Ustaz Azhar Digeruni BTN
Assalamualaikum,,..
Seorang sahabat dari BTN pernah memberitahu Ustaz Azhar sekarang ini
digeruni oleh UMNO kerana pengaruhnya yang semakin merebak ke seluruh
negara. Ustaz Azhar dilihat oleh UMNO mampu menyebabkan mereka tewas PRU
13 nanti.Kalau sebelum ini nama ustaz Azhar tidak begitu dihiraukan
tetapi muktakhir ini, Ustaz Azhar sudah mula menjadi target pencacai
UMNO dan turut mendapat perhatian ulamak muda UMNO.Perkembangan baru ini
mengesahkan maklumat dari BTN tersebut dan perkara ini mungkin
memberikan satu tekanan kepada BTN untuk mengolah serang balas terhadap
Ustaz Azhar yang nampaknya tidak memberi peluang kepada mereka untuk
berbuat demikian.
Ustaz Azhar sejak tersingkir dari masjid Ladang sehingga kini tetap
istiqamah dengan penyampaian bersandarkan nas nas dari alquran, al hadis
dan ulamak muktabar.Perkara ini menyukarkan pemikir pemikir UMNO untuk
menyerangnya sehinggalah mereka mendapat peluang pada sudut ijtihad
mengenai zakat yang khilaf.Peluang ini digunakan oleh ulamak muda mereka
untuk menyatakan kesilapan ustaz Azhar tetapi tidak seorangpyn yang
berani membantah kata kata Ustaz Azhar mengenai kemungkaran yang tidak
dicegah dalam negara, tidak seorangpun sanggup menyanggah ulasan Ustaz
Azhar mengenai negara yang tidak berada di bawah payung ulamak.
Begitu juga seorang blogger pencacai UMNO yang menyifatkan Ustaz
Azhar sebagai agen iblis kerana muncul di sambutan tahun baru sambil
bermain gitar bersama Zizan raja Lawak.Dibawanya sebuah hadis yang
kononnya mengharamkan alat muzik sebagai hujah.Apa yang boleh dilihat,
UMNO mula panik dengan Ustaz Azhar walaupun sebelum ini mereka lebih
leka dengan DSAI.
Ustaz Azhar turut memberi tekanan kepada UMNO kerana kelebihan yang
ALLAH berikan kepada beliau, mampu menarik ramai golongan muda termasuk
awang awang rempit, mampu menarik perhatian ahli ahli UMNO juga di mana
dewasa ini semakin ramai ahli UMNO tertarik dengan pengajaran Ustaz
Azhar terutama kemampuan Ustaz Azhar menjawab semua soalan secara spotan
tanpa sedikitpun lari dari nas nas yang benar.
Kalau di Terengganu, Ustaz Azhar sepatutnya dibenci oleh ahli UMNO
kerana secara konsistan mengenakan JKK dalam kuliahnya,istilah Jin Kucau
Kampung menjadi popular kerana Ustaz Azhar, tetapi apa yang berlaku
ialah tidak semua JKK yang sering dikutuk Ustaz Azhar(kerana perlakuan
mungkar mereka) marahkan Ustaz Azhar sebaliknya tetap setia menjadi
pendengar kuliah Ustaz Azhar.Malah di setengah tempat, yang menjadi
penganjur ceramah Ustaz Azhar ialah JKK sehingga hari ini.
Inilah antara yang tidak disenangi oleh beberapa pemimpin
UMNO(terutama mereka yang bercita cita nak jadi calon).Fenomena yang
bermula di Terengganu ini sudah menular ke negeri negeri lain, terutama
Pahang, Johor, Perak dan Selangor.Ustaz Azhar kini sudah menjelajah di
kesemua negeri negeri ini dan di semua tempat, kuliah Ustaz Azhar pasti
mendapat sambutan. Walaupun loghat Ustaz Azhar ialah loghat Terengganu,
tetapi yang menakjubkan ialah kesemua yang hadir mendengar faham apa
yang disampaikan sehingga Ustaz Azhar digelar duta Terengganu kerana
mempopularkan loghat Terengganu di mana jua dia berkuliah.
UMNO semakin gerun apabila di malam tahun baru, Ustaz Azhar muncul
sebagai selebriti bersama Zizan Zaja Lawak.Dua personel dari
Terengganu(tak silap dari kampung yang sama) menggegarkan Shah Alam pada
satu acara yang menjadi fenomena kepada sambutan tahun baru
negara.Kemunculan Zizan agak memeranjatkan tetapi ketika Zizan dihentam
kerana satu lirik filim lakonannya, satu satu orang yang dirujuknya
ialah Ustaz Azhar, jadi tidaklah menghairankan kalau Zizan juga turut
menyedari usaha ikhlas ustaz Azhar dan ingin turut serta(kita
mengharapkan Zizan akan istiqamah selepas ini).
UMNO pasti akan mengelabah dengan Ustaz Azhar selepas ini dan jangan
terkejut kalau Ustaz Azhar akan cuba disekat dan kalau ada ulamak muda
UMNO muncul berlagak pandai dengan rujukan kepada Nasruddin Albani untuk
menyanggah Ustaz Azhar.
BTN sudah mengesahkan ketakutan UMNO kepada Ustaz Azhar!Yang paling
digeruni ialah keupayaan Ustaz Azhar yang boleh mengalihkan undi BN
kepada PR menjangkaui sokongan kepada mana mana parti.
Sumber: Dewan Pemuda Pulau Pinang
Comments
Post a Comment