-->

Wednesday, June 8, 2011

Pertemuan kedua kali..
Assalammualaikum...

apa habaq??

hmm...moga moga anda semua berada dalam keadaan baik sihat bagus sekali...

ingat tak entry saya dulu "Peristiwa Di Langkawi"..kalau belum baca jom baca dulu http://penapadi.blogspot.com/2011/01/peristiwa-di-langkawi.html

hari itu dalam 2 minggu lepas, aku ada pergi ke Langkawi sekali lagi untuk menyelesaikan kerja kerja disana...(heh bisa lah..busy man habaq ang..hahaha)

(okay focus..ehem ehem)

aku bermalam di Langkawi sehari..alhamdulillah aku dikejutkan untuk bangun Qiammullail(eehem..bukan nak menunjuk ehh)...

tak lama selepas suara azan berkemundangan di sekitar pekan Kuah..aku pun bersiap dan terus ke Masjid hari tu..dengan menaiki motor kapcai EX5..hoho..best oo motor tu

okay..sesampai ja aku di masjid tu, aku tersempak dengan Pak Cik tu..pak cik yang aku jumpa hari tu lah...pak cik yang aku sangat kagum tu..

Saya: Assalammualaikum...

Pak cik: waalaikumsalam..

Pak cik tu senyum pada aku. Aku lihat, kesakitan kakinya semakin menjadi jadi..nak keluar dari kereta pun susah..nak berjalan apa lagi..

lalu aku minta izin untuk tolong dia...(ehem..aku nih boleh jadi contoh paa?? haha..okay2..aku bergurau....sarious2)

CHOP!! CHOP!...ehemm...aku tak mau cerita apa yang berlaku selepas itu..okay..
(panjang cerita nih jang..tak larat den nak tulis)

cuma saya nak korang bayangkan bagaimana, orang yang berbadan besar, yang sakit lutut, yang sudah tua, masih mampu untuk solat subuh berjemaah di masjid..


selepas Solat subuh berjemaah..aku bersembang sembang dengan Pak Cik tu..


Pak Cik itu cakap pada aku...

"Adik, apa yang Pak Cik rasa ini sedikit sahaja, ALLAH nak uji kita...ini baru ujian yang sedikit..."


hmmm..aku tersentak dengan statement tu..secara terus terang, aku malu dengan orang yang berbadan sihat, dan muda..tetapi masih lagi tinggal solat..apa lagi solat berjemaah di masjid atau surau..apa yang kita nak jawab di akhirat kelak..


"ini Pena Padi, mengingati buat yang terlupa"

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia