ANALISIS KEPUTUSAN PRU 13 - USTAZ HAFIDZI MOHD NOOR
Berikut saya sertakan analisis keputusan PRU 13 daripada Ustaz Hafidzi, Pengurusi Al Aqsa Sharif. Saya mengambil sikap positif dalam keputusan PRU 13, walaupun dalam hati, saya agak kecewa dengan keputusan tersebut atas sebab pelbagai kejadian aneh berlaku seperti kewujudan pengundi dalam kalangan orang asing, lampu black out ketika pengiraan undi, beg pengundi dibawa lari dan macam-macam lagi.
________________________________________________________________
berikut saya kongsikan beberapa rumusan keputusan PRU13
yg diedarkan oleh rakan rakan:
Fwd : Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang
dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah
tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.
Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR
yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti
lebih 2/3:
Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12
2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding
15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi
tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang
Teck Meng.
3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara
PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21
4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh
Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).
5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan
Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50%
berbanding 49% (1% lain-lain).
6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah
ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan
dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri
Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara
timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi
dan Datuk Lee Chee Leong.
7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua
kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen -
pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr
Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN)
ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota
Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri
berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14
9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah
di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini.
Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk
Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti
3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena,
manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan
majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha
Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada
calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak
5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai
khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh
di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.
10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM
Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.
11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka
melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.
12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO
BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka
baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan
Khalid Samad di Shah Alam.
Comments
Post a Comment