PR Ke Putrajaya DAP Bertakhta?
6 Mei 2013
"aish Ayah hensem bergaya nampak, kita
nak pergi mana lawa-lawa ni" tanya seorang anak kepada ayahnya
"kita akan ke Putrajaya Man" jawab
ayah dengan wajah yang ceria.
"langkah kita ke Putrajaya kali ini
bukan seperti sebelum ini, langkah ini membawa erti kemenangan..."
ALLAHHUAKHBAR!
persoalan yang tertanya tanya oleh kebanyakan
orang; siapa yang akan jadi perdana menteri?
Saya boleh bagi jaminan bahawa Chua Soi Lek dan Samy Vellu bukan
kerana secara jawatan, rasmi, bertulis, presiden BN adalah Najib tun Razak.
Beliau yang tandatangan Manifesto BN. Beliau seorang. Sedangkan, jika anda buka
buku jingga, ada 3 tandatangan di situ.
Maka jika betul naiknya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, akan
bertepuk tanganlah IFC. sebab dari mesej dalam Part 3 tadi, dah terbukti yang
Lim Guan Eng adalah “hidden hand” kepada IFC.
Itu adalah di antara hujah seorang sahabat dari Barisan Nasional
yang dipanjangkan kepada saya untuk mendapatkan pencerahan.
Saya bercadang untuk memberikan respon kerana saya melihat pada
komentarnya itu (ada banyak lagi) ada nilai. Tulisan beliau sebenarnya sangat
panjang, tetapi saya akan fokus satu persatu untuk memberikan pencerahan
terhadap kenyataan beliau.
FOKUS PENULISAN
Fokus penulisan ini bertujuan agar para pembaca sekalian tidak
terlari arah perbincangan sepanjang pembacaan.
Di dalam kenyataan sahabat ini, ada beberapa persoalan yang
memerlukan penjelasan satu persatu:
1.
Siapa ketua Pakatan
Rakyat?
2.
Siapa calon Perdana
Menteri dari Pakatan Rakyat andai berjaya menakluki Putrajaya.
3.
Adakah benar IFC akan
menapak andai PR menakluki Putrajaya.
Dari itu, untuk penulisan ini, saya hanya akan memberikan fokus
utama pada perkara dua (2) sahaja iaitu siapakah calon Perdana Menteri
Malaysia dari Pakatan Rakyat andai berjaya menakluki Putrajaya.
Kenapa saya memilih item ini?
Kerana item ini ialah item yang paling sesuai dalam mood rakyat
sekarang.
INI KALILAH!
MENCARI KEMUNASABAHAN
Saya merasakan sahabat BN ini begitu mendalam sekali kesumatnya
terhadap Pakatan rakyat. Ini boleh dilihat dalam hasil analisa umum beliau
terhadap isu ini.
Secara sifir mudah pun sudah kelihatan tidak logiknya.
Tetapi oleh kerana media masa dan media cetak banyak sekali
membuat propaganda yang semaksud dengan kenyataan beliau, maka ini ialah hasil
analisa saya terhadap isu ini.
Daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di Dewan Rakyat, DAP
hanya bertanding untuk 51 kerusi atau hanya sekadar 23 % sahaja. Berikut adalah
laporan BERNAMA berkenaan jumlah kerusi yang ditandingi oleh parti-parti
politik yang bertanding:
Of the 579 parliamentary candidates:
1.
221 are from Barisan Nasional (BN),
2.
73 (PAS),
3.
99 (PKR),
4.
51 (DAP),
5.
28 (State
Reform Party-STAR),
6.
8 (Sabah
Progressive Party-SAPP),
7.
9 (Barisan
Jemaah Islamiah Se-Malaysia-Berjasa),
8.
2 (Parti
Kesejahteraan Intan Tanah Air-KITA),
9.
1 (Parti Bersatu Sasa
Malaysia-Bersama),
10.
2 (Parti Cinta
Malaysia-PCM),
11.
6 (Parti Pekerja
Sarawak-SWP) and
12.
79 (independents).[1]
Nah, kalau 51 sahaja daripada 222 kerusi yang ditandingi DAP,
mustahillah DAP akan menjadi Perdana Menteri.
Kerana secara tradisi pemilihan Perdana Menteri akan dipilih
dari parti yang menang secara majoriti.
Sekarang ayuh kita bandingkan pula, antara Pakatan Rakyat dan
Barisan Nasional, koalisi yang manakah yang paling banyak bertanding di kawasan
Melayu Islam.[2]
NO
|
PARTI
|
JUMLAH
|
1
|
Pakatan Rakyat
|
145 kerusi
|
2
|
Barisan Nasional
|
131 kerusi
|
Hasilnya, fakta menunjukan Pakatan
Rakyat lebih mesra melayu Islam berbanding Barisan Nasional
Sekarang, ayuh bandingkan lagi, antara Pakatan Rakyat dan
Barisan Nasional, koalisi yang manakah calon bukan Islamnya lebih ramai.[3]
NO
|
PARTI
|
JUMLAH
|
1
|
Pakatan Rakyat
|
77 kerusi
|
2
|
Barisan Nasional
|
91 kerusi
|
Fakta juga menunjukan bahawasanya Pakatan Rakyat lebih mesra Melayu Islam berbanding Barisan
Nasional.
Kalau begitu, mana logiknya DAP akan pimpin Malaysia sebagai
Perdana Menteri?
Menurut Prof Dr Ahmad Atory Hussain pula, yang merupakan seorang
penganalis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, DAP tidak akan boleh
menjadi Perdana Menteri. Berikut ialah kenyataan penuh beliau:
Nak jadi Perdana Menteri mestilah sekurang-kurangnya daripada
220 kerusi itu mesti 111, 112 mesti dimenangi dan DAP tidak akan menang 111
kerusi, takkan menang.. ye ataupun kemungkinan besar kalau dia berjoin dengan DAP la kot…emm dengan PAS atau PKR.
Pada pandangan saya dia tidak akan dapat jadi perdana menteri, kerusi parlimen
tu pun dia tak boleh nak ambil.[4]
Dan di peringkat kepimpinan DAP sendiri pun, jawatan itu bukan
tujuan mereka.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 19 November 2012
calon cadangan daripada DAP untuk jawatan Perdana Menteri Malaysia ialah dari
kalangan orang Melayu. Berikut ialah kenyataan penuh beliau:
Kita telah buat kata sepakat sbelum ini, bahawa jika Pakatan
Rakyat menang, maka calon Perdana Menteri adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan
setakat ini tidak ada sebarang permintaan ataupun perubahan dan pendirian DAP
masih sama iaitu calon Perdana Menteri Pakatan rakyat adalah Dato’ Seri (Anwar
Ibrahim).[5]
RESPON TUAN GURU HAJI HADI AWANG
Berikut ialah jawapan daripada Presiden PAS, Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang berkenaan dengan persoalan ini.
Jawapannya tidak benar.
Yang pertama berdasarkan kepada resolusi bersama Pakatan Rakyat
yang berasaskan kepada konsep yang sudah ada di dalam perlembagaan iaitulah:
Islam sebagai agama persekutuan dan pada masa yang sama
agama-agama lain dilayan dengan adil.
Yang kedua hak istimewa orang melayu bumiputera.
Yang ketiga raja berpelembagaan.
Sudah tentulah semangat kerajaan yang ditubuh itu berdasarkan
apa yang telah ada dalam perlembagaan.
Iaitu semua masyarakat menerima hakikat bahawa majoriti rakyat
Malaysia adalah menganut agama islam. Bukan sahaja diterima oleh MCA,MIC dan
GERAKAN dalam Barisan Nasional, bahkan diterima oleh semua parti-parti yang
bukan Islam ataupun yang mempunyai ahli yang bukan Islam.
Oleh kerana itu maka DAP dan rakan-rakan bukan Islam dalam PKR
menerima resolusi yang disebut tadi iaitu Islam sebagai agama persekutuan.
Yang kedua hak istimewa orang melayu bumiputera
Yang ketiga raja mengikut perlembagaan.
Di mana kita tidak boleh melantik dengan sendiri bila telah
menang pilihanraya. Mestilah merujuk perlembagaannya dirujuk kepada persetujuan
Raja-raja Melayu yang diketuai oleh Yang Dipertuan Agong.
Alasan kedua kita dapat melihat sendiri apabila Pakatan Rakyat
menang di Perak pilihanraya kedua belas 2008. Walaupun PAS menang 6 kerusi
sahaja, Keadilan 8 kerusi dan DAP menang kerusi yang lebih besar, namun
akhirnya dengan perbincangan bersama Duli Yang Mulia Sultan Perak bersetuju
Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar.
Yang berikutnya mesti dilihat kepada kerusi-kerusi yang
dipertandingkan. Mengikut pembahagian kerusi yang dipertandingkan DAP
bertanding sekitar 50 kerusi daripada 222 kerusi. Dengan jumlah 222 kerusi DAP
tidak boleh mencalonkan wakilnya menjadi perdana menteri dengan jumlahnya tidak
mencukupi satu pertiga pun.
Dengan satu persefahaman yang berpijak, maka sesuatu pandangan
hendaklah berdasarkan kepada ilmu, jangan berdasarkan kepada satu sangkaan dan
andaian-andaian yang tidak baik.
Melalui asas-asas yang saya sebut tadi, kita dapat melihat
bagaimana DAP dan semua rakan-rakan yang bukan Islam menerima hakikat yang
sudah ada di dalam perlembagaan dan dipanjangkan melalui pembahagian kerusi
yang saya sebutkan tadi.[6]
INDAH HIDUP BERPANDU SUNNAH
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sekali lagi ketika membuat
ucapan penggulungan muktamar PAS kali ke 58 bertempat di PUTIK mengulas
berkenaan dengan isu perlantikan Perdana Menteri Malaysia dari Pakatan Rakyat.
Beliau menyebut:
Saya alu-alukan nak lantik saya perdana menteri, seronok juga
sepintas lalu. Tapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya
ni biar menangkan Islam lepas tu nak mati, matilah.
Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz
Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di
laut, Yan tu. Belum pergi lagi dia paling ke anak buah dia “hang tumbuk rempah
siap-siap.
Siap rempah, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan.. ikan
jenahak. Saya pun pergi lah, dia pun pergi sama ke laut boleh ikan belukang
besar kelingking. Ust Azizan ingat ke peristiwa tu. Saya tak mau jadi macam tu
la. Belum apa-apa dah buat rempah.
Dan kita kena belajar dari Nabi SAW. Bila NAbi SAW nak berhijrah
ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia
menawarkan negeri mereka dan penduduk mereka bagi menegakkan Islam.
Allah menjadikan kemenangan, jumpa satu satu kabilah. Satu
kabilah itu Kabilah Bani ‘Amir, Kabilah Bani ‘Amir, Nabi tawar Islam, Allah
menjanjikan kemenangan, boleh serahkan negara kita berjaya. Tiba-tiba pemimpin
mereka tanya:
Kalau menang siapa jadi raja? Kalau menang siapa jadi ketua?
Kalau menang siapa jadi menteri-menteri. Dia tanya Nabi. Lalu Nabi jawab “Kekuasaan itu bagi Allah, Allah bagi kepada siapa yang Dia
kehendaki.
Itu jawapan Nabi. Ini jawapan Nabi SAW. Jadi kita PAS ni kena
ajar begitulah. Haa itu dia cara dia.[7]
RUMUSAN
Setelah membuat penelitian, saya membuat konklusi bahawasanya:
1.
Tohmahan UMNO
hanyalah propaganda sahaja untuk menakut-nakutkan pengundi.
2.
DAP tidak boleh
menjadi Perdana Menteri atas faktor undang-udang dan praktis biasa (normal practice)
3.
Saranan saya agar semua
pihak tidak terjerat dengan permainan UMNO ini.
TAKBIR!
INI KALILAH!
Alor Setar
2 Mei 2013
2.04am
Penulis: Ustaz Ridhauddin
Tajuk: PR DI PUTRAJAYA, DAP DI TAMPUK KUASA?
[1] http://www.bernama.com.my/bernama/v7/wn/newsworld.php?id=943831
[2] Harakah
versi cetak, halaman 1.
[3] Ibid
[4] http://www.youtube.com/watch?v=3ObdBIRIs84
[5] http://www.youtube.com/watch?v=7s_7jJAq7r4
[6] http://www.youtube.com/watch?v=TKBQMAXNbnw&feature=youtu.be
[7] http://www.youtube.com/watch?v=k4TlzToAJvo
Comments
Post a Comment