Amalan Murah Rezeki - Khas Buat Student dan Orang Baru Bekerja
Kenapa saya
kata khas untuk student dan orang yang baru bekerja?
Sebabnya zaman
time Universiti ni lah kita selalu kekurangan duit untuk makan, beli buku,
fotostat, print dan pelbagai perkara lagi.
Dan zaman baru
nak bina kerjaya ni lah yang banyak pakai duit, nak beli itu dan ini…kos hidup tinggi, kena berdikari dah, kena bagi mak ayah allowance pulak tu..haa..macam-macam..
amalan ini sebenarnya umum, siapa2 boleh amalkan..amalan ini adalah daripada "al Muhaddith Sayyid Muhammad Ibn 'Alawi al Maliki al Hasani"
Pertama sekali..”ubah
mind set kita tentang konsep rezeki”
Nak faham
rezeki ini dengan bahasa mudah ialah “apa-apa saja yang kita dapat manfaat
darinya, itu adalah rezeki”
Duit dalam
wallet kita belum tentu rezeki kita, duit dalam bank belum tentu rezeki
kita..nak katakana, tolong open minded sikit, “rezeki bukan bentuk duit”,
tetapi adalah manfaat yang kita dapat.
Takpa-takpa,
sekadar tu dulu..
Jadi, untuk
permulaan ini, ikut amalan ini
Baca surah Al
Waqiah setiap hari..
ehh panjangnya?
Ehh memanglah, nak murah rezeki ke tak nak ni?
nah, baca..
kemudian baca Doa ini selepas baca Surah Al
Waqi'ah;
Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, yang menjadi tempat menaruh
harapan bagi setiap yang besar. Ya ALLAH! mudahkanlah untukku urusan rezekiku.
Peliharalah aku dalam usaha untuk mendapatkannya daripada sebarang tipu helah
dan kepayahan, daripada hati yang sentiasa sibuk dan kepayahan, daripada hati
yang sentiasa sibuk memikirkannya, daripada keinginan yang sentiasa tetambat
kepadanya, daripada menghinakan diri kepada makhlukMu disebabkannya, daripada
asyik memikirkannya dan mentadbir untuk mendapatkannya dan daripada sifat kikir
dan bakhil selepas mendapatnya. Ya ALLAH! jadikanlah ia sebagai sebab untuk
mendirikan dan menegakkan 'ubudiyah kepadaMu dan menyaksikan segala hukum
rububiyyahMu. Ya ALLAH! uruskanlah urusanku dengan zatMu, dan janganlah Engkau
serahkan daku kepada diriku walaupun sekelip mata, atau pun kepada seseorang
dari makhlukMu. Perbaikilah segala keadaanku dan tunjukilah daku jalan yang
lurus; jalan ALLAH yang memiliki segala yang ada di seluruh langit dan bumi.
Ingatlah! Hanya kepada ALLAH kembali segala perkara.
Comments
Post a Comment