-->

Friday, December 3, 2010

PENA & PADI: Mengembara ke KL

Hujan turun renyai renyai pada petang itu…udaranya segar dan nyaman…dua sahabat baik kelihatan sedang duduk di ruang rehat di luar rumah…sambil minum air mereka berdua
bersembang seperti biasa..

PADI: PENA, hari tu aku mengembara…

PENA: wahh!!...kat negara mana ang pi? Mesti best kan??

PADI: haa’ah…memang best!...tapi bukan kat luar Negara…dalam Negara jaa..

PENA: hooooo….Malaysia jaa ka? Kat mana?...gunung mana pulak ang panjat kali ini?

PADI: haha…aku pergi KL jaa lah…

PENA: haaaa??!!...KL??...tu ang kata mengembara? Ada apa kat KL?

PADI: hey..mengerbara tu maksudnya, kita explore…kita berjalan bagi mencari pengalaman

PENA: hmmm…apa pengalamana yang ang dapat?

PADI: banyak PENA…okay jom…aku akan cerita satu persatu…
Aku dengan kawan aku bercadang nak pergi sunway pyramid untuk main skies..ala, yang melungsur atas ice tu..
Jadi kami pon pergi lah dengan naik tren..sebaik baik masuk tren di stesen seremban jaa…kami terjumpa dengan seorang lelaki , umurnya lingkungan 30an…kurus orangnya, pakaiannya kemas berseluarkan jeans dan baju kemeja, dia pakai cermin mata dan topi…

PENA: haa??...jadi apa yang menariknya

PADI: yang menariknya, lelaki ini bertanya kepada kami
“adik..sini stesen seremban ka?”
Ha’ah..
“hooo, saya dah terlepas lah nih…saya dari KL central..saya nak turun ke kajang….saya tertidur lah”
Kami pun tersenyum lah…dalam hati aku berkata…lelaki nih memang kelakar lah…
Selepas tu…lelaki itu terus duduk di hujung barisan kerusi…pastu..
Dia TIDUR balik….

PENA: hahaha…memang kelakar lah dia…mungkin dia penat sangat kot

PADI: mungkin…ada lagi PENA…
kereta api kami mula berjalan..tak lama selepas itu, ramai orang mula memasuki tren tu…
lepas tu pulak..si lelaki tadi…terjaga dari tidurnya…dan dia lihat sebelah dia ada orang…dia pun bertanya kepada orang itu
“abang, stesen kajang dah sampai lum?
Abang tu pun kata “belum lagi, lagi 3 station lagi”
Kemudian lelaki itu anggukkan kepalanya dan sambung tidur..tak lama selepas itu…kepala lelaki tu sudah terlentang di atas bahu abang tu dah….
Haha…yang tak leh tahan…muka abang itu masam jaa..dah lah pakai cermin mata…

PENA: hahaha…kelakar lah manusia nih…

PADI: dalam 5 min selepas itu…operator tren membuat pengumuman, bahawa telah sampai station kajang..lelaki tu bangun dan dia ucap terima kasih kepada abng yang telah meminjamkan bahunya untuk tidur …haha

PENA: haha….hmmmmmm…PADI…tak sangka ko begini…ko kutuk orang tu eh?

PADI: agtarfirullahalazim…tak lah..

PENA: apa motif ko cerita benda2 ini?

PADI: motifnya…ucaplah “TERIMA KASIH”…walaupun sumbangan orang lain itu tak seberapa…
Okay..sambungan….jam sudah menunjukkan pukul 12.30pm…kami pun dah sampai di KL central…tetapi perjalanan kami masih jauh lagi…hala tuju kami adalah untuk ke “SETIA JAYA”..
Kami tak berapa biasa dan pandai tentang selok belok KL…jadi kami tengoklah peta perjalanan arah tren yang berdekatan dengan kami…Tiba2 PENA….ada seorang makcik linkungan 40an datang kepada kami…
Dia tanya;
“maafkan makcik adik…makcik nak tumpang tanya…macam mana nak ke IPOH?”
Hooo…kami pun pening ar…kami pun sesat..pas tu kami cepat2 tengok peta lokasi itu balik..tapi..tak jumpa pun perjalanan nak pergi IPOH…kami pun jawab lah
“maaf mak cik, kami pun tak tahu…kami tak biasa kat sini”
“hooo…takpa lah nanti mak cik tanya kat kaunter kat atas…adik orang mana?”
“kami orang seremban cik..”
“hoo. .Seremban…”
Mak cik itu memang peramah…kami senang dengan dia…banyak lagi yang dia cakap..antara lain yang dia cakap;
“kalau kamu sesat..kamu jangan malu untuk bertanya..mak cik bukan nak rendahkan diri kamu..tetapi..kalau kita tak bertanya, kita akan sesat”
Itulah pengajaran yang kami dapat dari makcik itu….”JANGAN MALU BERTANYA.. MALU BERTANYA ..SESAT JALANNYA”
Kesudahan, pertemuan itu, mak cik itu bawa kami ke kaunter pertanyaan..untuk menanyakan arah bagi tujuan kami…kesudahannya..mak cik itu dapat tahu hala tujunya dan kami pun dapat tahu hala tuju kami, dengan mudah..dengan hanya bertanya….

PENA: hmmmm…menarik jugakkan…walaupun kisah2nya..seperti remeh…tetapi, pengajarannya ada

PADI: meh aku sambung..kami pun sampai ke destinasi kami tak lama selepas itu…SUNWAY PYRAMID…sesampai jaa kami ke sana..kami selesai kan solat dulu…dan selepas itu kami terus ke kaunter skies…hooo agak mahal..RM24 per head…hmmm
Tetapi..memang best…aku belajar melunsur di permukaan ice…pengalaman baru…terjatuh…terlanggar…itu perkara biasa lah…
Kemudian…kami bermain bowling pulak…RM8 per game???
Joke!!...kami tak dapat student price…sebab kami tak cakap yang kami student…aisey…
Aku sering tertanya pada diri aku…kenapa kita perlu bayar untuk seronok??..mahal pulak tuu
Nak main snooker kena duit…bowling pun kena duit…skies pun kena duit….pendek kata…semuanya perlukan duit….
Itu sebab, aku kurang gemar dengan permainan permainan ini….aku stick dengan pendirian aku “mengapa kita perlu membazir, sedangkan kita boleh berjimat”
Kiranya…untuk 1 hari tu jaa…RM 40 seorang, untuk entertainment…tak campur makan lagi…tambang texi…
Semuanya perlukan duit yang banyak…
Joke!!...mesti ada kesilapan…aku tak salahkan mereka…aku salahkan system hidup kita…dan orang yang membuat system ini…
Mereka menjadikan DUIT sebagai segala galanya…

PENA: hoooo…selepas itu pulak PADI…apa pengajaran yang ko dapat….

PADI: hari sudah malam…dan kami naiklah texi untuk ke rumah kawan kami dia setia jaya untuk bermalam di situ..
Dalam perjalannan ke rumah kawan kami…talifon pemandu texi itu berbunyi…tak salah aku pemandu itu beragama hindu atau kristian…yang pastinya bukan Islam…
Pemandu itu pun angkatlah talifon bimbitya…tak lama selepas itu…perkataan maki, kasar, keluar dari mulut pemandu itu…pemandu itu bergaduh dengan pemanggil itu…tikam belakang lah…make money lah…not my friends…business…itulah key word2 percakapan dorang…hooo…pemandu texi tu betul2 bengang ooo dengan kawan dia tu…
Aku bertanya dalam diri aku…”apa terjadi dengan manusia sekarang ini?” kawan makan kawan…mencarut… tidakkah agama masing-masing mengajar tentang nilai2 murni???
Kemana pergi nilai murni mereka??

PENA: hmmm…system…system yang kita hidup sekarang ini membuatkan kita hilang semua itu..sistem yang kita hidup sekarang ini mengajar kita untuk cintakkan duit dan pengaruh…hinggakan..tergadai nilai2 yang baik dalam diri kita…

PADI: baguslah kalau ko faham…

PENA: mendalam sungguh kejadian yang berlaku itu…walaupun remeh…tak ramai yang pandang ia sebagai sesuatu yang bermakna…sambunglah lagi PADI..

PADI: tak lama selepas itu…kami pun sampai lah ke condominium kawan aku itu…bila disembang sembang pasal condo tersebut…kawan aku menceritakan bahawa setiap penghuni wajib ada pass card…nak buat pass card kena bayar RM50…jadinya…setiap orang di dalam condo itu perlu bayar RM50…untuk security…
Kiranya, security ketat sebab tempat itu tak selamt…perlu pengawalan yang berganda
Aku tanya lah mengenai kawasan2 persekitaran condo tersebut…kawan aku kata…banyak kes curi…gangster…zina..jenayah yang berlaku di kawasan2 persekitaran tersebut…
Bila aku tengok balik…tak ramai bangsa ISLAM yang tinggal di kawasan itu…yang banyak adalah…indon…philipine…bangla…afrika…cina..india..melayu tu adalah lah jugak…tetapi..melayu yang hanya melayu..
Kawasan itu jadi tak selamat…sebab masing2 bawak masalah masing2 ke sini…

PENA: hoooo…takut aku kalau benda itu terjadi kat sini….tak mau…tak mau

PADI: meh aku sambung lagi..sikit aja lagi

PENA: okay2…panjang betoi perjalanan ang nah PADI

PADI: bila aku sampai ke rumah kawan aku tu…aku terus rehat…selepas solat…kami pun nak turun makan lah…sebaik sahaja aku buka pintu bilik kawan aku untuk ke ruang tamu…aku ternampak seorang perempuan cina di dalam rumah tersebut…

PENA: WHAT!!!...perempuan??

PADI: ha’ah..perempuan

PENA: jap2…rumah tu semuanya melayu kan?

PADI: yep…melayu semuanya….dan perempuan keluar masuk dari rumah itu adalah perkara biasa bagi mereka…tetapi, kawan aku tu tak terlibat lah

PENA: tetapi mereka itu melayu?

PADI: ko jangan salah faham PENA…bukan bangsa itu yang jadikan kita ini mulia…tetapi AGAMA…agama yang aku maksudkan itu adalah AGAMA ISLAM…ramai yang dah hilang ISLAM dalam diri mereka…

PENA: agtarfirullahalazim…tak takut ka perempuan tu?...hmmmmm…apa2 boleh terjadi kalau lelaki dan perempuan bergaul dengan bebas…apa lagi yang ko dapat PADI?

PADI: hmmmmm…esok tu pulak kami pun pergi ke salah sebuah kolej university swasta…disitu tempat kawan aku dan kawan2 serumah itu belajar…
Terkejut jugak aku…masa aku nak keluar dari condo kawan aku tu….aku nampak ada beg perempuan atas meja makan…lepas tu pulak…ada selipar perempuan diluar rumah…hmmmm….aku tak tahulah…
Okay kita teruskan ceritannya…setiba sahaja di kolej swasta itu…mashaallah…tempatnya memang cantik..struktur pembinaannya memang cantik…memang gah…pelajar2nya juga apa kurang nya…semua bertutur kata dalam bahasa inggeris sesama mereka…dasyat
Tetapi…ada yang slack….hampir 80% pelajar mereka tidak ikut etika belajar…

PENA: apa maksud ko PADI…

PADI: maksud aku…SEKSI!!!...yang lelaki okay lah…yang girl girl tu….macam mana lelaki nak belajar jika suasana pembelajarannya dikeliling dengan perempuan seksi….comfirm tak belajar lah lelaki lelaki tu…maklumlah…kebanyakan mereka adalah cina…jadi…mereka tak kisah…
Apa yang slaknya lagi adalah…suasana pembelajaran mereka terlalu MEWAH…boleh lupa akhirat oooo….
Kat situ ada kedai “famous amous”,”saloon”,”starbuck”,”food court mewah”,”old town”,”baskin robin” dan lain2…Nampak tak? Kesemua benda2 ini adalah mahal…..kedai2 biasa tak da ooo….ni semua tuk orang kaya jaa..
Pendek kata…kolej itu bukan tempat belajar…tetapi tempat berniaga….
Pertama mereka berniaga tempat tinggal…
Kedua mereka berniaga makanan yang mewah(tak berepa sihat pon)..
Ketiga mereka berniaga sijil…
Untuk mereka…semuanya adalah DUIT…MAKE PROFIT…hey…ini kawan2 aku yang belajar kat sana yang bagi tahu aku…dan hasil penelitian aku…

PENA: hoish…padanlah…semuanya kerana orang berebut rebut nak duit…

PADI: kita jangalah terpengaruh dengan kefamousan, kemewahan dan wanita…tengok ajalah dunia kita sekarang… manusia akan musnah jika ia berterusan…KL memang hebat...tetapi hanya pada fizikal

PENA: hmmmm…aku dapat banyak pengajaran daripada cerita2 ang…kita tak boleh pandang sesuatu itu dengan remeh…walaupun ia sesuatu yang kecil…kita kena buat sesuatu…aku akan bersama ko PADI…

“JIHAD JALAN KAMI…..MATI DI JALAN ALLAH CITA-CITA TERTINGGI KAMI”
AYUH…ubah paradigma diri..kepada diri yang lebih baik….

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia