-->

Saturday, November 23, 2013

Antara MCD, Burger King & Mcd - Adakah Mereka Pesaing?
Perkongsian ini adalah untuk shiff paradigma mind business kita dari melihat pesaing dan kelainan, perkongsian ini daripada Puan Rini Bt Rahmat, Pemilik Syarikat Rich Food, moga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua.


Cuba ambil contoh mudah.
Mc Donalds & Burger King menjual produk yang sama iaitu makanan fast food (burger) yang sama.

Adakah mereka pesaing?

Tetapi Mcdonalds & KFC menjual produk yang berlainan iaitu makanan fast food yang tidak sama.

Bagaimana pula KFC, Pizza Hut & A&W yang merupakan restoran fast food yang berlainan.
Adakah kesemuanya pesaing?

Ataupun mereka telah mewujudkan industri "fast food". Lagi besar industri "fast food", lagi banyak keuntungan yang dimiliki oleh kesemua restoran tersebut.

Ini kerana kesedaran & permintaan industri fast food bertambah secara keseluruhannya.

Cuba bayangkan.

Sekiranya dunia ini tiada restoran-restoran fast food langsung. Cuma yang ada, hanya McDonalds. Adakah ini akan mewujudkan kesedaran industri tersebut? Sudah pasti McDonalds juga tidak dapat tersebar dengan luas.

Sebagai contoh lain,

Jika anda menjual Kek Coklat A, di pasaran makin lama tumbuh bagai cendawan Kek Coklat B, C, D dan seterusnya.

Adakah mereka pesaing anda?

Atau pun mereka telah mewujudkan industri kek coklat segera. Di mana ianya di letakkan didalam bekas, di sediakan sudu & boleh di makan begitu sahaja tanpa di potong.

Lupakan Pesaing. Cipta Kelainan dari pesaing yang ada.

Antara Planet Hollywood & Hard Rock Cafe?
Antara Burger King & Mcdonalds?
Antara Haagan Dazs dan Baskin Robbins?
Antara Kek Coklat A & Kek Coklat E?

Eheheh.

Adakah mereka pesaing?
Mereka menjual produk yang sama.
Bagaimana mereka dapat bertahan di dalam pasaran dan industri?

Jawapannya.

-
-
-
-
-
-
-
-

"Persaingan yang berlaku BUKAN pada “mencari KELEMAHAN dan ciptakan kelainan”. Sekiranya kita cari KELEMAHAN, pesaing juga akan berusaha MEMPERBETULKAN KELEMAHAN TERSEBUT"

Jawapan yang TEPAT adalah mencari kelainan dari KEKUATAN PESAING!

Sekiranya kita terus “mencari KELEMAHAN dan mencipta KELAINAN”, pesaing juga boleh memperbetulkan KELEMAHAN mereka seperti menawarkan harga rendah, kualiti rendah, penghantaran lambat dan lain-lain.

Tetapi, sekiranya kita “mencari KEKUATAN dan mencipta KELAINAN” daripada KEKUATAN tersebut, pesaing tidak boleh ubah KEKUATAN MEREKA!

Perniagaan kecil-kecilan tetap menjadi kecil apabila bersaing pada kelemahan pesaing.

*Bak kata Puan Guru - Berlumba-lumba bukan bersaing*

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia