My Voice, Sebuah Impian
Enrti kali ini, saya nak share sesuatu yang sangat istimewa dalam hidup saya. Ia adalah sebuah impian saya, Stephen R.Covey dalam bukunya "The 8th Habit" mendefinasikan impian itu sebagai "The Voice". Saya sudah jumpa impian saya, Voice saya. Mereka dibawah inilah impian saya....
membantu umat Islam dari sudut sosial, mengajar mereka cara pergaulan yang sihat, mengajar mereka kerja sekolah sangat mententeramkan hati ini. Memang penant, tapi berbaloi.
kami(saya dan rakan-rakan saya) mengambil keputusan untuk membantu kanak-kanak lembah bujang, Kedah dengan menyediakan kelas tambahan untuk mereka. Buat kat surau jaa. Sambutan sangat menggalakkan. Syukur pada ALLAH.
Ustaz Syukri merupakan penjaga saksiah kanak-kanak riang itu, dia jugak kena kawal tingkah laku mereka. Biasalah, budak-budak lagi, banyaklah kerenahnya. you just can imagine, kami nak kena jaga dalam 24 pelajar dari lingkungan 6 tahun hingga 17 tahun, memang mencabar. Nasib baik ada guru-guru lain dalam kalangan kawan-kawan kami yang sudi tolong.
kebiasaannya selepas sesi belajar, Ustaz Fauzan akan bagi kata-kata semangat dan sedikit pengisian untuk jiwa. well, sedikit sebanyak ia membantu. (^_^)
Harapan saya tinggi menggunung, memberi makna kehidupan pada budak-budak ini adalah impian saya. Dengan tuition 2 kali seminggu inilah, saya dan rakan-rakan sepejuangan membina generasi mukmin professional..fuhhh. ini baru peringkat awal pembinaan IMPIAN aku, banyak yang perlu dibuat..
tujuan entri ini dibuat untuk menggalakkan sahabat-sahabat lain diluar sana untuk cari IMPIAN masing-masing. Jika dah ada, boleh lah share baa. akhir kata, "Find your Voice, and share it"
usaha yang murni. teruskan dakwah dengan pendekatan pada masyrakat :) itu lah yg terbaik. In Shaa Allah. Moga Allah rahmati usaha itu :)
ReplyDeleteterima kasih banyak banyak.. Saudari patut cuba buat perkara seumpaman... ia benar-benar melembutkan hati kita, dan memumpuk kasih sayang antara manusia.
ReplyDelete