-->

Friday, October 12, 2018

TEMPAT MENYIMPAN ALTERNATIF UNTUK DANA PERSARAAN


Hai Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin kongsikan ilmu yang cukup penting dalam pengurusan kewangan. Ia sangat penting untuk kita umumnya dan khususnya kepada para usahawan-usahawan di luar sana.

Sesetengah orang beranggapan bahawa kita tidak perlu ada simpanan di masa tua. Terutamanya simpanan jangka masa panjang yang lambat untuk dilihat hasil pelaburan. sesetengah orang lebih suka untuk melabur dalam skim-skim cepat kaya. Katanya lebih lumayan dan lebih pantas mendapat hasil.

Dalam artikel ini saya tidak berhajat untuk membicarakan tentang skim-skim cepat kaya yang sebenarnya kuat menipu. fokus utama artikel ini adalah berkongsi kaedah penyimpanan alternatif untuk dana persaraan.

Dua tempat simpanan yang baik sebagai tempat mengembangkan wang sebagai wang persaraan untuk kita, khusnya untuk mereka yang bekerja sendiri. Dua simpanan ini amat praktikal untuk kita yang ingin serious menyimpan.

Dalam simpanan ini, pelabur hanya boleh mengeluarkan dana simpanan apabila mencapai tempoh matang. terma dan syarat pengeluaran agak ketat bagi mendisiplinkan pelabur untuk kekal menyimpan.

Apakah dua instrument simpanan untuk dana persaraan itu?

1) KWSP simpanan sendiri (SP1M)

Untuk membuat simpanan persaraan di dalam skim ini anda boleh walk in ke mana mana cawangan KWSP dan memohon untuk menyimpan secara sukarela. Mohon kepada mereka untuk membuat simpanan shariah.

konsep tabung sama seperti tabung KWSP lain. ada tabung 1 dan tabung 2. 70% akaun 1 dan 30% akaun 2. jumlah maksimum terkumpul bayaran caruman secara sukarela itu adalah kekal RM60,000 setahun.

Caruman SPIM boleh dibuat bila-bila masa. Simpanan di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia juga akan menerima dividen tahunan sehingga ahli berumur 100 tahun. Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun.

2) Private Retirement Scheme (PRS)

Untuk membuat simpanan persaraan PRS, anda boleh berhubung dengan mana-mana agent yang menawarkan simpanan PRS. Kebanyakkannya financial consultant unit trust boleh membantu. 

Apa yang bagus scheme ini mempunyai takaful sebagai manfaat tambahan. Maximum jumlah yang di "cover" adalah sebanyak RM100,000.00. Jika si penyimpan meninggal, waris akan mendapat wang pampasan dan juga dana persaraan yang terkumpul.

Katakan simpanan anda dalam PRS sudah mencecah RM80,000. Maka pihak PRS akan memberi pampasan takaful sebanyak RM80,000 termasuk juga dana terkumpul iaitu RM80,000.00

Jika simpanan anda dalam PRS mencecah RM120,000.00. Maka pihak PRS akan memberi pampasan takaful sebanyak RM100,000.00. Ini kerana jumlah maximum pampasan adalah RM100,000.00.

Untuk makluman, duit anda hanya boleh dikeluarkan ketika umur anda 55 Tahun. Ia bagus untuk mereka serious menyimpan dalam jangka masa panjang. Untuk maklumat yang lebih detail, anda boleh terus berhubung dengan KWSP dan PRS.

Bagaimana dengan hasil pulangan? Berapa yang kita akan dapat?

Ia bergantung kepada jumlah dan konsistensi anda menyimpan. Lebih banyak dan lebih kerap lebih bagus. Kerana wang simpanan akan bertambah dan semakin bertambah apabila wang kekal disimpan.

Pulangan dividen saya tidak pasti. Tetapi boleh saya anggarkan dalam 6 ke 7 peratus secara average.

Dalam simapanan persaraan ini, tidak perlu untuk kita labur dalam kedua dua instrument ini secara serentak. Memilih antara satu sudah cukup baik. Jika mampu kedua duanya lagi bagus.

Dua instrument simpanan ini selamat dan membuahkan hasil yang baik insyaallah. Saya syorkan. Moga bermanfaat.

Apa apa pun ini hanya pandangan dari diri saya yang kerdil. Selamat memenuhkan tabung persaraan!


p/s: Saya bukan agent, mohon rujuk pada ahlinya. Satu lagi simpanan yang baik adalah "Emas". Ini kita cerita di artikel lain. insyaallah.

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia