-->

Monday, June 30, 2014

Se Lazat Buah Durian
"ermmmm....Bauhnya harum, isinya gebu..perghh..sedapnya!"

Durian dari dusun
Sebenarnya kita ini ibarat durian kepada sahabat kita. Ciri-ciri sahabat yang baik itu umpama durian yang sangat sedap, sangat cantik, sangat gebu!, aishhhh... tapi itulah umpanya seorang "Sahabat". Best kan dapat sahabat seperti durian.. dan begitu juga sebaliknya.

"Jika kita tidak boleh menjadi baik, janganlah kita menjagak orang lain untuk tidak menjadi baik"

"Jika ada kebaikan dalam diri kita, maka sebarkan lah ia, kerana kebaikan dalam diri kita merupakan kecantikan abadi"

Sedar atau tidak, sahabat sangat penting dalam hidup kita, perjalanan hidup kita tidak boleh bersendirian, perlu ada jemaah, perlu pada persahabatan. Malah Rasulullah sendiri memerlukan sahabat bagi menyampaikan risalah Islam. Lihat saja kesannya pada sejarah. Hebat kan?

Baik, di kesempatan yang ada ini, saya ingin kongsikan 3 ciri sahabat yang perlu ada pada diri setiap dari kita.
1) Sentiasa mendengar masalah dan kegembiraan sahabat kita
2) Sentiasa mendoakan sahabat kita
3) Sentiasa mengungkapkan kata-kata yang baik pada sahbat kita

Sekadar sharing pengalaman tiga hari lepas. Sahabat saya Hazwan datang menziarahi saya di Alor Setar, Kedah. Sejak dari zaman persekolahan kami bersahabat. Baik orangnya. Tiggi cita-cita nya. Lembut bahasanya. Tangkas silatnya. Hazwan merupakan sahabat saya, ketika saya masih lagi menetap di Seremban. 

Alhamdulillah, Allah pertemukan kami di bumi kedah, berpuasa dan bertarawih bersama, hajat kami tercapai juga. Berkongsi ilmu dan pengalaman, masing-masing mendoakan kejayaan bersama. Itulah antara indahnya sebuah persahabatan.

"Manisnya persahabatan ada pada doanya.." 

Ketika ini, kami mendaki bukit di sekitar wang tepus, berkedakatan Jitra. cantik viewnya.. 

Gambar Bersama Hazwan
Akhir kata, jagalah hubungan persahabatan kita. Kerana sahabat juga merupakan asset kepada kekayaan dunia dan akhirat.

Salam ukhuwah
Kaizan Nazlan

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia