-->

Wednesday, May 24, 2017

REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG #6
REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG

Budak Kelas Belakang .

Sejujurnya saat memilih untuk mengorbankan RM20 (saya beli waktu promosi) untuk mendapatkan buku ini ialah kerana tertarik dengan tajuk buku yang WOW !

Jarang kan orang nak cerita pasal orang gagal, kalau ada pun mungkin banyak yang negatif (secara umumnya pandangan masyarakat kepada budak kelas belakang adalah budak tak da masa depan) . Sadis !

Gaya penceritaan yang santai dan bersahaja membuatkan saya tak henti membuka helai demi helai tanpa rasa bosan. Sebuah buku yang tidak memerlukan anda untuk memerah otak untuk memahami isi kandungan dan nasihat nasihat serta pandangan penulis mengenai pengurusan wang, sistem pendidikan, sepak terajang dunia perniagaan serta sarat dengan pengalaman kejayaan insan-insan hebat yang mencipta nama setelah melalui keperitan hidup dan pelbagai lagi kisah-kisah yang mampu mengubah persepsi pembaca.

Insha Allah .

Saat menelaah helaian demi helaian seolah-olah saya sedang berhadapan dengan penulis sambil berkongsi cerita , adakala saya tersenyum sendiri, adakala saya seperti tersedar sesuatu yang membuatkan saya berfikir panjang.

Tiada tajuk khusus untuk saya ulaskan disini kerana setiap tajuk mempunyai mesej yang tersendiri. (Sebenarnya tamat baca satu tajuk,saya rasa ini lah tajuk paling best, paling win. Kejadian ini berulang ulang sampai habis baca sebuah buku, banyak sangat cerita yang saya rasakan sangat menarik. Akhirnya saya "pasrah" . Hahaha)

Lontaran nasihat serta pengalaman penulis memberikan satu inspirasi untuk saya . Tidak keterlaluan saya katakan buku ini mampu membuka minda masyarakat melalui keberanian penulis yang berpandangan jauh. Pada pandangan saya, penulis sedang memperjuangkan "pemikiran masyarakat kelas pertama" untuk jangka masa akan datang.

Pesan beliau pada muka surat 29 "Untuk meningkatkan diri. Fokus apa yang boleh dibuat, bukan fokus apa yang tidak boleh dibuat." (Budak Kelas Belakang;2017)

Anda pelajar ? Usahawan ? Guru ? Budak kelas belakang ? atau Individu yang inginkan bekalan motivasi. Saya sarankan miliki buku ini dengan segera .

Hubungi penulis untuk tempahan ,Tuan Kaizan Nazlan. Tahniah dan Terima Kasih kerana berjaya menghasilkan #budakkelasbelakang yang hebat.

Saya Suka ;)


-Aini Ahmad-

" tidak mengapa jika jalanmu ada sedikit kepahitan asalkan destinasimu nanti sebuah Kejayaan !"

*opss, mata sepet ambil gambar tengah panas. Yang penting nak tunjuk ini sekolah hakak dulu .


 :*

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia