-->

Monday, June 12, 2017

AKU SEBAK MENDENGAR KISAH WANITA INI. MEMANG MELAMPAU!

11 June 2017

Alhamdulillah Team Hands Project berjaya menjayakan program Projek Shopping Raya kami di bulan Ramadhan. Semua kepenatan namun semua puas menyimpan kenangan yang bergitu bermakna bersama anak-anak asnaf dibawah jagaan yayasan Chow Kit.

Namun, semalam hati sebak memikirkan nasib seorang ibu berusia 39 tahun yang mempunyai anak berusia 12 tahun.


Membentangkan tikar di kaki lima, depan depan kedai makan di jalan TAR. diletaknya tabung sumbangan di depan sambil menjual tisu dan mainan.

Duduk menunggu belas ihsan orang ramai.

Biarlah saya rahsiakan namanyà dulu.

"Kak mana suami ? " Terpaksa juga tanya untuk tahu cerita sebenar.

Wajahnya tunduk kebawah, kemudian dia memandang kembali dengan wajah sayu.

"Akak tak tahu. mungkin dia tengah gembira dengan perempuan lain". hmmm . Jika benar ini melampau.

Persoalan aku selama ini terjawab. Rupaya lelaki yang menjadi pemimpin kepada wanita dan anak lelaki itu sudah mengangkat tubuh mencari wanita lain. (sebenarnya aku mengharapkan dia katakan suami dia sudah meninggal. supaya tidak nampak dayus seorang lelaki)

Meraikan Si Ibu dan Si Anak Asnaf Dengan Membeli Persiapan Raya


Kini dua beranak itu bawa diri dari Johor ke Kuala Lumpur. Sudah setahun rupanya.

"Kak, nak beli makan apa-apa? badan akak nampak lemah?"

"Nanti akak beli sendiri. Akak sakit., akak ada asma, darah merah akak kurang dan otak akak juga dijangkiti kuman" jawab dia dalam keadaan lemah.

Menurut beliau, dulu dia cantik berisi. Namun disebabkan penyakit dan tekanan hidup yang dihadapi, kini dia kelihatan sangat kurus, lemah dan sering batuk-batuk. Kehidupannya bertukar kelam dan pudar. tidak tahu apalah yang menantinya di masa depan. 

Dia banyak berdiam apabila kami bertanyakan soalan, mungkin kerana dia tidak sanggup mengingat dan menyebut sesuatu yang menyakitkan dan menyedihkan.

Alhamdulillah Allah berikan kami rezeki yang lebih untuk kami membantu keluarga ini semalam. Memberi duit sumbangan dan membelikan persiapan raya di jalan TAR.

Saya yakin ia tidak cukup untuk mengeluarkan mereka dalam kegelapan ini. Sedikit sebanyak ia memberi harapan dan bantuan untuk mereka menyambut Ramadhan dan Syawal tahun ini.

"Abang Kakak, terima kasih. Selamat hari raya" Kata anak muda berusia 12tahun itu dengan wajah ceria. Dia salam kami penuh hormat. kemudian terus pergi kepada ibunya untuk pulang. Mereka senyum dan berlalu pergi.

Pengalaman shopping raya kali ini lebih meninggalkan kesan. Bertemunya aku dengan mereka beserta anak-anak yayasan chow kit yang lain membuat diri aku terus mahu infaqkan diri dan harta membantu mereka yang memerlukan.

Selesai Shopping Raya Bersama Anak-Anak Asnaf Bawah jagaan Yayasan Chow Kit


Apa yang aku ingin minta kepada Tuhan adalah supaya mereka ini sentiasa dalam lindungan rahmat dan dikurniakan kehidupan yang berkat.

Satu lagi supaya si anak anak muda itu menjadi anak soleh dan menjadi insan hebat berjaya.

Ameen. Ramadhan kareem insyaallah

Terima kasih buat semua penyumbang. Tanpa kalian, kami tidak mampu langkah panjang membantu mereka. Moga Allah redho.

Doakan kami Hands.Project.like dan bantu kami sebarkan kebaikkan.


Kaizan Nazlan
Bukan Anak Menteri

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia