-->

Sunday, March 19, 2017

BUDAK KELAS BELAKANG - BAKAL TIBA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL)
Bakal Berada Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Belakang parang jika diasah pasti akan tajam. Begitulah kata-kata yang tepat untuk ditujukan kepada golongan yang sering dipinggirkan terutamanya di medan akademik iaitu budak kelas belakang. Golongan yang hanya dipandang sebelah mata ini sebenarnya berpotensi besar melakukan perkara-perkara luar biasa. Lihat sahaja tokoh-tokoh dunia yang wujud pada hari ini. Suatu ketika dahulu, ada juga antara mereka pernah berada di kelas belakang.

Buku ‘Budak Kelas Belakang: Langkahnya Panjang’ ini merangkumkan penulisan segar bertunjangkan pendidikan, keusahawanan dan kemasyarakatan. Bermula dari aspek pendidikan, penulis membawa pembaca untuk melihat realiti sistem pendidikan yang ada sehingga wujud golongan ‘budak kelas belakang’. Tidak cukup sekadar itu, penulis berkongsi ilmu keusahawanan yang semakin dipandang sepi oleh sesetengah pihak. Kehidupan masyarakat yang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul turut dipertengahkan di dalam buku ini.

Penulisan ini membawa pembaca melayari dan merasai kisah-kisah yang disulami rasa manis dan pahit bergelar pelajar, usahawan dan sukarelawan. Buku ini merupakan himpunan cerita-cerita benar yang bakal menerokai, menginspirasi dan mengubah hidup pembaca.

Gaya penulisan yang santai dan bersahaja memudahkan pembaca memahami isi kandungan dan menyerap terus ke dalam jiwa. Sesuai untuk dibaca dan dimiliki bagi setiap individu yang mahu maju ke hadapan. Semoga buku ini dekat dengan hati para pembaca. Budak Kelas Belakang: Langkahnya Panjang.



Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia