Orang Gaji
teringat satu hari tu..aku berjalan hendak ke Surau..pada masa itu, aku ambil keputusan untuk hendak ke surau dengan berjalan kaki..
dengan
berpakaian baju melayu dan kain pelekat...
kemudian aku melalui sebuah rumah
ini..di situ ada seorang orang gaji sedang membersihkan laman..
wanita, muda, lingkungan 20an..
orang Indonesia barangkali..
lintas saja aku di rumah itu, orang gaji itu memberi salam pada ku..
"Assalammualaikum"..
aku pun lihat wajahnya..
kelihatannya dia ceria melihat
aku..barangkali seronok apabila berjumpa dengan saudara seIslam..
aku senyum dan menjawab salam.."Waalaikumsalam"
aku terus berjalan..
kemudian, wajah aku bertukar..
perasaan sedih datang…bersalah
mana tidaknya…rumah yang dia sedang bekerja itu ialah rumah
orang bukan Islam..
siapa yang akan menjamin halal haram makanannya..?
dapatkah dia solat?
Dapatkah dia baca Al Quran?
siapa yang dapat menjamin yang dia tidak ditindas?
bersangka baik itu perlu..tetapi siapa yang dapat menjamin?? itu persoalannya..
aku risau, banyak kes yang aku dengar tentang penderitaan yang dihadapi oleh orang gaji, khususnya orang indonesia, lebih khusus orang Islam..
ada yang kena makan khinzir..di rogol..disebat..di streka badan..disimbah air panas...di maki..di pukul..dan paling dasyat sekali, dihalang untuk mengamalkan ajaran Islam..solat, puasa..semua tidak boleh buat..
mereka terpaksa akur, mereka terpaksa hidup dalam suasana kufur..kerana mereka perlu hantar duit buat keluarga mereka yang kelaparan dan kesusahan di sana..
Ya Allah, aku betul2 terasa tak berguna kerana tak dapat
berbuat apa2…
Aku hanya mampu berdoa agar ALLAH memperihara saudara Islam
aku itu, dan di seluruh dunia..
Sahabat2, tolong doakan sama2 ya..jika kita ada kuasa, guna
kuasa kita untuk mengubahnya..
perlu diingat, kita akan disoal di hari kemudian kelak..
semoga dia dipelihara disitu...
ReplyDelete