-->

Tuesday, June 13, 2017

HATI-HATI DENGAN SKIM CEPAT KAYA DAN 5 CARA BAGAIMANA MENGESANNYA

“Apabila engkau melihat orang ramai sedang tamak mengejar sesuatu, maka engkau berlarilah daripada situ. Orang tamak selalunya akan terjerat dalam mulut buaya ”



9 tahun lalu, saya terkena scam pelaburan ala-ala sistem piramid. Rugi dekat RM4,000. 4 tahun selepas pula, kawan-kawan saya pula terkena scam pelaburan emas. Rugi dekat RM40,000.

Banyakkan. Boleh buat kahwin dengan duit tu. Sekarang dah insaf. haha

Ketika tu, memang yakin sungguh dengan syarikat itu. Yakin tahap gaban katakan. Ya lah, mana tidaknya. Syarikat tersebut berdaftar bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ‘Sdn Bhd’ lagi. Ketika itu saya tidak tahu bahawa perniagaan enterprise mahupun Sdn Bhd tidak boleh mengambil wang dari orang awam untuk pelaburan.

Mereka sebenarnya akan umpan anda dengan menayangkan kereta mewah, makan malam di hotel-hotel mewah, buat peraduan habuan wang tunai beribu ringgit, cabutan bertuah dapat kereta mewah dan melancong.

Ketika mereka hendak merekrut anda, mereka akan tunjukkan cek dan penyata akaun bank mereka sebagai bukti. Banyak angka kosong dalam akaun dan cek mereka. Wow! Mereka ingin menunjukkan bahawa melabur dalam perniagaan mereka menghasilkan wang lumayan tanpa membuat apa-apa. Goyang kaki sahaja. Pehh. Easy money katakan.
“Wei, zaman dah berubah, kita dah tak perlu bekerja keras macam dulu. Ni zaman internet bro, goyang kaki dah boleh buat duit”
           
            Saat ini apabila anda sudah digoda dengan kemewahan dan pangkat. Hati boleh jadi buta. Ketika inilah ramai yang tersontot akhirnya.

FULL STOP!

Sila berjaga-jaga ya. Ingatlah kata-kata ini dan jadikan ia sebagai pegangan kita.
"Tiada kekayaan dan kejayaan akan bergolek pada kita tanpa ada usaha". “Walaupun ini zaman internet, tetapi ia tidak pernah menjanjikan pulangan besar boleh dibuat dengan goyang kaki dirumah. Pastinya perlu dengan ilmu, strategi dan komitment usaha”

Sejak kebelakangan ini, saya sering menerima persoalan tentang satu skim pelaburan. Saya tidak mahu sebut nama skim tersebut. Namun, bila dikaji, 90 peratus saya dapat katakan ia adalah skim cepat miskin. Sebabnya corak sistem dan pemasarannya hampir sama dengan skim-skim penipuan sebelum ini.


5 TANDA-TANDA SKIM ITU ADALAH SKIM CEPAT KAYA

1)    Orang tersebut menjanjikan pulangan yang amat banyak dalam tempoh masa yang singkat. Seprti 15-30% sebulan dan keatas. Warren Buffett yang merupakan seorang pakar pelaburan saham pun hanya berani mensasarkan 15% setahun.

2)    Mereka meminta anda mengajak keluarga dan kawan-kawan anda yang lain untuk turut sama sertai skim tersebut. Lagi banyak anda dapat masukkan orang maka lagi banyaklah komisen yang anda akan dapat.

3)    Mereka mengatakan pelaburan yang mereka sedang lakukan ini adalah pelaburan di luar negara. Ini cukup bahaya, dengan hanya melihat website dan berberapa gambar sahaja mereka boleh claim “ini adalah projek meja yang sedang giat dijalankan”.

4)    Sering menggunakan duit berkepuk-kepuk, rumah besar dan kereta mewah bagi meyakinkan anda untuk masuk. Ditambah pula dengan storytelling dulu dan selepas setelah mereka memasuki skim ini.

5)    Syarikat mereka gunakan adalah intentiti enterprise, atau sdn bhd. Mengikut akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), enterprise dan sdn bhd tidak boleh mengambil duit daripada orang ramai.

Kenapa kita perlu membincang soal ini?

Jawapannya kerana orang kita mudah sangat tertarik dengan skim-skim Pak Man Telo ataupun skim cepat kaya ini. Orang kita mudah sangat terpedaya dengan easy money gain business system. Wahai orang Melayu, orang Islam, bangkitlah! Mulakan perniagaan. Bersusah-susah dahulu untuk membina tapak perniagaan dan bersenang-senang apabila ia sudah menjadi empayar perniagaan.

Kita mempunyai banyak pilihan dalam mengurus kewangan. Berjimat, membazir atau buat bodoh. Saya lebih suka pilihan ‘Buat Bodoh’ apabila ada orang ajak saya join ‘skim cepat kaya’ mereka.


FAKTA YANG PERLU KITA TAHU: Entiti perniagaan enterprise, PLT, Sdn Bhd tidak boleh mengambil duit orang awam sebagai wang pelaburan. Hanya entiti perniagaan Berhad sahaja yang boleh. Namun berhati-hati juga dengan tawaran mereka. Jangan kata abang tak payung.


Terdapat banyak lagi tanda-tanda untuk membongkar sama ada ia skim cepat kaya. Namun cukuplah saya kongsikan 5 tanda-tanda ini dahulu. Moga dengan perkongsian ini anda dapat kenal hantu dan buaya yang cuba mengambil duit anda.


Kaizan Nazlan

Bukan Anda YB yang suka melobi

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

2 comments:

  1. perkongsian yang bagus. Bukan senang nak senang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuan. bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. tapi kalau dah sengaja cari susah. kirim salam sahaja lah

      Delete

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia