-->

Saturday, February 2, 2019

TOLONG BISNES ARTIS ATAU BISNES KAWAN, MANA LEBIH UTAMA?

Teringat saya kes viral apabila ada artis buat promosi jualan tudung di outletnya. Kelihatan ramai pak cik, mak cik, abang dan adik tolak menolak gaduh-gaduh untuk dapatkan nombor giliran di kaunter

Pihak krew dan artis itu pula sibuk membuat rakaman secara live untuk menunjukkan orang ramai sanggup bersusah payah untuk mendapatkan produk-produk mereka

Kecoh di media sosial sehinggakan ramai netizen mengencam kuat artis tersebut kerana ia kelihatan seperti mengambil kesemptan kesusahan orang ramai yang berada di situ untuk tujuan pemasaran mereka 

Laki perempuan semua tolak menolak berebut rebut kerana nakkan jenama tudung tersebut. Sanggup habiskan wang gaji untuk nak nampak glamour. Sanggup beratur dari subuh da nada yang sanggup memasang khemah bermalam supaya dapat menjadi orang yang terawal beratur di pintu depan

Silap-silap mak cik yang baru dapat bantuan sara hidup di kampong sebelah juga terkedek-kedek bentang tikar dan tidur sana untuk mendapatkan harga promosi. Wohoo. Suami di rumah garu kepala, “mana lah pergi bini ngan anak-anak aku ni”

Bila artis jual itu ini berebut orang melayu berbondong-bondong pergi seperti ada seruan jihad di situ. Seruan azan berkumandang tidak ramai pulak yang menyahut. Zzzaaaaaappppp . hati macam kena belah dengan pisau kan

Walaupun pakaian yang Artis-artis itu keluarkan boleh didapati di Bandung atau Songkhla .Walaupun pakaian yang mereka keluarkan itu hanya indah khabar dari rupa. Tetapi pembeli-pembeli itu tidak kisah, asalkan yang jual itu artis glemor

Balik kampong, “Jahhhh tengok tudung baru aku baru beli ni, aku beli dari artis kau tahu”

Bila Artis jual jual biskut raya , awal tahun lagi semua dah tempah. Harga boleh tahan mahalnya, tidaklah sesedap mana harap glamour bekasnya boleh tayang pada orang. Bila Kawan buat kuih raya, dikata pula "Sorry Mila, aku dah ada kuih raya dah, tahun depan ekk"

Bila artis keluarkan minyak wangi jenama mereka sendiri semua berebut untuk beli. Tetapi apabila kawan sendiri menjual minyak wangi dengan ambil stock dari supplier tempat yang sama, tidak pula dia beli.

Bila pergi kedai artis
“Berapa yer minyak wangi ni? “
“RM300 sahaja kak.”
“Ooooo..mesti berkualiti ni. Cantik pulak tu.. haaa… saya ambik satu ya.”

Tapi .....
Bila pergi kedai kawan
“Minyak wangi ni berapa yer harganya?”
RM50 jer 
Mahal lah. Botol tester ada?

Fullstop

Bila kawan sendiri berniaga

“ Mat, tak dapat kurang ker ? ” “ mahalnya ... "" takde harga member ke "" Kenapa postage tak buat free jer" Sambil tengok atas bawah peniaga tersebut.

Itu pun nasib lah kalau dia beli. Ada pula yang lalu kedai kawan pun tidak mahu pandang. Nak like status business kawan-kawan pun malas.

Kalau saya ada pilihan nak beli karipap daripada Neolofa ataupun Mak Cik Tina berniaga depan rumah kedai dia. Comfirm saya akan pergi ke Neolofa dulu buat-buat tanya

“Hai, Baru berniaga kat sini ker?” Ehh

Kemudian saya akan terus ke Mak Cik Tina untuk membeli daripadanya. Kerana saya yakin mak Cik itu lebih memerlukan duit untuk menyara kehidupannya

Bila membeli barang dari kawan anda, anda membantu mereka membina hidup, bukanlah mereka nak kumpul harta kekayaan untuk beli kereta porche atau rumah banglo, tetapi untuk survival keluarga. Kadang-kadang duit untung niaga RM30 ke RM50 sehari tu lah satu-satunya pendapatan untuk beli susu , pampers anak, bayar rumah, kereta dan lain-lain

Bukan tak boleh beli barang-barang dari artis, cumanya bersederhanalah dalam berbelanja dan utamakanlah membantulah peniaga-peniaga kecil, terutamanya kenalan kita. Wahai

Jika ada kekurangan dalam bisnes kawan, maklumkan kepada dia, beri pandangan penambahan baikkan. Bukan buat senyap dan gosip belakang

Support kawan-kawan, mereka lebih memerlukan

Entahlah, ini hanya pandangan 10 sen saya. Apa pandangan anda?



Kaizan Nazlan
Usahawan Jalanan
Penulis Buku Budak Kelas Belakang & Travelog Usahawan Muda

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia