-->

Monday, November 11, 2013

Fungsi Utama Takaful - Jangan Terpedaya Dengan Takaful Gula-Gula?

Fungsi utama takaful adalah untuk menghadapi malapetaka dan musibah kewangan yang berkaitan dengan kehidupan; seperti kematian, lumpuh, sakit kritikal dan kos rawatan hospital.

Justeru, jika Saudara-saudari baru memulakan untuk melanggan polisi takaful, gunakan sebaiknya bajet untuk polisi tersebut sebaiknya untuk memberi perlindungan kewangan apabila berlaku salah satu daripada empat perkara di atas.

Empat perkara di atas, saya ulangi KEMATIAN, LUMPUH, SAKIT KRITIKAL & RAWATAN HOSPITAL - apabila berlaku dalam kehidupan akan memberi kesan yang besar dalam kewangan dan kehidupan kerana ia merupakan MUSIBAH / MALAPETAKA KEWANGAN.


Jangan terus terpengaruh kepada perkara-perkara sampingan yang dipromosi dalam perlindungan takaful seperti elaun hospital, kos rawatan klinik, pelaburan, hadiah bersalin, hadiah perkahwinan, pengeluaran 3 tahun sekali dan sebagainya.

Di dalam buku-buku pengurusan kewangan pakar-pakar kewangan dalam dan luar negara, tiada satu pun buku yang meletakkan fungsi takaful / insurans untuk perkara-perkara 'kewangan kecil' seperti elaun hospital, kos rawatan klinik, pelaburan, hadiah bersalin, pengeluaran 3 tahun sekali dan lain-lain.

Buku-buku perancangan kewangan akan mengesyorkan takaful / insurans untuk fungsi menghadapi MALAPETAKA KEWANGAN yang memberi impak risiko besar dalam kehidupan dan kewangan seseorang.


Pengisian Dari Tuan Afyan Mat Rawi

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

1 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi tulisan saya.

    Terharu rasanya :)

    www.afyan.com
    www.rahsiatakaful.com

    ReplyDelete

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia