-->

Sunday, November 6, 2011

NEWS: Mesir Haramkan Operasi Israel Atas Gaza

Imej


2 November 2011 - Mesir mengesahkan rundingan genjatan senjata telah diadakan antara pejuang Palestin dan Israel termasklah menghalang operasi Israel ke dalam sektor ini.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Duta Mesir ke Palestin, Yasser Othman, berkata, usaha-usaha telah dibuat oleh Mesir sejak beberapa hari lepas, telah berjaya menghalang operasi ketenteraan secara besar-besaran terhadap Gaza.", beliau menegaskan lagi usaha tersebut perlu dilakukan bagi mengekalkan kestabilan terutamanya ke atas rakyat Palestin".

Pejuang Palestin menghormati gencatan senjata diumumkan oleh Mesir pada pagi Ahad lalu, atas campur tangan Mesir, selepas peningkatan ketegangan yang membawa kepada syahid 13 rakyat Palestin dan seorang Yahudi terbunuh.

Walaupun gencatan senjata itu berlaku, beberapa roket mendarat ke atas Israel, tanpa menyebabkan sebarang kecederaan atau kerugian, tetapi Osman melahirkan keyakinannya bahawa keadaan tenang akan bertahan.

Pegawai-pegawai di Kementerian tentera Israel yang enggan mendedahkan identiti mereka, mengesahkan bahawa Israel telah bersetuju dengan Mesir untuk tidak bertindak balas sebarang serangan sehingga tengah malam pada hari Selasa, sekurang-kurangnya.

Tetapi mereka mengingatkan bahawa tembakan peluru berpandu pejuang Palestin akan membawa kepada tindak balas kasar dan lebih cepat daripada sebelumnya.

Aman Palestine
http://www.amanpalestin.net/baca.php?lihat=terkiniPalestin&id=1907&popup=depan

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia