-->

Thursday, April 2, 2020

MAN RAJA LAWAK YANG TIDAK AKU KENALI


Budak flat bangun! .....Budak flat bangun!!..... Budak Flat bangunnnnnn!!!

Lirik pemyanyi Aman Ra sangat kena dengan apa yang aku nak tulis ni

Sejujurnya aku bukanlah 'fan' dalam rancangan Maharaja Lawak, apatah lagi Maharaja Lawak Mega mahupun jika dibuat Maharaja Lawak Dewa

Namun ada sahaja lawak pentas pelawak-pelawak itu yang aku layan suka-suka. Seperti pementasan Jozan, Boncey, Jambu dan lain-lain

Namun yang aku kenal hanya yang musim awal sahaja. Daripada musim keempat sehingga musim sekarang (tak tahu dah berapa musim) . Aku tak kenal dan tak ambil tahu

Baru-baru ini sehingga hari ini isu artis minta perhatian dan bantuan khusus dari Kerajaan akibat penularan wabak COVID-19 menjadi perbualan hangat. Membawang sampai tak ingat hari ini hari apa

Siang malam membawang si media sosial

Artis Malaysia dibandingkan dengan artis korea dan bla bla bla. Pokok pangkalnya golongan artis nak bantuan khusus buat mereka dan netizen tidak Setuju

Tup tup sibuk membawang. Keluar satu screenshot tentang "Man Raja Lawak", dia memuat naik post menyatakan hasrat untuk berkongsi rezeki dengan orang-orang yang memerlukan saat ini sebanyak RM50K

Kejap! Siapa Man Raja Lawak? Aku tak undi dia, aku tak kenal dia.ye lah, aku kan tak layan Raja Lawak sejak sekian lama (sejak Bob Luqman keluar dari rancangan itu)

Aku rasa lain macam, sebab di saat artis-artis lain meminta bantuan, dia pula yang beri bantuan

Siapa dia?

Bila aku type 'Man Raja Lawak' di Youtube. "Barulah, laaaaaarr, mamat ini ka? "

Sejujurnya aku memang suka content video-videonya bersama mamak Caca di Youtube. 'Muka blur-blur sotongnya' sudah cukup buat aku tergelak

Videonya pendek dan menghiburkan

Ada juga kelihatannya dalam berberapa drama-drama Melayu

Tak sangka pula orang yang aku layan lawaknya di Youtube merupakan Juara Maharaja Lawak musim ke 5

Man Raja Lawak ini ada kebolehan meniru watak orang. Antarnya meniru watak Eric Yong dan Dato Fadzilah Kamsah. Tapi bagi pendapat personal aku, kuatnya dia dalam expresi wajahnya

Ada satu video dalam youtube Mamak Caca sembang santai bersama Man Raja Lawak yang membuat aku bertambah suka dengan peribadi Man ni

Video hampir 40 minit itu menceritakan perjalanan jatuh bangun Man Raja Lawak dalam industri seni. Ikut perkiraan aku, sudah 14 tahun Man berjuang untuk menjadi pelawak terkenal

Selama 5 tahun pertama beliau cuba masuk rancangan raja lawak dari musim pertama lagi. Akhirnya pada musim kelima barulah takdir menyebelahinya

Apa yang aku suka dengan Man Raja lawak ini adalah characternya. Dia

Bagi aku dia seorang yang humble dan tak kisah hidup mewah atau tidak. Semuanya serba boleh, tak kisah. Orangnya gigih berusaha dan akan terus berusaha sehingga impiannya tercapai

Daripada seorang posmen hingga menjadi artis pementasan. Namun pasang surut kehidupan tidak boleh dielakkan. Begitu juga Careernya, pasang surut sama juga seperti seniman-seniman lain. Namun kesungguhannya mengejar impian itu tidak pernah surut. Bagi aku itu kekuatan utamanya

Ini yang aku brlajar tentang dirinya dalam video-video dan pembacaan aku

"Walaupun sehebat mana ujian, kau tetap bangkit berusaha mengejar impian"

Berbalik pada isu dia cuba membantu orang-orang susah saat ini (COVID-19) wajar mendapat pujian. Saat artis sibuk memohon empathy kerajaan, Mat ini pula sibuk nak bantu orang, sehingga sanggup nak gadaikan motor dan keretanya. Ini namanya langkah panjang

Nasihat arwah Abam Boncey wajar kita renung kembali. Bila kita selalu buat baik pada orang, pasti orang akan suka kita

Aku doakan orang-orang seperti Man Raja Lawak di luar sana terus berjuang mengejar impian. Sentiasa bersabar, sentiasa bersyukur dan sentiasa membantu orang lain. Pasti kelak, kemenangan menjadi milik mereka



Kaizan Nazlan
Penulis Jalanan


Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia