-->

Thursday, June 9, 2016

WANITA INDIA INI MENJAGA 2 ANAK BERBANGSA CINA SEPERTI ANAKNYA
Bismillah. 
 
Ketika membuat kerja kebajikan, ada suatu incident yang menarik perhatian kami. Ada dua orang kanak kanak berbangsa cina(seorang kakak dan seorang adik lelaki) memeluk erat seorang wanita berbangsa india, lingkungan 50an.

Rakan saya. Kak Nora memanggil si kakak itu. Ketika itu, kanak kanak dan para ibu ibu sedang bersiap dan berkumpul untuk menutup sesi pembelajaran.

"Hai.....what is your name?" kami senyum kepada dia

"My name is Yap.........." dia senyum dan bersemangat.

"Where do you leave?"

Saya tidak ingat nama tempat yang disebut.

Kemudian rakan saya bertanya lagi," where is your mama and papa?"

Dia terdiam...air mukanya kelihatan berubah, dari pada wajah ceria kepada wajah sedih. Barangkali kerana tidak tahu kepada jawapan tersebut.

kami cepat cepat mengubah soalan. dan menceriakannya. Kami berikan kepada dia dan adiknya gula gula. Mereka suka. Senyuman terpapar di wajah mereka. Kemudian mereka berlari dan memeluk penjaga mereka yang berbangsa india tadi. 

Kami senyum kepada "auntie" tersebut. Kami kagum dengannya. Walaupun apa jua kisahnya. Keep moving forward. Kami sedia membantu.

Kami tidak ada upah, tidak ada bayaran. Malah duit kami yang perlu dikeluarkan. Kami tidak mengharapkan apa apa. Cukuplah dapat melihat mereka senyum. Itulah hadiah yang best kepada kami.
Benda ini semua mengajar kami menjadi insan.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan


Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia