-->

Thursday, November 10, 2011

aku dan dakwah- persoalan yang utama masih menjadi persoalan
argh..pening aku
menjadi perbualan antara kami mengenai
"mengapa persatuan Islam yang kami bawa ini tidak sehebat dan tidak seronok seperti organisasi lain"

ramai ahli kami, yang apabila diminta bandingkan organisasi Islam ini dengan organisasi lain, yang tak membawa nama Islam pon..mereka berasa lebih seronok dengan organisasi lain...seperti kelab bahasa, kelab arab, jawatankuasa kolej, perwakilan kolej dan lain2..

ramai ahli kami yang stress, lemah semangat, penat dan lain2..

termasuk diri aku juga...aku rasakan berada dalam oraganisasi lain lebih menyeronokkan..kurang stress dan sebagainya...

wahalnya..organisasi yang kami duduki ini membawa agenda ISLAM 100%...kerja dakwah...ish..pelik..tapi persoalan masih timbul....

dimana silapnya, hinggakan banyak rakan kami yang bertikam lidah, yang tak bersemangat menggerakkan kelab, ukhwah semakin jurang..dan macam macam lagi...

wahal..macam macam yang sudah dibuat...slot muhasabah...usrah..
tapi...

masih ada lagi yang tak kena..persoalan masih lagi timbul...kenapa?

sebenarnya, ikut pemerhatian aku, bukan kami sahaja...tetapi hampir semua yang mengalami masalah sama...persoalannya...di mana silapnya?

merenung jauh aku di langit gelap, kelihatan bulan dan sebiji bintang menyinari malam...persoalan demi persoalan aku timbulkan dalam fikiran..kenapa? kenapa? kenapa?

tak lama selepas itu..

aku teringat ceramah dari seorang pendakwah ini...

dia katakan...

"jika dakwah ini mudah, sudah lama dah orang yang berdakwah ini ramai"

pergh, masuk dalam qalbu aku beb...seperti pisau menikam belakang aku...


yaa, jika nak dilihatkan, realitinya...orang yang memikul peranan dakwah ini memng sedikit...dan ALLAH S.W.T akan pilih yang terbaik...

persoalan lain timbul?

sudah mulakah gerak kerja dakwah?

hmmmm...(tersenyum)

jom berdakwah...


P/S walaupon demikian, aku tak mahu berhenti mencari jawapan kepada persoalan pertama aku..bagi aku jawapan itu perlu..sebagai formula pemantapan organisasi DAKWAH

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia