ADAB MENUNTUT ILMU-LANGKAH MEMBUAT PERUBAHAN
LANGKAH MEMBUAT PERUBAHAN
- Ikhlas
Contoh :
Suatu ketika dahulu ketika sekumpulan tentera Islam di bawah pimpinan
ketuanya mengepung sebuah kota. Pengepungan itu berlanjutan sehinggalah
sebuah pintu kota itu berjaya dibuka, lantas panglima tentera meminta
agar tentera yang berjaya membukanya tampil agar dianugerahkan dengan
pingat. Tiba-tiba tiada seorangpun yang hadir.Menjelang malamnya seorang
tentera telah datang ke khemah penglima tersebut ketika beliau sedang
berqiyamullail.Tentera yang berpakaian lengkap dengan topeng besi menutup mukanya ........
.........tersebut
berjanji untuk mendedahkan identiti orang yang bertanggungjawab membuka
pintu kota itu dengan bersyarat iaitu syarat yang pertama dia tidak
boleh memberitahu namanya. Syarat kedua ialah dia tidak boleh
menampakkan wajahnya dan yang terakhir sekiranya personalitinya
diketahui lambat laun, panglima dilarang memberikan apa-apa anugerah
berupa penghargaan kepda tentera tersebut juga keluarganya.
- Taqwa
- Meletakkan matlamat
- Beramal dengan ilmu yang dipelajari.
Al-Imam
al-Ghazali berpesan mengingatkan anaknya, yakinlah wahai anakku, ilmu
yang tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari
neraka, sekalipun anda telah membaca ilmu itu 100 kali dan anda telah
menghimpunkan 1000 buah kitab.Anda belum lagi beroleh rahmat Allah
melainkan dengan beramal.
- Mentaati Ibu Bapa Dalam Perkara Kebaikan
- Menghormati Guru Dan Menunjukkan Minat Terhadap Pelajarannya
Adab Pelajar Terhadap Gurunya. Menurut Imam al-Ghazali seseorang murid hendaklah:
- Memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya.
- Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
- Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
- Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang didengari .
- Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
- Menghormati guru di hadapan dan belakangnya.
- Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
- Mendoakan kebaikan baginya.
- Tidak berjaga sehingga larut malam tanpa keperluan.
- Meninggalkan Perkara Yang Sia-sia
- Meninggalkan berkawan dengan orang yang buruk perangainya.
Firman
Allah dalam ayat 63 surah al-Furqan :Maksudnya : Dan hamba-hamba
(Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi
dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang
adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan
yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
- Meminta perlindungan Allah.
Firman
Allah s.w.t dalam surah al-Mukminun ayat 97-98 : Dan katakanlah: "Wahai
Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan.Dan aku
berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak
menghampiriku".
- Menjaga Solat.
Firman
Allah swt dalam surah al-Mukminun ayat 1-2 : Sesungguhnya berjayalah
orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
- Menjauhi Perkara-perkara Yang Haram
Al-Imam as-Syafi’ie pernah mengadukan masalah lupa pada ilmu yang menimpanya kepada tuan gurunya, Waki’ .Beliau dingatkan agar meninggalkan maksiat dengan hujjah bahawa ilmu itu merupakan Nuur Allah, maka ia tak diberikan melainkan kepada mereka yang mematuhi perintahNya..
- Berakhlak Terpuji
- Kemas
- Konsisten dalam Usaha yang dilakukan tanpa berputus asa.
Penulis
buku ‘Being a happy teenager’, Andrew Mathews menerangkan kepentingan
belajar secara konsisten di bawah hukum ‘The Law Of The seed’.Walaupun
terdapat banyak benih dari buah-buah pokok epal, tetapi hanya sebahagian
sahaja yang akan tumbuh sebagai pokok epal.Demikian juga kita akan
membeli sepasang kasut selepas mencuba hampir sepuluh pasang
sebelumnya.Inilah peraturan yang dijadikan Allah.Kita mesti mencurahkan
‘effort’ sebelum mendapat hasil ‘harvest’.
- Menolong Kawan-kawan
- Berpegang teguh pada prinsip Yang Benar
- Mempunyai Maruah & Mulia diri
- Berhemah Tinggi
- Berkawan dengan Sahabat Yang Baik
- Sentiasa Mengingati Allah dan Membaca Al-Quran
Firman Allah dlm al-Quran : Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan
menjadi tenang ( ar-Ra’d ayat 28 )
- Menjaga Kesihatan Tubuh Badan
- Memenuhi Waktu Kosong Dengan Perkara Berfaedah
Mengurus Waktu Dengan Baik Dengan Mendahulukan Kerja yang Paling Penting
sumber: http://www.pislam.edu.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=56:adab-menuntut-ilmu&catid=50:artikel-menarik&Itemid=43
Comments
Post a Comment