-->

Sunday, November 6, 2011

News: Jordan Mengambil 1500 Anak-Anak Yatim Gaza

Imej


4 November 2011 - Raja Jordan, Raja Abdullah II, akan memastikan negaranya mengambil seramai 1,500 anak-anak yatim di bawah umur tiga tahun di Semenanjung Gaza pada kos tahunan sebanyak USD 1.8 juta.

Menurut berita rasmi Jordan, Petra, semalam, Khamis 2011/03/11, Raja Abdullah berkata; , "Hari ini kita menyahut cabaran tanggungjawab membantu kesusahan rakyat Gaza dengan memastikan 1,500 anak-anak yatim di bawah umur 13 tahun dibiayai dengan kos tanggungan sehingga USD 1.8 juta setahun.", demikian setelah beliau melancarkan program tersebut oleh Badan Kebajikan Masyarakat Harmoni di Jordan.

Beliau menambah, sokongan itu juga termasuklah pembiayaan anak-anak yatim yang sebelum ini telah ditaja oleh persatuan-persatuan di Jordan yang menguruskan anak Yatim Palestin.

Manakala Presiden Badan Kebajikan Masyarakat Harmoni Jordan, di Gaza, Mohammad Sami Abu Marei berkata, ini merupakan tindak balas yang cukup baik untuk memberi kegembiraan dan senyuman kepada anak-anak Yatim di Gaza sepertimana kanak-kanak lain di dunia, terutamanya kerana ia bertepatan dengan sempena Hari Raya Eid Al-Adha."

Beliau menambah bahawa semua orang tahu keadaan sukar yang dialami oleh anak-anak yatim di sini, di mana tiada sumber pendapatan bagi mereka, hidup di bawah garis kemiskinan yang melampau.

Serangan Israel antara Disemberr 2008 dan Januari 2009 ke atas Gaza, menyebabkan 1,400 orang syahid.
 Aman Palestine
http://www.amanpalestin.net/baca.php?lihat=terkiniPalestin&id=1911&popup=depan

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia