-->

Wednesday, September 25, 2013

Bagaimana Orang Boleh Masuk Neraka Hasil Dari Wang Takaful, ASB Dan KWSP?
PENAMA dalam ASB, KWSP BUKAN PEMILIK

Sudahkah anda merancang kewangan anda? betul ka?

Boleh dikatakan kita semua mempunyai pelan takaful, simpanan di dalam Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), saham-saham koperasi, akaun Tabung Haji, ASB dan sebagainya. Cumanya, ramai yang tidak tahu apakah fungsi PENAMA di dalam sumber-sumber tersebut. Tahukah anda? hurmmm..

Ramai yang menyangkakan penama yang dinamakan di dalam sumber-sumber tersebut adalah orang yang mendapat manfaat terus daripadanya. Pada mereka, apabila pemilik akaun dana-dana tersebut meninggal dunia, maka merekalah mendapat hak mutlak wang tersebut. Lalu mereka belanjakannya untuk meneruskan kehidupan, membeli makanan, membayar bil-bil, membayar belanja persekolahan dan sebagainya.

Walaupun wang itu bukanlah digunakan untuk tujuan sia-sia bahkan keperluan asas harian, tetapi amat malang, disebabkan kejahilan dan kurangnya ilmu berkenaan pusaka terutamanya FARAID, maka mereka berdosa tanpa mereka sedari.

Faraid WAJIB dibuat selepas kematian, tetapi adalah sangat bijak jika digunakan sebagai panduan untuk merancang pusaka.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 pada 10 September 2000, telah membuat keputusan bahawa:
 “Penama di dalam dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Pejabat Pos, Bank, Syarikat Insurans dan Kesatuan Kerjasama adalah seperti orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau yang membuat wasiat.  Orang-orang itu boleh menerima wang si mati dari punca-punca yang disebut itu untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak mengikut undang-undang Islam mengenai warisan.”

Kita ambil contoh seorang suami menyertai satu pelan Takaful (bukannya insurans konvensional kerana ianya adalah HARAM untuk orang Islam, sila rujuk http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram) dan meletakkan isterinya sebagai penama. Dia menyangkakan penama tersebut adalah orang yang berhak menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan. Ditambah pula dengan kata-kata agen atau wakil takaful yang sangat mengujakan dengan menyertakan dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadith betapa pentingnya meninggalkan harta kepada waris-waris. Apatah lagi ada agen yang mengatakan pampasan wang itu adalah WASIAT kepada waris tanpa mengkaji dengan mendalam apakah yang dinamakan wasiat dan juga tanpa menyelidiki tahap kefahaman prospek dihadapannya berkenaan wasiat.

Apabila suami tersebut meninggal dunia, maka cek akan diserahkan kepada isterinya yang diletakkan sebagai penama tadi.

Sekiranya agen atau pihak syarikat tidak menyatakan bahawa walaupun beliau dinamakan sebagai penama, namun fungsi beliau hanyalah bertindak sebagai WASI atau Pentadbir Pusaka sahaja. Dalam kes ini, beliau hanyalah orang yang layak mengambil wang pampasan itu daripada syarikat takaful tersebut tetapi MESTI menguruskan hal-hal pusaka arwah suaminya dahulu sebelum boleh menggunakannya.

Sekiranya tiada sumber-sumber lain, wang pampasan itu mesti digunakan untuk melangsaikan urusan hutang-piutang arwah, ataupun ada wasiat yang pernah dipesan semasa hidupnya, maka perlu diselesaikan dahulu. Baki pampasan takaful tersebut WAJIB DIFARAIDKAN kepada waris-waris tertentu yang masih hidup.

Tetapi dalam realiti kehidupan sekarang, terlalu ramai yang terlepas pandang hal tersebut. Si isteri yang masih trauma akibat ‘kehilangan’ suami tercinta, bingung memikirkan masalah kewangan yang bakal menjelma dan kadang-kadang tekanan daripada ipar-duai mengakibatkan si isteri tadi ‘terlupa’ memikirkan fungsinya sebagai penama dan terus menggunakan wang tersebut sesuka hati untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya.

Bayangkan dosa-dosa yang mungkin terpaksa si isteri tanggung iaitu hak arwah suami dalam menyelesaikan hutangnya tidak tertunai, hak ibubapa arwah suami (sekiranya masih hidup) tidak diberikan dan lebih besar lagi dosa si isteri tersebut apabila beliau memakan harta anak-anaknya yang masih kecil (anak yatim).

Adakah arwah si suami terlepas apabila isterinya yang masih hidup melakukan dosa tersebut? Tentu sekali tidak, dia akan dipertanggungjawabkan kerana tidak mencari ilmu tentang pusaka yang ditinggalkannya, dipertanggungjawabkan kerana tidak memberitahu waris-warisnya dan dipertanggungjawabkan kerana tidak membuat/merancang sesuatu supaya warisnya tidak melakukan dosa-dosa tersebut.

Saya pernah berpengalaman bertemu dengan beberapa orang yang mengalami situasi sebegini. Pengalaman seorang balu sangat sesuai dijadikan pengajaran, mudah-mudahan Allah s.w.t. mengganjari beliau dengan pahala apabila kita mengambil iktibar daripadanya.

Apabila saya ceritakan kepada beliau bahawa penama hanyalah pentadbir pusaka dan saya ceritakan dosa-dosa yang tidak sengaja dilakukan tersebut, saya dapat lihat ‘riak muka‘ beliau yang berubah dengan sangat drastik.
Beliau mengakui tidak tahu hal tersebut dan telah pun menggunakan wang peninggalan suaminya (beliau tidak memberitahu sama ada wang tersebut dari sumber-sumber KWSP atau TAKAFUL) tanpa difaraidkan terlebih dahulu. Bayangkan sepanjang setahun lebih beliau menggunakannya, berapa banyak yang telah beliau gunakan.

Saya menasihati beliau untuk mengumpulkan baki wang yang masih ada dan berbincanglah dengan waris-waris yang lain (anak-anaknya dan ibubapa arwah suaminya). Katakan kesilapannya, selesaikan segala hutang dan wasiat (sekiranya ada) si mati, serahkan hak faraid mereka dengan baki yang ada (tambah duit sendiri sekiranya ada) dan berjanji akan membayar balik baki dari apa yang telah diambil sehinggalah selesai hak faraid mereka. Andainya mereka sudah mengetahui nilai faraid mereka dan mereka mengHALALkan baki atau keseluruhan wang yang diambil sebelum ini, maka barulah lepas balu tersebut daripada dosanya mengambil hak faraid tadi.

Saya tidak bertanyakan sama ada ibubapa arwah masih hidup atau sudah meninggal dunia. Bayangkan sekiranya semasa arwah meninggal dunia, ibubapanya masih hidup. Maka ada hak faraid mereka di situ. Katakan selepas beberapa bulan salah seorang daripada mereka meninggal dunia, keadaan menjadi bertambah rumit kerana si balu tadi terpaksa pula berurusan dengan ipar duai yang mungkin menetap di serata Malaysia. Keadaan tentu menjadi bertambah rumit.

Bayangkan pula seandainya harta suami bukan sahaja berada di Semenanjung Malaysia, bahkan ada yang berada di Sabah Sarawak ataupun di luar Negara, tentu terlalu banyak wang yang terpaksa dibelanjakan dan banyak masa yang terpaksa dibazirkan semata-mata menyelesaikan harta peninggalan suami yang takkan kekal sampai bila-bila dan kita juga akan meninggalkannya suatu hari nanti.

Kepada para suami, mahukah perkara seperti ini terjadi kepada isteri anda dan puan-puan sebagai isteri relakah bersusah payah sebegini?

Sanggupkah puan-puan bersusah-payah semata-mata sesuatu yang tidak kekal dan tak akan dibawa bersama di dalam kubur nanti?

Untuk mengelakkan masalah-masalah seperti ini dari berlaku, kesedaran tentang fungsi penama perlu diambil perhatian. Suami isteri perlu tahu hak faraid waris-waris mereka, agen-agen atau pegawai-pegawai di sumber-sumber dana tersebut (Takaful, KWSP, Tabung Haji, Koperasi dan sebagainya) perlu mempunyai ilmu atau maklumat berkenaan faraid dan mesti menerangkannya kepada para pelanggan mereka.

Takaful IKHLAS Sdn Bhd misalnya telah mengambil inisiatif menyediakan Borang Badal Haji untuk kemudahan urusan mengerjakan Upah Haji sekiranya peserta belum menunaikan ibadah haji semasa meninggal dunia sepanjang tempoh polisi takafulnya berkuatkuasa. Dengan itu, waris atau pasangan peserta tersebut tidak perlu lagi bersusah-payah memikirkan bagaimana menyelesaikan urusan upah haji pasangannya.

Dalam merancang faraid, Takaful IKHLAS Sdn Bhd menyediakan Borang Cadangan Hibah bertujuan untuk mengurangkan risiko para waris mengambil hak faraid waris-waris lain. Walaupun pada dasarnya hibah boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja, namun pihak pengurusan TISB mensyaratkan Penerima Hibah adalah terdiri dari kalangan keluarga & Badan Amal demi menjaga kepentingan waris-waris peserta dan juga sebagai Amal Jariah peserta tersebut selepas beliau meninggal dunia.

Sebagai pengakhir kata, rancanglah harta yang bakal kita tinggalkan sebaik mungkin. Bukan sekadar untuk dimanfaatkan sebaiknya oleh waris-waris kita tetapi untuk di’manfaat’kan oleh diri kita sendiri di ‘sana’ nanti. 

Saya ambil pengisian ini dari blog sahabat saya Sdr Muzaffar, http://blog.pintarpusaka.com/ . Islamic Financial Planner (IFC)

JIka Tuan atau puan ada permasalahan dalam soal berikut, saya sudi untuk berkongsi ilmu, talian saya 019-450 1495, Sdr Kaizan atau e-mail ke kaizanqd@hotmail.com. 

Glory Generation Consultancy - Financial & Business

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia