-->

Monday, February 18, 2013

Mesir - Ikhwanul Muslimin kami menyusuri

Kemenangan Islam dalam konteks demokrasi berpelembagaan

KEMENANGAN ISLAM
Dalam Konteks Demokrasi Berpelembagaan Malaysia

Ikhwah yg dirahmati;

PERBINCANGAN saya bawakan ini adalah berdasarkan kupasan Surah An-Nasr yg pernah disyarahkan oleh guru saya, yg mana surah itu kerap dikaitkan dlm usaha kemenangan Islam. Kupasan saya ini hanya berkisar pada pra-syarat Kemenangan Islam dlm konteks Demokrasi Berpilihanraya [muwajjahah silmiyyah] yg dilakukan oleh Gerakan Islam [PAS] pada masa kini. 

Terdapat beberapa perkara penting berkaitan KEMENANGAN DALAM ISLAM;

Asas Pertama;
Perkara asas yg perlu difahami adalah bahawa kemenangan pd Islam itu adalah satu yg pasti, iaitu tatkala usaha dilakukan utk memenangkan Islam. Kata Allah;

"Bahawa sesungguhnya merekalah orang yang diberikan pertolongan. Dan sesungguhnya tentera Kami [orang yang beriman] itulah yang pasti menang"
[As-Saffat 171-173]

Asas Kedua;
Bahawa selain kemenangan itu, Allah turut menjanjikan kekalahan sebagai gantianya mengikut persediaan dan kesungguhna yg dilakukan oleh Ummat islam, melalui ayatNya;


"...Demikian itulah keadaan hari-hari [dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan], Kami gilirkannya antara sesama manusia..."
[Al-Imran ayat 140]

Allah juga engangkat diriNya sbg Pemilik sebenar kekuasaan yg Dia blh beri dan ambil dari sesiapa sahaja yg dimahukan.

Asas ketiga;
Setiap kemenangan mempunyai ciri & syarat yg mengharuskan Allah membantu mencapai kemenagan itu. Maka melalui Surah An-Nasr ini [contohnya], Allah menunjukkan tanda & syarat utk suatu KEMENANGAN SEBENAR ISLAM itu berlaku. Walau rujukannya adalah pada peristiwa Pembukaan Kota Makkah [Fathul Makkah], namun applikasi kemenangan itu sgt relevan utk terus digunapakai dalam konteks perjuangan Ummat Islam semasa, di mana sahaja termasuk Malaysia.

MAKA oleh itu;
Utk Gerakan Islam [PAS & lain2] yg menggunakan kaedah demokrasi berpilihanraya di Malaysia, adalah sgt penting utk mereka memahami di manakah sebenarnya kemenangan yg diperjuangkan tersebut berdasarkan kefahaman berikut;

[1] Waqie' Malaysia; demographik Muslim hanya 60% [maksimum] di mana 55% Melayu yg secara automatik diperuntukkan bawah Perlembagaan Persekutuan sbg Muslim, walaupun hakikat pengamalan Islam mereka pada tahap sgt lemah & kritikal.

[2] Ini disebabkan [contohnya]; berdasar statistik beberapa pengkaji; kurang dari 8% Ummat Islam muda yg bekerja mampu melaksanakan solah secara penuh setiap hari [Hasan Ali, 2005], dan faktor plg utama adalah disebabkan ketidakfahaman Islam yg kritikal pada diri mereka.

[3] Tahap amalan sgt kritikal ini berkait terus dgn latar pendidikan, kefahaman serta kemahuan beragama. Tiada kemahuan beragama berkait rapat dgn kefahaman sejak bangku sekolah. Seterusnya kefahaman salah itu disuburkan lagi dgn serangan sekularisme dan hedonism melampau yg disajikan media negara yg terus menjadikan mereka gagal membezakan antara Islam & kufur, dan juga Islam & adat keturunan. Islam hanya mampu terletak pada zahir nama tanpa langsung lahir pada tindakan. Lebih drastik apabila mereka turut meninggalkan agama [murtad] walau masih menanggung nama Melayu pd diri.

[Saya menolak statistik 250,000 murtad hasil congakan Mufti Perak tanpa angka rasmi, tetapi saya lebih merujuk kpd statistik kefahaman Islam yg begitu rosak di kalangan Ummat Islam]

[4] Setiap serangan tersebut menjadikan jiwa mereka sgt tertutup utk menerima kebenaran. Dlm ertikata lain minda terjajah itu hanya mampu menurut semata apa sahaja yg disajikan media & pemimpin di hadapan mereka tanpa kemampuan berfikir kritis berlandaskan fakta kebenaran yg adil. Mereka menjadi hamba kepada segala macam sistem zalim tanpa mampu memperjuangkan hak diri sendiri utk keluar dari kesesatan tersebut. Ini termasuklah dalam perkara pemilihan pemimpin & kerajaan sekalipun.

[5] Berdasarkan kajian seorg pakar motivasi itu mengatakan tidak sampai pun seperlima daripada 60% Muslim & pekerja di Malaysia itu yg mahu keluar dari kekangan sistem hidup yg mereka lalui. Maka ini menjadikan hanya 12% sahaja daripada seluruh population rakyat Malaysia yg mahu bangkit berubah melalui pilihanraya dan memperjuangkan Islam sbg cara hidup. Selebihnya 88% adalah golongan yg begitu jauh dari kefahaman Islam.

Nota:

12% bererti hanya 3.6 juta penduduk shj [maksimum]. Manakala lagi 26.4 juta adalah Ummat Islam yg lalai & rakyat yg beragama lain. Jumlah rekod Daftar Pemilih terkini adalah 15 juta pemilih berdaftar. 

[6] Maka sifir mudahnya; adalah sungguh mustahil utk ummat 12% [3.6 juta] itu yg prihatin & faham itu mampu membetulkan kelemahan sistem kerajaan yg zalim skrg ini. Bahkan jumlah 12% itu adalah mustahil utk membantu menghadapai kuasa & agenda musuh yg berterusan di dlm percaturan SPR. Turut gagal juga bagi kumpulan 12% itu membebaskan minda 48% lagi Ummat Islam yg dikongkong [Melayu khususunya] dan dijadikan benteng kerakusan politik parti pemerintah [UMNO khususnya] yg memperalatkan kajahilan manusia sbg senjata senjata politik mereka.

[7] Maka sejak 1998 bermulalah di situ ijtihad Gerakan Islam semasa utk melakukan pembebasan dgn dimulakan pembebasan jiwa & minda rakyat Malaysia secara keseluruhannya termasuk golongan bukan Muslim yg dizalimi & dinafikan hak mereka. Di situlah terlahirnya kerjasama politik [tahaaluf siyasi] oleh Gerakan Islam [PAS] setelah melihat tiada lagi jalan keluar pada kemelut yg melanda Ummat Islam & Bangsa Melayu tersebut. Tahaaluf Siyasi itu sungguh bersyarat di dibincang dan direstui oleh Ulamak dalam & luar negara yg bersidang.

[8] Jadi; demi mencapai kemenangan melalui kertas undi itu, maka kefahaman yg jelas hendaklah diberi pd setiap ahli & penyokong Gerakan Islam akan TAHAP PERLAKSANAAN & USAHA yg sdg mereka lalui sepanjang perjuangan mencapai kemenangan tersebut. Maka, sandaran saya pada Tafsr & Syarah Surah An-Nasr ini digunakan utk memudahkan memberikan kefahaman tersebut pd mereka mengikut apa yg diusahakan oleh PAS dlm konteks demokrasi di Malaysia ini;


PERTAMA;
USAHA & ISTIQAMAH

- Hanya usaha berterusan bersungguh & berterusan [istiqamah] sahajalah yg memungkinkan utk bantuan Allah [An-Nasr] turun kpd Islam. Dalam konteks dakwah berpilihanraya, kerja peneranagn berterusan utk mengajak rakyat berubah dan melakukan 'amar makruf & nahi munkar menjadi pra-syarat pertolongan Allah tersebut. Tanpa usaha & pengorbanan jiwa, darah, duit dan segalanya sejak wujudnya perjuangan Islam di Malaysia, adalah mustahil utk Allah bantu dgn mudah semata.

- Setiap pengorbanan pastinya ada ujian. Ujian nyawa, darah, penjara, kesusahan adalah mehnah perpanjangan yg diwarisi sejak zaman anbiyak. Para du'at dlm Gerakan islam tidak akan lari dari ujian yg sama.


KEDUA;
DATANGNYA BANTUAN ALLAH

- Janji Allah: Jika kamu tolong agamaNya, maka Allah akan tolong kamu. Ini membuktikan pertolongan Allah blh didatangkan dlm pelbagai bentuk, termasuk sesuatu yg tidak disangka oleh Ummat Islam itu sendiri. Sirah menunjukkan Rasulullah berjuang lama sebelum datangnya bantuan pembukaan Kota Makkah setelah pelbagai strategi dilakukan Muhammad. 

- Termasuk yg dilakukan oleh Rasulullah adalah Perjanjian Hudhaibiyyah yg seolahnya kelihatan oleh para sahabat Nabi telah merugikan Islam dan Nabi mengorbankan prinsip-prinsip Islam. 

- Dalam konteks Malaysia, PAS tidak pernah menyangkakan bahawa sokongan Melayu bangkit tiba2 selepas peristiwa Reformasi 1998. Hikmah pemimpin Geraakn Islam, Al-Marhum Fadhil Noor merebut hikmah itu utk mengajak sokongan Melayu itu kepada Islam. Dan beliau lancarkan Gerakan Reformasi Rakyat [GERAK] yg memperjuangkan keadilan rakyat secara keseluruhannya termasuk golongan bukan Islam, DAP & Parti Sosialist. 

- Diikuti 10 tahun selepas itu sokongan golongan bukan Muslim pula bangkit hasil dakwah & engagement berterusan menerangkan Islam kpd rakyat setelah PAS sedar jumlah 12% sokongan Melayu Muslim itu tidak pernah mencukupi utk membuat reformasi pd pemerintahan sedia ada. 

- Maka 2008 Allah aturkan bantuanNya [An-Nasr] didatangkan utk manusia semakin menerima Islam dan berjuang bersamanya, walaupun mereka itu bukan Muslim. Insya Allah natijahnya dapat dirasai selepas 5 tahun applikasi dakwah [tahaaluf siyasi] itu berjalan dgn bersungguh & ikhlas demi menggapai kemenangan buat PAS & PR dlm PRU13 kelak.

Nota: PRU13 = Insya Allah Mac 2013... :)

- Inilah yg pernah disebut oleh Rasulullah bahawa kemenangan Islam itu sebenarnya blh turut berlaku hasil dari sokongan golongan fajir, iaitu golongan pelaku maksiat yg Muslim, dan juga golongan bukan Islam sekalipun].

Hadith Bukhari dlm Kitab Jihad & Muslim dlm Kitab Iman;

KETIGA;
PEMBEBASAN [PutraJaya & Dewan Rakyat]

- Maka; atas izin & bantuan Allah jugalah, PRU13 kelak menjadi kali pertama dlm sejarah gabungan kerjasama Islam & bukan Islam melakukan ijtihad "tahaaluf siyasi" yg meletakkan kepentingan sejagat & fitrah manusia sbg perjuangan bersama, maka Insya Allah akan memberikan kemenangan dlm pilihanraya itu. 

- Maka akan mula bertapaklah pengambilalihan kuasa Kerajaan Persekutuan daripada UMNO & BN dgn penguasaan PutraJaya & Dewan Rakyat. PutraJaya & Dewan Rakyat itu mencerminkan pembebasan seluruh rakyat daripada segala undang-undang zalim yg mengongkong mereka. Itu adalah pembebasan awal [counquest] yg meletakkan kekuasaan pada rakyat dgn adil berpaksikan hak & keperluan mereka.

- TETAPI bagi PAS; terdapat perbezaannya definasi kemenangan bagi Gerakan Islam [PAS] berbanding rakan parti politik lain. Ini kerana dlm Islam, PAS menyatakan bahawa PutraJaya itu hanyalah satu permulaan kepada pelbagai kerja2 pembebasan [Al-Fath] lain yg perlu WAJIB dilakukan tatkala kuasa dipegang.

Nota: Dalam Islam KUASA hanyalah alat utk melakukan Islah / reform. 

- Oleh itu peranan paling utama Gerakan Islam adalah bersama memastikan berlakunya pembebasan khasnya utk Ummat Islam & Bangsa Melayu itu sendiri. Caranya; penguasaan media & maklumat yg bebas berlandasakan fakta yg adil, penyebaran tsaqafah ilmu & dakwah melalui media, penguasaan pendidikan sekolah & universiti, serta pelbagai lagi pembebasan rakyat dari segala bentuk penyelewengan & kezaliaman yg telah begitu lama dilakukan oleh UMNO & BN. Kerja2 pembebasan itu bukan satu yg mudah & dekat. Apatah lagi dlm konteks Demokrasi Berpelembagaan, ia melibatkan pelbagai pindaan Akta & Undang2 tertentu yg memerlukan olahan semula demi mengembalikan keadilah & keuntungan buat rakyat yg memilih perubahan.

- Kesan nyata dari pembebasan itu juga adalah penghapusan rasuah yg menjadikan negara berada dlm kefakiran, di mana kefakiran menurut Islam menjadi PUNCA UTAMA kpd berlakunya kekufuran itu sendiri. Kedudukan ekonomi Bangsa Melayu yg begitu lemah menjadikan mereka begitu jauh dari Islam.

- Dari semua contoh di aats; sebenarnya Golongan Melayu yg berjumlah 48% itulah yg plg utama mendapat nikmat reformasi & islah [penambahbaikan] dlm sistem negara tersebut.

KEEMPAT;
SOKONGAN RAKYAT

- Setelah berlakunya pembebasan [conquest] itu disetiap segi yg mengambil masa bertahun2 dgn lebih bersungguh, maka perubahan sokongan kpd Islam itu akan mula kelihatan. Bangsa Melayu yg selama ini ditindas & diperbodohkan akan bangkit menuntut hak mereka & menunjukkan sokongan pd Islam. Perjuangan Islam utk menurunkan jurang kemiskina antara golongan berada & bawahan dpt dilakukan, kerana itulah antara prinsip asas sebuah "Negara Islam" spt yg disebut dlm Al-Quran.

[Al-Hasr 7] 

- Pada masa itulah kedudukan UMNO & BN dlm persada politik Malaysia sudah tidak lagi releven apabila rakyat menyedari kerosakan yg telah mereka bawakan sejak kemerdekaan.

- Maka hasil SOKONGAN KUAT itulah, jika dilakukan PRU dilain waktu, maka semestinya sokongan beralih kpd Islam [PAS & PR] itu akan bertabah dgn mendadak [berduyun] dan memungkinkan PAS menjadi parti paling dominan dlm PR & Malaysia. 

- Itulah disitilahkan manusia datang kepada Islam secara berbondong / berduyun2 setelah mereka melihat sendiri keadilan & kebenaran Islam dlm applikasi kehidupan mereka. Dalam Surah An-Nasr itu, Rasululah tidak menyangka selepas Fathul Makkah itu, ramai ketua2 Quraisy yg berlindung di dlm Masjidil Haram yg menolak Islam pada mulanya, akhirnya turut memberi sokongan pd Islam, termausk penghijrahan ratusan golongan bukan Islam yg baik dari Negara Yaman utk menyokong perjuangan Rasulullah.

- Kesimpulan yg dibuat pada tahap ini; Pembebasan [Al-Fath] hendaklah diikuti kerja2 utk mengajak manusia kepada Islam, dan Islam diterima dgn bersungguh.


KELIMA & TERAKHIR;
KEMENANGAN ISLAM setelah mencukupi semua pra-syaratnya

- Dalam konteks demokrasi berpilihanraya, tidak mustahil utk PAS memimpin agenda perubahan dgn menjadikan Islam sbg cara hidup di Malaysia keseluruhannnya. YB TG Haji Abdul Hadi Awang beberapa kali menyatakan dgn jelas bahawa; setiap keputusan yg diambil oleh PAS melalui demokrasi berpilihnaraya itu akan ditentukan sendiri oleh rakyat utk menentukan kehendak mereka sama ada mahu menyokong Islam atau pun tidak. PAS menolak corak pemaksaan utk menerima Islam dlm dakwah ini.

- Itulah tahap yg dinamakan "Kemenangan Islam" apabila Islam memimpin perubahan setelah mendapat sokongan padu dari Ummat Islam & bukan Islam utk melaksakan Islam dlm pemerintahan. Masanya masih sgt lama, dan ia tiada jalan pintas melainkan mengikut pra-syarat yg telah ditetapkan di atas, iaitu selama mana PAS masih mengguanakan kaedah demokrasi berpilihanraya ini.

- Disitu jugalah [contohnya]; PAS mungkin mampu merubah Akta Mahkamah Syariah 1965 utk mengizinkan perlaksaan siyasah syar'iyyah di Malaysia termasuklah dalamnya undang berkaitan hudud itu sendiri. 

- Bagaimana & bila; terpulang pada para kesungguhan "Usaha & Istiqamah" yg dilakukan oleh para pekerja menggerakan Gerakan-Gerakan Islam yg bersamanya...

Wallahu'alam.

MAKA ikhwah, fahamilah betul;
Kemenangan Islam itu masih JAUH, ya masih sangat jauh, dan tidak sedekat spt PutraJaya dan PRU13 yg difahami sbhgn rakan & lawan. Pesanan Rasulullah buat sahabat utk kekal istiqamah di posisi masing2 selepas musuh kalah dlm Uhud itu hendaklah dijadikan 'iktibar penting buat Pakatan Rakyat.

Siiru 'ala barokatillah!

al-faqir,
assayuti.
_

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia