-->

Saturday, February 4, 2012

PENA & PADI- Sederhana Atau Extremist


PENA & PADI: Sederhana Atau Extremist

Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 petang…PADI sedang dalam perjalanan untuk ke masjid dari rumahnya…bagi menunaikan solat Maghrib secara berjemaah…tiba2..ada suara yang cukup kenal menyapanya….

PENA: Assalammualaikum, sheikh Padi….apa habaq??

PADI: waalaikumsalam, khabar baik…hamboi..orang Kedah nampak..

PENA: dak eh, orang KL ar…

PADI: hmmmm…ye lah tu

PENA: eh PADI…ang ni…ehh(alamak, kantoi),..eham..ehem… maksud aku “engkau”..”engkau okay”, aku dok tengok engkau nih, dah nampak macam pak sheikh dah…dengan jubah lah, dengan serban lah, siap bawak tasbih lagi nak pergi masjid…

tu tak termasuk yang lain lain...banyak ooo...aku takut dorang mengata ko jaa...orang takut nak dekat ngan ko nanti..

PADI: ermm…ehh, kenapa? Salah ka?

PENA: ehh…dak eh…tak salah…aku takut, nanti orang kata ang ni extreamist..

PADI: aik…cakap kedah nampak…

PENA: okay2…fine…”engkau”

PADI: hmmmm????...apa maksud ko extreamist??

PENA: maksud aku, over lah.. tengok macam aku ni…pakai simple jaa…seluar jeans, kopiah ngan baju melayu…rilek jaa…ni baru orang kata trend zaman nih…nih baru orang kata sederhana..tetapi macho..ko faham maksud aku kan..??..hehehe

PADI: hmmm??...aku rasa okay jaa…mana ada aku extream..

PENA: mana ada ko cakap??...ramai kata ko extream kot...ye lah…orang ajak, ko makan KFC..ko tak nak…takut haram lah….orang ajak ko tengok wayang..ko banyak alasan pulak..cakap buang masa lah..orang ajak ko pergi melepak malam malam…ko tak nak...ko kata nak tido awal…bukan tu jaa…banyak lagi…pakai songkok pergi kelas lah…pakai jubah lah..pakai serban lah…macam2...pendek kata dorang…kononnya engkau nak ikut 100% macam orang dulu..mana boleh…zaman dah moden lah PADI..

PADI: eh betul ke tu extream??

PENA: ye lah…kan Nabi Muhammad sendiri kata..biar hidup bersederhana..apa lah ko nih…

PADI: aik??...hmmmm….jadi ko nak kata…kalau nabi ada sekarang nih…dia akan tengok wayang..dia akan keluar melepak malam malam...dia akan pakai seluar jeans ngan baju melayu pergi masjid??? itu maksud ko?

PENA: aik??...pelik aja..bunyi nya….HAAAA!!!!...aku pening!!!

PADI: PENA, aku nak tanya engkau…siapa yang paling sederhana kehidupannya yang pernah engkau kenal?

PENA: hmmmm…jiran sebelah aku tu kot..anak dia tak da lah banyak sangat..takda lah sedikit sangat…dia takda lah kaya sangat…takda lah pulak miskin…ehh jap2…mungkin datuk aku..rumah dia sederhana jaa size nya..kereta dia takda lah canggih sangat…takdalah kolot sangat

PADI: adakah itu ukuran engkau tentang SEDERHANA??..cuba fikir balik…siapa yang selalu menyuruh kita supaya hidup bersederhana??

PENA: hmmm…jap2….(haaa…dah dapat...alamak..termakan kata pulak)…Nabi Muhammad... = (

PADI: betul tu…Nabi Muhammad lah yang paling sederhana hidupnya…Nabi Muhammad sendiri yang menyuruh umatnya supaya hidup bersederhana..sudah tentu dia membuat apa yang dikatakan oleh dirinya sendiri…nabi tak galakkan umatnya tidur lambat..sebab Nabi hendak umatnya bangun malan dan solat malam…nabi tak pernah suruh umatnya buat perkara perkara yang sia sia..nabi tak pernah menyuruh umatnya supaya makan makanan yang tak sihat…jadi aku nak tanya engkau…adakah nabi Muhammad extream??

PENA: errrr…hmmmmmm….haaaaaa……eee…..

PADI: eh apa kena ngan ko ni? ko tahu apa maksud extremist??

PENA: hmmm...tak

PADI: Extremist itu adalah sesuatu perkara yang keterlaluan...seperti "sibuk beribadat hingga tidak mahu bergaul dengan manusia", "sibuk beribadah hingga tidak mahu kahwin, walaupun mampu","beruzlah hingga abaikan keluarga" dan sebagainya..

adakah Rasulullah extream? atau sederhana?

PENA: hmmm…sederhana

PADI: inilah yang dikatakan Islam Phobia..agenda yang dibuat oleh orang barat..ia membuat cerita seolah olah ajaran Islam adalah satu ajaran pengganas...ia mengaburkan mata kita, seolah olah ajaran Islam sudah tidak releven dengan hidup moden sekarang ini...ia menipu pemikiran kita supaya kita takut dan berasa aneh untuk melakukan sunnah Rasulullah...

ramai manusia sekarang ini menjadikan kayu ukur bagi kehidupan sederhana dia mengikut nafsu…bukan mengikut wahyu, iaitu al Quran dan Hadis…kita hidup didunia ini adalah sebagai hamba…BUKAN raja….ikut lah Nabi…kerana Nabi hidup bersederhana….ye lah..memang lah hidup moden..kita ikut kesesuai masa lah...cuba kaji balik sunnah Rasulullah..pastu kita qias kan dengan hidup kita sekarang ini...kita nak hidup moden, tetapi moden yang mengikut syariat Islam…

PENA: hmmmm….okay…= ( (astaghfirullahal'azim...malunya aku...maafkan aku Ya ALLAH…maafkan aku Ya RASULULLAH..maafkan aku PADI...)

PADI: ehhh…kenapa dengan engkau ni?…nampak sedih jaaa.. heyy…rilek ar…orang KL mana boleh sedih…

PENA: hamboi…perli nampak…hmmm…

(PENA terdiam tanda kekesalan..tidak lama selepas itu…tiba2 dia kembali bersuara…)

PENA: terima kasih PADI.. =)
Selepas, mengucapkan kata2 itu, PENA terus berlari…

PADI: ehhh…kenapa tiba2 jaaa… nih??

PENA: siapa cepat sampai masjid…lagi banyak pahala dia dapat!!!...hahaha

PADI: (hahaaaa…..ada2 lah ko nih..buat fatwa baru pulak)…hey tunggu aku!!… =)


aku adalah Islam sederhana...bukannya Extremist

Hai, thank you for visiting my blog. Hope my sharing gives some good info and benefit for you. Do drop some comments bellow to share your thought and share this article with your circle ke.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe Us


Start Work With Me

Contact Us
KAIZAN NAZLAN
+60194501495
Kuala Lumpur, Malaysia