-->

Wednesday, December 28, 2016

RM70,000 Habis Dalam Tempoh 30 Hari
"More worrying are cases where retirees withdrew 70% of their savings and spent the money in less than 30 days," - The Star Online

Katakan pencarum mendapat RM100,000.00 daripada keseluruhan pengeluaran caruman mereka dalam kwsp. Jika 70%, ertinya RM70,000.00 mereka berjaya habiskan dalam tempoh hanya 30 hari.

Katakan mereka bersara pada umur 55 dan average umur kematian bagi orang Malaysia adalah 75 tahun. Ertinya pencarum masih ada baki 20 tahun untuk hidup. Dengan RM30,000.00 yang masih berbaki, mampukah mereka menyara hidup selama 20 tahun?

Dengan baget belanja RM1,500 setahun?
manakala RM125.00 sebulan?

Seriously, cukup?

Agak susah untuk menjawabnya. Jika pencarum mempunyai simpanan lain di Takaful atau Public Mutual, ia sedikit sebanyak membantu memberi talian hayat buat pencarum untuk menyara hidup sendiri. Jika tidak, mereka hanya boleh mengaharapkan bantuan bulanan daripada anak-anak mereka. Yang berkemungkinan besar menjadi "keluarga sandwich".




Bagi saya secara personal. Jika wang RM70,000.00 itu dihabiskan untuk membayar hutang rumah atau kereta kerana sudah tidak mahu pening kepala membayar hutang. Atau menunaikan umrah bagi menguatkan lagi spiritual diri. Ia mungkin berbaloi, bergantung kepada "aulawiyat" iaitu kepentingan yang lebih utama daripada utama pencarum. Dan ia perlu dipastikan adanya back up plan terlebih dahulu.

Sebaliknya, jika ia dihabiskan untuk renovate rumah tambah dapur untuk kenduri, tambah kereta yang lebih besar, tambah cawangan isteri kerana terlalu gatal di tangan, atau berbelanja sakan di Paris, Vanice atau Songla, woho! buat apa tu? Bagi saya ia perkara yang tidak patut dan habits sebegini perlu diubah oleh generasi muda hari ini.

Kadang-kadang bukan lah wang yang tidak cukup, tetapi nasfu yang .


Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Bukan Anak Pak Menteri

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia