-->

Thursday, December 5, 2013

Kisah Ronaldho - Duit & Kekayaan
Ronaldo bukan nama sebenar merupakan graduasi UiTM, sangat berminat dan bersemangat untuk berniaga, main kerjayanya adalah membuat sales untuk barang-barang Avon..hoho..bergaya. Tiga tahun dah berniaga, pada awalnya bersemangat, income masyuk, kumudian bertukar menjadi hambar, sebab keuntungan yang diperolehi dari perniagaannya sangat-sangat dimotivasikan, income tak naik-naik, ditambah dengan tekanan kerja, ditikam oleh rakan pernigaan...adehh sakitnya belakang, di pandang rendah oleh mak cik mak cik tingap..."ehh Aldo, ang ni takda kerja lain ka? duk berniaga barang perempuan pasai pa?..mak cik tu orang kedah barang kali...anyway, perkara ini berlarutan, Sehinggkan dia terfikir untuk berhenti berbusiness...nak berfikir untuk start bekerja makan gaji..dia kan ada sijil diploma ngan degree, dan dia mula benci duit, impiannya untuk menjadi kaya sudah tidak ada dalam hati sanubarinya..perghh..kesian giler

"takpa lah aku redho dengan sedang-sedang aja..makan gaji dah cukup" katanya

hurmmm....kesian bukan, ini bukan kisah dongeng, yaa..nama Ronaldho itu mamang dongeng lah, tapi the point is, ramai anak-anak melayu hilang bersemangat untuk berniaga, kerana mereka mula berburuk sangka dengan duit, kekayaan dan business...hurmmm...hari ni saya nak share...mari, kita baca perkongsian dari Kak Anis, dari Anis Choc Moist Cake...



::BAIK SANGKALAH DENGAN DUIT DAN KEKAYAAN::

Sebagai manusia biasa, tentu ada perasaan nak kaya..nak banyak duit..kan?..Sebab itu memang sifat manusia, sebab dalam diri kita semua kita memang nakkan kemajuan dalam apa saja yang kita lakukan. 

Bukan saja bab duit atau materialistik, tapi bab kerohanian dan spiritual pun sama.Kalau buat ibadah, dah berjaya buat yang wajib nak buat yang sunat pulak..Perasaan nak tambah lagi amalan pasti ada..Barulah rasa puas dan berjaya.

Tipulah kalau ada yang kata kat mulut tak nak kaya...Dulu-dulu waktu saya pokai dan broke saya pun cakap macam tu...Sebab duit asyik tak lekat jer..Malu kat orang sebab buat macam-macam tapi tak kayo-kayo...Jadi, senang cakap kat orang tak nak kaya..sebab konon nanti takut hanyut..Barulah orang tak tanya dah..baru orang tak ajak dah join Amway ke..join Zhulian ke..join apa lagi, Lamb berger ke.. .

Semua tu saya takut nak join..sebab nanti kena paksa pikir macam orang kaya..padahal penakut nak mencabar diri sendiri...takut nak mencuba..takut gagal!!... Belum cuba dah takut gagal!...Apa daa pemikiran macam orang miskin derrr...

Tak salah pun nak kaya...Jangan salah faham.Apalah salahnya kaya kalau boleh membantu dan menambah nilai hidup lebih ramai orang lagi? ..

Tahu tak bahawa keinginan untuk membant orang lain maju juga adalah salah satu daripada fitrah manusia.Ramai yang rasa puas kalau dapat tolong orang..Nampak tak?..

Jangan risau atau rasa bersalah atau malu kalau anda ada perasaan nak kaya ni.Jangan bagi orang lain biarkan anda rasa ragu-ragu atau malu nak jadi kaya.Orang tu tak faham sebenarnya keinginan itu adalah bagus.Eh silap, tersangat bagus sebenarnya. 

Semua orang boleh capai tahap tertinggi dalam hidup dia kalau dia faham kuasa minda dia pemberian terbaik Allah kepada manusia.Buat apa nak hidup biasa-biasa sedangkan kita dah tahu kita boleh mintak pada Allah unlimited!..Dan Allah pun dah janji, Allah mengikut sangkaan hambaNya!

Bila baca ni tentu anda akan rasa anda deserve boleh dapat apa saja yang anda impikan kan?..Tapi ..susah jugak nak dapat sebenarnya. .kalau dalam diam-diam atau dalam tak sedar..anda kondem orang kaya atau kondem duit.Anda cakap pada anak-anak, duit ni lah punca segala kejahatan.

Itulah namanya tak allign.Hati nak kaya, tapi kutuk dan merungut pasal duit.Kalau macam tu.... duit pun tak suka nak berkawan dengan kita.Sebab tu lah duit asyik tak lekat je..dia tak suka nak lama-lama duduk dalam wallet tuuu..

Sebenarnya nak kaya tu tak salah..Yang salah ialah orang yang pegang duit tu sendiri!..Sebab..sepatutnya dia pandai pilih nak buat apa dengan duit tu..Semuanya di atas pilihan kita.Siapa suruh guna duit untuk beri rasuah atau untuk kita bolot sorang-sorang? Atau...untuk cari perempuan? ..Bukankah itu semua kita yang pikir sendiri?..

Kenapa tak tolong orang je?..Kenapa tak gunakan duit tu untuk bersedekah dan berzakat?..Kenapa tak bina mesjid? Macam mentor saya dia bina mesjid. .

Kenapa tak hantar satu kampung buat haji atau umrah? Macam Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari, saya dengar sampai dah kehabisan orang kampung..semua dah dihantar Tan Sri untuk buat haji/umrah.Kenapa kita tak tiru mereka semua ni ke arah keagamaan? 

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia