-->

Sunday, November 6, 2011

KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA bahagia 6
PEMERINTAH UMAT ISLAM MENIPU DAN MENINDAS ATAS NAMA
DEMOKRASI

Golongan yang berhaluan barat yang diperniagakan oleh penjajah sebagai pengganti mereka di dalam negeri ummat Islam mengetahui dengan yakin bahawa sistem pemerintahan yang dijalankan dengan cara pilihanraya yang bersih, tampuk pemerintahan tidak akan kekal ditangan mereka. Lambat laun ianya akan berpindah,
sama ada cepat atau lambat kepada umat yang menuntut supaya mendirikan sistem pemerintahan di atas dasar akidah, ajaran, aliran fikiran dan nilai-nilai Islam yang mereka warisi.

Memandang kepada keadaan demikian maka golongan sekular ini tidak akan membenarkan nilai-nilai keadilan dizahirkan dan mereka tidak membiarkan supaya nilai-nilai berjalan dengan baik. Malah penjajah akan segera menempatkan pemerintahan secara diktator sebagai ganti sistem demokrasi. Dalam hal itu pun mereka menamakan diktator tersebut dengan nama demokrasi demi untuk menipu manusia dan menonjol diri mereka sebagai pendokong sistem demokrasi, sedangkan mereka pada hakikatnya tak lain tak bukan ialah penipu.

MEMBANYAKKAN NEGARA-NEGARA ISLAM YANG DIPERINTAH OLEH
TENTERA YANG TIDAK MENGERTI ISLAM



Pada mulanya, kediktatoran ini dijalankan oleh pemimpin politik yang berhaluan barat sahaja kemudian segalanya akan berkembang seperti biasa dan akan berjalan mengikut saluran yang semestinya. Hakikat ini telah disedari oleh kumpulan tentera didalam negara Islam. Mereka berpendapat bahawa sistem diktator tidak akan terbangun kalau tidak dipikul oleh golongan tentera. Taktik ini tidak akan sempurna tanpa senjata.

Kesedaran ini timbul dari kalangan pemimpin tentera yang keluar dari kem dan menuju ke gelanggang politik. Mereka mulai mengadakan pakatan sulit dalam usaha mengubah sistem pemerintahan dan mula menguatkuasakan sistem dictator askar ke atas rakyat jelata sebagai ganti diktator politik. Sesudah itu mereka pun menyingkir pemimpin politik daripada pemerintahan dan mengurung mereka dalam penjara atau melakukan tahanan rumah. Beginilah kita lihat tentera-tentera dalam negara ummat Islam hari ini. Mereka telah menjadi bencana kepada rakyat Islam. Tugas mempertahankan tanahair dan berjuang menentang musuh sudah tidak diendahkan lagi. Mereka disibukkan dengan kerja-kerja ingin menguasai politik negeri sendiri dengan cara kekerasan. Untuk tujuan ini mereka menggunakan kekuatan senjata ysng diserahkan oleh rakyat yang lemah itu untuk mempertahankan dan menjaga keamanannya. Dan sekarang sampailah saat di mana negara-negara Islam telah ditimpa masalah yang besar dan masalah yang rumit yang tidak dapat di selesaikan melalui parlimen atau dewan perwakilan rakyat dan tidak pula dapat diselesaikan dengan pilihanraya umum atau dengan cara memorandum. Ia hanya boleh diselesaikan dalam kem-kem tentera, dengan kereta kebal , pistol dan mesingun. Kalau keadaan ini menghairankan saudara-saudara maka saudara-saudara akan lebih hairan dengan tentera yang selalu berselisih faham sesama mereka dalam menentukan pemimpin mereka. Tiap-tiap seorang jeneral mengambil kesempatan menjalankan kediktatorannya dan mempertahankan kerusi pemerintahannya sesudah menghancurkan yang lain. Di antara perkara yang membuat suka dan duka iaitu apabila salah seorang dari jeneral itu menguasai negeri, ianya dianggap sebagai harapan rakyat, penyelamatnya, pelopor yang unggul dan hero, hingga apabila ia berdepan dengan akibat perbuatannya sendiri ia akan berbalik menjadi sebesar-besar pengkhianat

dan seketat-ketat musuh terhadap rakyat. Manakala rakyat pula tak ubah seperti anak patung di tangan kanak-kanak kecil, tidak dapat mencampuri urusan negara, walaupun urusan yang paling kecil sekalipun.


bersambung................

Abul A’la Al-Maududi

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia