-->

Friday, October 12, 2018

KEPENTINGAN PERANCANGAN PERSARAAN BUAT USAHAWAN



Bagi saya amat penting bagi setiap usahawan untuk ada perancangan persaraan. Sebenarnya bukanlah usahawan sahaja, semua orang wajib ada perancangan persaraan.

“Berapa jumlah simpanan dan berapa jumlah pendapatan yang kita mahukan apabila usia mencecah 55 tahun?” Ini persoalan yang perlu kita jawab.

Kita ambil 55 tahun kerana itu adalah tahun standard persaraan di Negara kita.

Tidak kiralah dia kontraktor binaan ka, dia caterer makanan ka, dia penjual nasi lemak tepi jalan ka, dia jual ayam belakang rumah ka. Perniagaan kecil atau besar, tabung persaraan amat penting untuk setiap dari kita. 

Perancangan ini perlu kita lakukan sejak kita muda. Bila dah tua baru nak menyimpan, itu tidak akan kemana. Contohnya pada usia 55 tahun sudah ada RM500,000.00 ke atas sebagai wang simpanan. Orang berniaga mestilah kena ada banyak duit ye tak. Atau paling kurang kena ada RM1,000,000.00 simpanan. Fuhh berpeluh. Jika dapat ini kira cemerlang lah.


Tidak mustahil betul?

Ini perlu supaya bila umur sudah lanjut, kita tidak lagi perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang seperti zaman awal kita struggle dalam dunia keusahawanan. 

Bak kata orang lama kita “Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian”

Dalam perancangan persaraan 3 aspek penting perlu diambil kira

Pertama: Simpanan
Kedua: Perlindungan
Ketiga: Pelaburan

Ketiga-tiga perkara ini amat penting untuk kita merancang persaraan kita. Ia sangat penting untuk kita mencapai matlamat kewangan kita. Cumanya untuk artikel ini saya ingin fokus kepada aspek pertama iaitu “Simpanan”

Simpanan adalah perkara asas dalam perancangan persaraan. Jika tiada disiplin menyimpan, nak jadi kaya itu ibarat angan-angan mat jenin. Cakap sahaja, tapi tak buat-buat.
Bila dapat untung banyak atau sedikit pastikan kita menyimpan. Suka saya cadangkan untuk kita simpan 10% daripada hasil pendapatan kita ke dalam tabung persaraan. Setiap bulan disiplinkan diri untuk menyimpan.

Jika untung awal-awal berniaga baru untung RM500.00 simpanlah RM50, jika untung RM1,000 simpanlah RM100, jika untung lebih daripada itu simpanlah lebih. Nak lebih daripada 10% pun tidak mengapa.

Perlu kita ingat “bukan berapa banyak pendapatan yang membuat kita kaya, tetapi berapa banyak yang kita simpan yang membuat kita kaya”

Bila kita dapat untung besar, perbanyakkan simpanan. Jangan pula kita membazirkan dengan membuat projek yang tak kenal punca atau terlebih murah hati belanja orang membabi buta.

Untuk memastikan kita ada dana persaraan yang cukup. Perkara pertama yang perlu diingat adalah;

*Jangan laburkan kesemua duit untuk RnD perniagaan. Pastikan ada dana untuk tabung diri masa hadapan. Mula menyimpan sekarang.

*Jangan jadi bodoh melabur dalam skim cepat kaya. Pastikan duit anda itu disimpan dalam instrument pelaburan yang halal dan dijamin keselamatan.

*Jangan pinjamkan duit kepada kawan atau ahli keluarga. Jika mahu, hanya pinjamkan sejumlah yang ada sanggup hilang sahaja.


Amat penting apabila kita tua kita mempunya duit yang banyak, supaya bila tua kita boleh berehat kerana zaman tua adalah zaman untuk kita menikmati hasil. Bukan lagi zaman kita struggle siang dan malam menanam hasil. 

Zaman itu adalah untuk kita lebihkan fokus menambah amal ibadah dan meluangkan lebih masa bersama pasangan. Sebagai tambahan lagi, masa inilah kita luangkan banyak masa kita  mendidik dan melatih generasi generasi muda menyusun langkah dalam perniagaan dan kehidupan.

Masa itu kita digelar “Otai Business”

Ini hanya pandangan 10 sen saya. Moga bermanfaat.




Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia