-->

Wednesday, February 16, 2011

KITA SEMUA ADALAH ISLAM


"..Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
(surah ali Imran,ayat 64)

siapakah Islam itu?

Islam datang dari perkataan "SALAM"

yang membawa maksud "penyerahan diri sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T dengan ikhlas"

jadi...sesiapapun yang menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T dengan ikhlas adalah ISLAM

Nabi Muhammad s.a.w adalah Islam kerana baginda menyerahkan diri sepenhnya kepada ALLAH dengan ikhlas...

bagaimana dengan nabi nabi lain? apakah agama mereka? adakah mereka ISLAM??

mereka juga adalah ISLAM...

Nabi Adam a.s adalah Islam, Nabi Ismail a.s adalah Islam, Nabi Idris a.s adalah Islam, Nabi Daud a.s adalah Islam, Nabi Sulaiman a.s adalah Islam...mereka semua adalah ISLAM

kerana, mereka juga menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada ALLAH dengan ikhlas...sama seperti Nabi Muhammad s.a.w

Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan dan dia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.
(surah an Nisa',ayat 125)

kita semua adalah Islam apabila kita menyerahkan diri kita sepenuhnya dengan ikhlas kepada ALLAH S.W.T..

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan suka rela ataupun terpaksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan.
(surah ali Imran, ayat 83)


kita adalah Islam, dan kita kena berusaha menjadi seorang ISLAM..seseorang yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T dengan ikhlas..

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia