ini secara meyeluruh sekiranya kita tidak mengkaji terlebih dahulu tentang kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah.

KESAN-KESAN PENJAJAH- MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT

Para penjajah tidak berjaya memesongkan majoriti orang Islam dari Islam sepanjang penaklukan mereka keatas negara-negara itu. Walaupun mereka mereka mencurahkan tenaga mereka habisaan untuk tujuan ini, ianya tetap tidak berjaya. Oleh kerana itu penjajah telah mengekalkan mereka (anak2 negeri yang dijajah) supaya mereka tetap hidup dalam kejahilan dan dengan merosakkan akhlak mereka. 

Penjajah memguat kuasakan undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara Ummat Islam sebagai ganti perundangan dan Syariat Islam. Seterusnya mereka membiasakan anak tempatan hidup di atas dasar dan cara hidup yang bukan Islam. Walaupun begitu penjajah masih tidak mampu menarik ummat Islam untuk menentang Islam dan tradisi Islam. Buktinya ialah umat Islam masih tetap cinta kepada Islam hingga sekarang ini, sama dengan umat Islam di zaman silam. Saudara-saudara akan dapati mereka itu beriman dengan Islam dari lubuk hati mereka. Niat mereka jujur,azam mereka benar, mereka tidak akan redha menganut sistem hidup yang bukan Islam, walaupun mereka tidak memahami Islam secara mendalam dan tidak terdidik dalam perundangan dan pengetahuan Islam. Tidak diragukan lagi bahawa akhlak mereka telah runtuh, adat resam mereka telah musnah dan perasaan-perasaan mereka telah rosak, tetapi pengukuran atau neraca nilai-nilai akhlak tetap tidak berubah. Ya, kemungkinan mereka akan bermuamalat dengan riba, melakukan zina, meminum arak bahkan memang itu telah berlaku, tetapi saudara-saudara tidak dapati di kalangan mereka ada yang menyatakan halal sesuatu yang diharam oleh Allah kecuali sedikit dari mereka. Ada yang memang benar-benar berhaluan barat yang menghalalkan perkara yang diharam oleh Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah.

Orang-orang Islam secara umumnya tidak mengangap tarian, nyanyian, permainan sia sia dan pelbagai maksiat yang memenuhi malam itu adalah kebudayaan dan dasar cara hidup mereka, sekalipun mereka sendiri terlibat dan berat kaki tangan ketika diajak beribadat untuk menyuci jiwa mereka. Walaupun mereka masih mewarisi cara hidup di bawah undang-undang barat, namun fikiran mereka belum diresapi oleh fahaman yang menyatakan bahawa undang-undang barat ini adalah lebih betul dan lebih sesuai. Mereka masih tidak dapat menerima kata kata undang-undang Islam telah ditelan zaman atau tidak sesuai lagi dengan peredaran zaman sekarang. Hanya segolongan kecil sahaja yang benar-benar terperdaya dengan tamaddun barat tertarik dengan lahiriah tamaddun ini yakin dengan perundangan dan sistem rekaan barat itu. Kebanyakan orang Islam umumnya masih beriman teguh dengan perundangan Islam. Mereka menuntut supaya undang-undang Islam dikuatkuasakan didalam negeri mereka.

 bersambung...................................

Abul A’la Al-Maududi
 

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia