20 asas pembentukan Jemaah Islamiah
1) Tujuan menegakkan jemaah ini ialah kerana Allah
dan memiliki segala ciri-ciri Rabbani, serta mencari keredhaanNya
(mardhatillah). Jemaah ini jauh dari matlamat keduniaan seperti mencari kemasyhuran, kedudukan atau suka menonjol diri. Jemaah ini hendaklah
juga jauh dari dorongan-dorongan Jahiliyyah seperti taasub kelompok
(assabiyah), batas-batas geografi atau kenegaraan (nationalisma), dan
seumpamanya. Perkara seperti ini akan merosakkan amalannya dan membawa
jemaah ini kearah kegagalan.
2) Jemaah Islam ini hendaklah menggunakan AlQuran dan Sunnah
sebagai sumber rujukan, dan menjaga dirinya supaya ia tidak tunduk
dibawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya
ia memberi kesan buruk kepada kepada gerakan dakwahnya atau
mempengaruhi mesej dakwahnya.
3) Jemaah itu dibangunkan atas tujuan yang menyeluruh dan
bersepadu yakni untuk menegakkan agama Allah dibumi ini dengan
mendirikan Daulah Islamiah Alamiyyah (Negara Islam Sedunia). Manhajnya
(methodologi) adalah berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah
(saw) untuk mencapai tujuan ini, dan juga apa yang disyariatkan oleh
Islam (ijmak atau qias). Jemaah tidak sepatutnya mengongkong dirinya
dalam perkara-perkara juzuk dalam Islam seperti ekonomi, politik,
ibadah dan sebagainya.
4) Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah
menyeluruh (kesyumulan Islam) dan pendekatan dakwah yang digunakan juga
adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam, cara dan mesej
dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan Quran dan Sunnah Rasulullah
(saw), dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan
pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.
5) Jemaah ini mestilah bersifat universal (alamiyyah) dan
tidak tertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah
Islam adalah ditujukan kepada sekelian alam. Jemaah ini juga
menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu
(wahdatul ummah) dan sentiasa bergerak kearah kesatuan ummah. Dengan
sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara
Islam Alamiyyah dengan menggunakan Kaedah Sulbah, bukan Negara
Islam Geografi sahaja. (sila rujuk karangan Ustaz Said Hawa, Durus Fil
Amal Al Islami).
6) Jemaah ini mestilah mengikut kaedah perjuangan yang digunakan
oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam. Kaedah
yang digunakan oleh Rasulullah (saw) adalah berperingkat
(marhalah), beransur-ansur (tadarruj), kejelasan risalah dakwah,
kemampuan ahli, melaksanakan hikmah dan kewaspadaan dalam setiap
langkah, serta mengambil kira faktor persekitaran (waqi). Baginda
mementingkan perkara-perkara seperti kemantapan aqidah, iman dan
ibadah, mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam,
mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, tarbiyyah, dan lain-lain
lagi. Jemaah ini mesti menekankan Kaedah Sulbah yakni, membina
individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan
baharulah
Dunia Islam. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum
aqidah, tarbiyyah dan penyatuan umat Islam akan membawa
kepada perpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar.
Sesungguhnya, pembinaan yang membesar secara tabii (Kaedah Sulbah) itu
bermula dari dasar (individu) dan bukan dari puncak (negara).
7) Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda
dan menunjuk-nunjuk, kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan
dan ganjaran pahala. Setiap anggota jemaah itu hendaklah
mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam
dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela
(mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan tajassus dan apa
sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif
dalam
berdakwah. Firman Allah swt, “Hai orang-orang yang beriman,
janganlah sesuatu kaum itu merendah-rendahkan kaum lain kerana mungkin
kaum lain itu adalah lebih baik… jauhilah prasangka… janganlah
kamu mencari-cari kesalahan atau mengunjing orang lain; sukakah
kamu memakan daging saudaramu yang telah mati? Hai manusia, Allah
telah mencipta kamu lelaki dan perempuan, bangsa-bangsa, suku-suku
supaya kamu saling berbaik. Sesungguhnya, orang yang paling mulia
diantara
kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu”.(Surah Hujurat:11-13).
8) Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukan lah secara spontan
ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh
mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu,
keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas
dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.
9) Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan
dan pekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental,
dan ilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara
Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan
cara berparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun
kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan
peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang
dapat menyebarkan kan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul
dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.
10) Jemaah contoh ini jangan sekali-kali meninggi diri serta
sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan
tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar, sementara
jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha
jemaah-jemaah lain atau melihat jemaah lain sebagai saingan atau lawan,
tetapi sebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerja sama. Hendaklah
dia sentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah)
dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan
menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita
semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran
dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akan
digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.
11) Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka
adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih
dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.
12) Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta
organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan
cara-cara berdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang
telah dididik (tarbiyyah) sepenuhnya, membentuk barisan-barisan
yang terpilih dan berkeperibadian Islam, dan tidak dicampuri
anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej
dakwah yang dibawanya.
13) Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat
dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan
pendapat serta kritikan yang membina kepada orang-orang yang
memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. (muhasabah) Konsep
ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa
ditekankan.
14) Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau,
samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mangkafir dan isu
perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti
menggunakan kekerasan dalam tindakan, mengeluarkan kecaman-kecaman, dan
fitnah dengan sewenang-wenangnya, yang mana boleh membuatkan orang Islam
lari ataupun benci kepada Islam. Segala tindakan yang diambil
hendaklah berteraskan kasih sayang (mahabbah), waqii (persekitaran)
semasa, tawazun (keseimbangan), hazar (waspada) dan tasawwur (prospek)
amal yang jelas. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini
tidak bertolak-ansur sedikitpun.
15) Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu
semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama
memberi sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar
sama- sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat
perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku
pada
umat Islam keseluruhannya.
16) Jemaah ini sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh
Islam, sentiasa bersabar, tetap bekerja, berkorban dan banyak
bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman
semasa berdakwah.
17) Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan
penegakan Negara Islam Alamiyyah kepada anggotanya. Kegiatan dakwah
yang dilakukan adalah sebagai saham yang berharga kepada generasi
akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang
beriman dan bersabar, didunia ini dan juga diakhirat sebagaimana firman
Allah swt dalam surah AlHadiid: 28, “Hai orang yang beriman,
bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah
akan memberi rahmatNya kepada kamu dua (2) bahagian, dan menjadikan
untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan, dan Allah
akan
mengampunimu”.
mengampunimu”.
18) Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan
serta bergerak (muharriq) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai
bidang seperti pendidikan, ekonomi, perundangan, dakwah,
kesihatan, ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.
19) Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap
penerokaan baru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman
dakwah, ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.
20) Jemaah ini sentiasa mengalami ketakutan yang dialami. Mereka ini
akan terus beribadat kepada Allah dengan tidak mempersekutukanNya dengan
apa sekalipun. Dan ingatlah, sesiapa yang kufur atau engkar sesudah
itu, maka mereka itulah
orang-orang yang derhaka”.
(petikan dari buku Sheikh Mustafa Mashyur, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin)
Comments
Post a Comment