-->

Sunday, August 26, 2012

3 soalan bagi seorang pendakwah

masa berlalu begitu pantas sekali..pejam celik, pejam celik..umur aku sudah cecah 22 tahun..aku sedang menghabiskan pengajian degree aku dan aku seorang yang suka bergerak kerja dalam persatuan..

hujung minggu ni, aku bertemu dengan seorang senior dari kampus lain..aku bersembang sembang dengan dia...fokus tajuk kami ialah "dakwah dan sifat kepimpinan"

apa matlamat engkau kaizan? tanya senior itu pada aku

"matlamat aku? hmmm..aku nak jadi Orang kaya yang bertaqwa", jawab aku ringkas


bagaimana pula dengan prinsip engkau? tanya dia lagi

prinsip aku ialah "yakin pada diri" jawab aku sedikit semangat, sambil menggemgam tangan aku


dia senyum..


bagaimana mana pula dengan hobi engkau?

hobi aku bermain bola keranjang...


dia masih senyum, kemudian dia memalingkan wajahnya kepada kanak2 yang sedang asyik bermain bola di sebuah taman berdekatan...


wajahnya tenang, sesuai dengan perwatakannya..

kamu seorang pendakwah? tanya dia lagi

yaa, saya seorang pendakwah..


dia sambung..

kau tahu cita2 seorang pejuang agama ALLAH?

"hmmm..tak.."jawab aku


kau tahu matlamat seorang pejuang agama ALLAH?

"hmmm.." aku tak tak balas, aku tak tahu..


kau tahu prinsip seorang pejuang agama ALLAH?

ermm..apa jawapannya akhi? aku mula bertanya


berdakwah saja tidak cukup bagi menggelarkan diri kita seorang pejuang agama ALLAH..ada orang berdakwah, tapi niatnya tersimpang lari, ada orang berdakwah tapi matlamat lari, dan ada orang berdakwah tanpa kefahaman, lalu menyebabkan dia lari ..

Kaizan, engkau akan faham nanti, bila engkau melaluinya..

suaranya lembut saja, tapi ada ketegasan dalamnya, sambil matanya melihat ke langit, dia bersambung..

ingat ini kaizan...

Prinsip seorang pejuang agama ALLAH ialah "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah semata mata untuk ALLAH"

matlamat seorang pejuang agama ALLAH ialah "meletakkan Islam ditempat yang tertinggi"

dan..

Cita2 seorang pejuang agama ALLAH ialah "MATI SYAHID"

engkau akan jadi pemimpin yang hebat jika engkau jelas matlamat dan prinsip engkau...dan hobi engkau itu akan membantu engkau..

ingat tu Kaizan..


aku terdiam..agak lama..

usianya tidak lah jauh dari aku, tapi...ilmu dan semangatnya jauh sekali berbanding aku...ternyata, pertemuan dengan senior itu sangat2 memberi makna...banyak kelemahan yang aku sedari..banyak yang perlu di perbaiki...

"aku perlu berubah untuk mengubah"

Maha Suci ALLAH...Maha Suci ALLAH....Maha Suci ALLAH...


Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia