-->

Thursday, June 2, 2011

Pena Padi: Kisah Si Ayah dan Si Anak

Pena: Assalammualaikum...hehe =)

Padi: wasalam..ish..kenapa tersengeh?

Pena: tak da apa apa eh...ang duk wat apa?

Padi: hmmm...takkan tak nampak kot...kan aku tengah berkebun nih..
Pena: hmmm...aku bosan lah...

Padi: hmm...apa kata ko tolong aku berkebun..banyak pahala ni..

Pena: hmmm..tak yah kot...aku lebih suka tengok ko bekerja..hehe

Padi: hmmmmmmm...ko nak dengar sebuah cerita?

Pena: nak nak...


Padi: macam ini cerita dia..

"pada suatu hari, ada seorang anak ini, dia berasa sangat sedih sebab keputusan peperiksaan nya tidak begitu baik...lalu si anak itu menunjukkan kad laporan peperiksaannya pada ayah nya"

Pena: lalu apa yang terjadi???

Padi: lalu...si ayah tadi..menoleh pandangannya dari kad laporan itu ke muka anaknya itu..kelihatan, anaknya yang agak sayu..

lalu si ayah bertanya pada anaknya..

kenapa Amirul sedih?? sambil tersenyum

si anak yang tadi sedih terasa lega sedikit apabila melihat senyuman ayahnya itu..lalu dia menjawab
"Mirul sedih sebab Mirul dah menghampakan ayah...Mirul gagal ayah..Mirul gagal...kawan kawan Mirul semuanya dapat keputusan elok elok"

lalu si ayah menjawab...

wahai anak ku, adakah ini bermakna yang kamu akan berhenti berusaha??
adakah ini bermakna yang kamu akan gagal selama lamanya..??

si anak tercengam..tak tahu nak jawab apa apa..

si ayah tadi menyambung kata- katanya..
"wahai anak ku, ALLAH tak pernah melihat pada hasil perbuatan kita, kerana, pada hakikatnya, ALLAH lah yang menentukan segala galanya..ALLAH mahu melihat pada USAHA mu...kun fa ya kun...jadi, maka jadilah ia..

jadi..jangan berhenti berusaha..jangan sesekali...=)

Amirul...jom kita pergi ke bukit atas tu...


(tak lama selepas itu)
sekarang kita dah sampai...apa yang ayah nak kamu buat ialah...kamu pergi ke penjuru itu dan menjerit sekuat hati..dan katakan

"ENGKAU BOLEH BERJAYA AMIRUL"

si anak tadi pun berdiri di penjuru bukit itu...dia menarik nafas yang panjang...lalu dia pun menjerit sekuat hatinya..

"ENGKAU BOLEH BERJAYA AMIRUL!!!!"

selepas saja dia menjerit...ada suara kedengaran

"ENGKAU BOLEH BERJAYA AMIRUL"

si anak tadi hairan...lalu, si anak tadi menjerit lagi...
dan bunyi yang mengeluarkan kata kata yang sama itu keluar lagi...seolah olah ada orang yang menjerit pada dia..yang berkata "ENGKAU BOLEH BERJAYA AMIRUL"

lalu si ayah berkata pada anaknya...


"kalau Amirul percaya yang Amirul boleh berjaya...akan ada orang yang percaya juga bahawa Amirul akan berjaya.."

"Percaya pada diri supaya orang lain percaya pada kamu"

buat yang terbaik pada masa akan datang

si anak tadi tu lantas memeluk ayahnya...

"Mirul sayang ayah"...










*****

Padi: habis!!!

Pena: ehh..jap...sapa yang duk menjerit kat budak itu??

Padi: itulah echo pantulan suara dari bukit-bukit berdekatan...hmm..sapa yang ciptakan semua ini...sudah tentulah ALLAH..ALLAH lah yang sentiasa bersama kita setiap masa...

Pena: ohhh...okay2..jadi pengajarannya..kita kena berusah dan jangan berhenti berusaha...dan..dan...kita kenalah percaya pada diri kita, barulah orang lain akan percaya...betoi?

Padi: BETULL...dan ALLAH sentiasa bersama kita

Pena: haha..aku tahu aku nih pandai...dan ko pandai juga Padi

Padi: hmmm...jadi..di depan ko nih ada seseorang yang tengah berkebun...ko nak tolong dia tak...kan ko cakap, kita kenalah berusaha dan yakin pada diri kita pada tiap tiap masa??

Pena: hmm..ohhhh nooo...nih satu perangkap rupanya...(sangat licik Padi nih)....

Padi: =)

Pena: hmmmm...okay okay..aku tolong...(hmmm...moga2 aku ikhlas)

berusah..berusaha...berusaha...percaya..percaya..percaya...ALLAH bersama aku...hooooo

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

1 comments:

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia