Jemaah- jemaah Islam di Malaysia
Jemaah-jemaah Islam di Malaysia - PAS, JIM, ABIM, ISMA, HALUAN dan lain-lain.
Cari lah mereka dan satukan diri anda dengan badan badan jemaah Islam ini...
Jamaah Islam adalah organisasi atau badan yang memperjuangkan Islam, menyampaikan risalah ALLAH S.W.T, meletakkan Islam di tempat yang tertinggi, untuk merealisasikan segala tuntutan Islam yang
diwajibkan, menyeru kepada perkara makruf, mengcegah perkara mungkar, saling mengingati antara satu sama lain dan menegakkan daulah Islamiyyah.
Menjadi kewajipan bagi setiap individu muslim, berusaha bagi merealisasikannya..
Adalah mustahil untuk laksanakan hasrat itu dengan hanya usaha perseorangan tanpa usaha jamaie(usaha secara beramai) yang tersusun rapi.
Oleh kerana merealisasikan tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas umat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan amal jamaie. Maka wajib bagi kita untuk menyertai dan bergabung diri dengan mereka.
Keperluan kepada sebuah jamaah Islamiyyah dan amal jamaie adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:
Menjadi kewajipan bagi setiap individu muslim, berusaha bagi merealisasikannya..
Adalah mustahil untuk laksanakan hasrat itu dengan hanya usaha perseorangan tanpa usaha jamaie(usaha secara beramai) yang tersusun rapi.
Oleh kerana merealisasikan tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas umat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan amal jamaie. Maka wajib bagi kita untuk menyertai dan bergabung diri dengan mereka.
Keperluan kepada sebuah jamaah Islamiyyah dan amal jamaie adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:
Firman Allah swt;
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ
“Kamu
adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, kamu
menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat mungkar dan kamu
beriman kepada Allah”
(Ali Imran ayat 110)
(Ali Imran ayat 110)
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ
“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad dijalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh”
(As Saff ayat 4)
‘Satu
binaan yang tersusun kukuh’ bermaksud satu organisasi yang luas diikat
dengan kesatuan dan kekuatan, sebahagian memperteguhkan sebahagian yang
lain dengan caranya yang tersendiri, dan seluruh organisasi itu umpama
satu organ yang hidup dan lengkap.
Dalil daripada hadis Rasulullah saw:
“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”
“Barangsiapa
yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat
Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya
memakan kambing yang menyendiri”
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”
Hujah
berikutnya yang menekankan kepentingan amal jamaie’ adalah waqi’ atau
realiti yang kita hadapi sekarang. Realiti memberikan pengajaran bahawa
usaha berseorangan walaupun ikhlas, sekalipun tidak dapat meninggalkan
kesan yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan. Allah
menjadikan dunia ini berjalan diatas hukum sebab dan akibat. Dimana
kelalaian dalam sesuatu perencanaan atau tindakan itu menjadi sebab
sesuatu akibat buruk yang terjadi kepada kita.
Tidak semua Jemaah Islam adalah Gerakan Islam, tetapi, semua Gerakan Islam adalah Jemaah Islam.
Dalam banyak-banyak Jamaah Islam diatas, antara mereka merupakan GERAKAN ISLAM.
Gerakan Islam merupakan satu badan yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh, dari semua aspek kehidupan, sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan lain2..
wajib bagi setiap individu MUSLIM, untuk menggabungkan diri dengan GEREKAN tersebut. bekerja, membantu, berkorban untuk GERAKAN ISLAM.
para-para ulama telah berpakat;
Kaedah fiqh
"Tidak akan terjadi sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib"
secara logiknya, kita ambil anologi yang mudah..adakah kita hendak menjadi "sebatang kayu" yang senang untuk dipatahkan ataupun "seikat kayu" yang amat sukar untuk dipatahkan.
jika kita berseorang, kita umpama "sebatang kayu" itu, dan apabila kita dalam jamaah Islam dan gerakan Islam, kita umpama "seikat kayu".
Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana
Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah
yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?"
Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama
Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka
Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh
mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.(Surah ash Saff ayat 14)
alhamdulillah ..
ReplyDeleteok...da thu da...yg kamu kate akn bgthu sal jamaah islam ari 2...syukran untuk maklumat~
ReplyDelete