-->

Tuesday, November 20, 2012

Jibril Mendoakan kehancuran orang yang zalim..

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah menaiki mimbar sambil berkata: "Amin, amin, amin." Dikatakan kepada baginda: "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu buat ini?" Baginda menjawab: 
Baginda menjawab: "Jibril a.s. berkata kepada aku, kehinaan kepada seseorang hamba apabila dia memasuki Ramadhan tidak diampunkan untuknya dosa. Maka aku berkata amin. Kemudian Jibril berkata, kehinaan kepada seseorang hamba apabila disebut namamu dia tidak berselawat ke atas mu. Maka aku berkata amin. Jibril berkata lagi, kehinaan kepada seseorang hamba yang sempat dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya tetapi tidak boleh memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbuat baik kepada mereka) maka aku berkata amin."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Dalam riwayat yang lain malaikat Jibril mendoakan agar dibinasakan atau dijauhkan rahmat daripada Allah bagi ketiga-tiga mereka yang disebutkan di atas.


hey.. 3 golongan ini merujuk pada orang bukan Islam ka? atau kedua dua nya? fikir2kan..

apa nilai Islam jika diri seseorang itu seperti orang kafir..

siapa 3 golongan ini? 

golongan pertama: mengapa seseorang itu tak diampun kan dosa nya pada bulan Ramadhan? tentu sekali kerana dalam berpuasa mereka membuat maksiat...menganiaya orang lain..tidak mensucikan diri dari dosa2 dan lain2...

golongan kedua: kenapa dia dihina oleh Malaikat? kerana dia sombong pada Rasulullah...tidak mahu ikut ajaran Rasulullah..melawan ajaran Islam..dan lain2

golongan ketiga: kenapa tak dapat memasukkan ibu bapa dalam syurga? sebabnya mereka ini sibuk dengan hal keduniaan...mereka lupa pada keluarga..beramal jariah..mendoakan kedua ibu bapa mereka..mereka gagal menjadi anak yang soleh...

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia