-->

Wednesday, September 25, 2013

Azab Akibat Tidak Merancang Harta Pusaka Sebelum Mati

JANGAN RANCANG HARTA PUSAKA ANDA?..INILAH YANG BERLAKU...

"wei, hang ni nak harta pak hang ja!!"
"eish-ish...teruk ko ni man..engkau nak aku mati awal ka?.."
"sensetif-sensetif..jangan bincang.."

Ramai di kalangan masyarakat kita yang masih mempunyai sikap yang agak negatif apabila membincangkan isu pembahagian harta pusaka. Kononya, kita tidak menjaga adab dengan orang tua.


Apabila seseorang anak cuba mengajak ahli keluarga untuk membincangkan perkara tersebut, maka akan ada dalam kalangan ahli keluarga yang lain yang membantah atas alasan kepentingan dan emosi semata-mata.



Sememangnya isu berkaitan harta pusaka sangat sensitif di kalangan masyarakat di negara kita terutama masyarakat Melayu Islam, sedangkan harta pusaka yang bakal ditinggalkan kepada waris-waris, sangat-sangat perlu dirancang sebelum pemilik harta meninggal dunia.

Ini kerana, sangat banyak masalah yang bakal timbul sekiranya harta pusaka tidak dirancang. Bukan sahaja kepada para waris, bahkan juga kepada si mati. Jujur saya kata, masalah ini sangat-sangat serious, sehinggakan banyak dosa yang kita lakukan tanpa sedar dengan memakan harta hak orang lain.


Waris-waris akan dibebankan dengan proses perundangan yang kompleks, pentadbiran pusaka yang rumit, perselisihan dan pertelingkahan keluarga, pembahagian yang tidak mengikut syarak, tuntutan pihak-pihak ketiga, generasi waris-waris yang berlapis-lapis dan sebagainya.


Kepada si mati, pastinya dia akan diazab di alam barzakh disebabkan kecuaiannya tidak belajar dan tidak mengajar waris-warisnya tentang kepentingan pembahagian faraid, sehinggakan tanpa disedari waris-warisnya memakan hak orang lain. Lebih-lebih lagi hak anak-anak yatim yang mana ia merupakan salah satu dari dosa besar.


Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran: “ dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah DOSA YANG BESAR.” – Surah An-Nisa’ (ayat 2)


Seandainya merancang pembahagian harta pusaka itu tidak penting, maka tiadalah kaedah-kaedah perancangan pusaka seperti wasiat, hibah, amanah, takaful dan sebagainya.


Wasiat misalnya, umat Islam amat-amatlah digalakkan untuk menyediakannya.


Firman Allah S.W.T: “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa.” – Surah al-Baqarah (ayat 180)


Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya.” – Sahih Bukhari (Vol. IV p.1)


Apakah ada saranan yang lebih penting dari saranan dari Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W.?

Hampir semua daripada anda ada mempunyai rumah, kereta, barang berharga, wang simpanan, ASB & Unit Amanah, Takaful atau insurans, KWSP dan lain-lain, termasuk HUTANG. Semua yang saya sebutkan tadi bakal menjadi pusaka anda. Jadi, jom rancang kewangan anda bersama kami di Glory Generation Financial Consultancy.


Sila e-melkan sebarang kemusykilan ke kaizanqd@hotmail.com

Seriously, rancang pembahagian harta pusaka anda
Glory Generation Consultancy - Financial & Business

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia