Tahun 2019 pengarah Korea Selatan Bong Joon Ho
telah mencipta kemenangan besar dalam Oscars 2020, dengan filemnya “PARASITE”
Mengikut kamus oxford, Parasite bermaksud “an
organism that lives in or on an organism of another species (its host) and
benefits by deriving nutrients at the other's expense”
Parasite boleh kita dapati pada spesis tumbuhan
dan haiwan di mana parasite ini akan pergi ke tumbuhan atau haiwan besar(host)
untuk ditumpang segala manfaatnya. Parasite juga boleh kita dapati diri
manusia.
Jadi bahasa mudahnya kalau seseorang itu
digelar “Parasite”, ia bermaksud dia adalah seseorang yang suka mengambil
kesempatan atas orang lain untuk kepentingan dirinya.
Saya tidak mahu ulas keseluruhan plot dalam ini,
dalam artikel ini saya akan sentuh isu utama yang dibawa untuk kita jadikan
tauladan dan pengajaran bersama.
Kepada yang belum menonton filem ini bolehlah
meluangkan masa 2jam untuk menghayati message yang cuba dibawa.
Isu utama
yang dibawa dalam filem ini adalah perbezaan “Social Class”di Negara Korea
Selatan. “Parasite” mengisahkan kehidupan keluarga “Park” yang sangat kaya raya
dan keluarga “Kim” yang sangat miskin kebuntuan.
Orang kaya
hidup di atas bukit, orang miskin hidup di bawah dan lorong. Cara lihat orang
kaya kepada orang miskin, dan orang miskin kepada orang kaya ditonjolkan dalam
filem ini.
Cerita ini
bermula dengan menggambarkan struggle yang keluarga Kim hadapi untuk terus
hidup. Pada suatu hari Ki-woo Kim anak lelaki keluarga “Kim” atas recommendasi
rakan baiknya, dia diberi peluang menjadi tutor kepada anak gadis keluarga “Park”.
Namun
melihat Isteri keluarga “Park” yang senang dimanipulasi, mereka nampak jalan
keluar kepada kemiskinan mereka. Iaitu dengan mengambil kesempatan atas orang
kaya.
Inilah
serba sedikit intro kepada filem ini. Untuk mengetahui lebih lagi, eloklah
tonton sendiri filem Parasite ini. Ia pasti membuat ada “speechless”.
Baik, kita
terus kepada perkara pertama yang kita boleh belajar dalam filem ini. Ia dapat
kita belajar dengan melihat kesilapan yang dilakukan oleh keluarga “Kim”.
Kesilapan
besar keluarga Kim adalah kerana sikap tamak mereka. Satu per satu helah dibuat
agar keluarga kim dapat mengambil kesempatan atas keluarga “Park”
Keluarga
Kim telah menjadi “parasite” dengan mengambil kesempatan atas keluarga “Park”
dan menganyai orang lain untuk kepentingan diri mereka.
Pertama: Keluarga
Kim menerusi anak perempuannya Ki-Jung telah membuat helah dengan meletakkan
seluar dalamnya dalam kereta keluarga park sehingga pemandu keluarga park
“Yoon” dipecat dan diambil alih oleh bapanya Ki-taek Kim.
Ini kerana apabila keluarga Park dapati
bahawa ada seluar dalam wanita dalam kereta mereka. Mereka beranggapan bahawa
pemandu mereka sudah membuat sesuatu luar batas.
Kedua: Keluarga
Kim telah membuat helah kepada pembantu rumah keluarga “park” sehingga dia
dipecat dan jawatan pembantu rumah itu diambil alih oleh Chung-sook Kim, isteri
kepada Ki-taek Kim.
Akhirnya keempat empat keluarga Kim, Bapa,
Ibu, anak lelaki dan anak perempuan berjaya mendapatkan pekerjaan di rumah
keluarga Park dengan cara penipuan dan menzalimi orang lain.
Dalam satu dialog Ki-Jung
(anak perempuan keluarga Lim)“Kita
yang perlukan bantuan, kita fikir kita sahaja!”
Ini
menunjukkan mereka tidak mahu fikir tentang orang lain, melainkan diri mereka
sendiri.
Ketiga: Chung-sook
Kim(isteri Ki-taek Kim) tidak
menunjukkan belas kasihan kepada Moon-kwang(orang gaji dulu) untuk membantu suaminya yang
telah lama tingal di bunker bawah tanah rumah keluarga park. Walaupun Moon
Kwang telah melutut dan merayu tetapi rayuannya tidak diendahkan.
“Tolonglah, kita sama sama orang susah” Kata
Moon Kwang orang gaji lamanya
“Tidak, kamu sahaja orang susah!” Jawab Chung-sook
Kim, lalu disambung
“Saya akan beritahu polis”
Keluarga Kim lupa bahawa diri mereka juga
pernah susah dahulu. Sehinggalah suatu incident berlaku menyebabkan rahsia
keluarga Lim terbocor apabila Moon-Kwang dan suaminya mendapat tahu bahawa
keluarga Kim telah membuat tipu daya agar dapat menumpang senang keluarga park.
(menjadi parasit)
Rahsia terbongkar, di sinilah permulaan
segala konflik. Pergelutan antara dua keluarga miskin ini, iaitu Keluarga Kim
dan keluarga Moon –Kwang (Orang gaji lama) berlaku.
Akhirnya pergelutan ini menyebabkan kematian
kepada kedua duanya, menyebabkan kehidupan keluarga mereka menjadi caca marba. Akibat
sikap tamak dan pentingkan diri keluarga mereka, akhirnya putaran hidup berubah
dari berada di “atas” terus jatuh ke “bawah”, tempat mereka bermula.
Andainya
Ki-woo Kim dan Ki-Jung Kim hanya fokus pada mendidik anak-anak keluarga Park
tanpa ganggu rezeki dan sailang kerja si Driver dan si Pembantu rumah, tentulah
kejadiannya tidak seburuk ini.
Ya mereka
memang menipu juga bab sijil akademik mereka. Tetapi soal ilmu dan bakat mereka,
itu tulen sama sekali.
Pendek
kata, bila sudah ada peluang, manfaatkan sebaiknya peluang itu “tanpa melampaui
batas”. Usah ganggu rezeki orang lain, usah sailang peluang atau pekerjaan
orang lain, ini soal keberkatan. Paling penting adalah mula pandang kedepan,
bersabar dan terus berusaha sehingga impian kita tercapai.
“There are
three type of person, those who on top, those at the bottom and those who fall”
[ SPOILER
ALERT! ]
Bagi saya ‘The
Platform’ merupakan sebuah filem yang membawa message yang sangat deep. Agak sukar untuk menghuraikan
keseluruhan filem ini sebenarnya, kerana message yang cuba dibawa sangat banyak
dan saya sendiri rasa bahawa terdapat banyak lagi message yang mungkin saya dan
rakan-rakan lain terlepas.
Sejujurnya
filem ini membuatkan saya banyak terdiam berfikir daripada bercakap atau
menulis untuk cuba menghuraikan message dalam filem ini. Tapi dalam perkongsian
ini saya cuba juga menghuraikan filem ini mengikut kaca mata peribadi saya.
Secara
ringkasnya, watak utama dalam filem ini adalah “Goreng”. Dia memasuki sebuah
penjara yang dipanggil “The Hole” yang dibina secara vertical ini secara sukarela untuk
mendapatkan accredited diploma. Secara keseluruhan penjara ini ada 333 level,
dan setiap level ditempatkan dua orang, menjadikan ia 666 orang.
Mengikut
pencarian ringkas di google, “666” melambangkan simbol antichrist atau syaitan.
Angka 666 juga melambangkan satu sistem manusia yang dipisahkan dari Tuhan dan
di bawah pengaruh syaitan.
Okay kita move
on,
Ramai yang
masuk ke dalam penjara “The Hole” ini kerana ia nampak seolah olah menjajikan sesuatu
yang diingini. Orang seperti goreng masuk ke dalam The Platform supaya dia dapat
accredited diploma. Selain itu ia memberikannya masa untuk membaca buku dan
mungkin berhenti merokok.
Orang
seperti Trimagasi pula masuk kerana untuk dapat kelebihan masa hukuman. Dengan
masuk ke “The Hole”, dia hanya perlu berada dalam penjara itu selama setahun
sahaja. Memandangkan dia dengan tidak sengaja telah membunuh orang.
Miharu pula masuk secara sukarela supaya dia
mampu menjadi “Asia Marilyn Maonroe” dan Imoguiri juga masuk secara sukarela
kerana ingin mengubati penyakit Kanser nya.
Okay, kita
move on lagi
Sistem
penjara “The Hole” ini amat aneh daripada penjara biasa. Setiap cell akan
dijamu sekali sehari. Sebuah platform yang berisi makanan akan turun dari satu
cell ke satu cell, dan setiap cell diberikan masa 2 minit untuk makan.
Makanan
mewah 10 bintang dihidang ke atas platform. Kemudian platform yang dipenuhi
makanan itu akan turun dari satu tingkat cell kepada satu tingkat cell.
Apabila
orang di cell atas habis tempoh makan, platform makanan itu akan turun kepada
orang di cell bawah. Habis tempoh 2 minit, platform itu akan turun lagi ke cell
seterusnya sehinggalah capai cell paling bawah.
Masalah
timbul apabila orang diatas makan lebih penuh kemewahan, orang dibawah akan
kurang atau tiada makanan. Menyebabkan mereka lapar dan bertindak luar tabiat
manusia.
"Hunger unleashes
that madman in us. It's better to eat than be eaten."—Trimagasi
Apabila tiada makanan
di cell bawah, 2 kemungkinan akan berlaku. “Bunuh diri atau bunuh orang lain
untuk makan (canibal)”
Jadi situasi
ketiadaan makanan inilah yang menjadi struggle setiap banduan dalam “the hole”.
Dalam struggle inilah kita akan lihat wajah sebenar seseorang itu.
Filem ini menceritakan
sebuah realiti kehidupan. Dalam hidup ada mereka yang di atas, ada mereka yang
dibawah, dan ada mereka yang jatuh (putus asa). Setiap bulan mereka akan
ditukarkan ke level berlainan. Kadang di atas, kadang ditengah dan kadang
dibawah. Ia menggambarkan reality kehidupan mananusia ini ibarat sebuah roda.
“Kadang-kadang
kita diatas, kadang-kadang kita dibawah”
Boleh saya
katakan ada dua skop besar yang disentuh dalam filem ini. Pertama adalah “manusia”
dan kedua adalah “sistem”.
SISTEM
Sistem
merupakan sesuatu perkara yang bersifat teratur bagi menjalankan sesuatu.
Sistem yang bagus akan memberi kebaikan kepada ramai, manakala sistem yang
buruk akan memberi keburukan kepada ramai.
Dalam filem
ini jelas menunjukkan sistem yang ada lebih membawa keburukan kepada ramai,
terutamanya orang dibawah. Orang atas diberikan kelebihan makanan. Boleh makan
seperti raja dan pembesar. Manakala orang yang dibawah perlu memakan sisa orang
diatas. Jika makanan itu habis, maka berlaparlah orang dibawah.
Kalau kau
dibawah, cara untuk kau survive adalah untuk makan kawan kau (cannibal, manusia
makan manusia)
Kau hidup
atau mati, kau kenyang atau kau lapar, tiada siapa yang peduli. Itulah sistem
yang ada. Itulah symbol 666. Satu sistem yang dipisahkan dari Tuhan dan di
bawah pengaruh syaitan.
MANUSIA
Terdapat
pelabagai perangai manusia yang dipaparkan dalam filem ini.
Pertama:
Manusia yang tamak dan mementingkan diri. Makan gelojoh dan banyak tanpa
memikirkan orang bawah. Watak seperti ini dapat dilihat pada hampir setiap
individu dalam cell.
Kedua: Manusia
yang tidak mahu orang sama level atau lebih darinya. Orang seperti ini
dipaparkan ketika Baharat cuba meminta tolong orang di tingkat 5 (Ketika itu
Bharat dan Goreng berada di tingkat 6) untuk membantunya memanjat “The Hole”
itu. Apa yang Baharat dapat adalah najis yang dijatuhkan pada mukanya.
Ketiga: Kawan
makan kawan. Ini yang dipaparkan dalam watak Trimagasi. Dia akan lakukan apa
sahaja asalkan dia mampu hidup termasuk membunuh rakan sendiri. Ketika dia
dalam kesempitan dia cuba makan goreng supaya dia tidak mati kelaparan.
Keempat:
Manusia yang berputus asa. Imoguiri bunuh diri apabila ditempatkan ke cell 202
(boleh dikatakan dari level 100 kebawah adalah level neraka, tiada makanan yang
tinggal). Walaupun sebelum ini dia amat optimistic untuk melakukan perubahan.
Namun, sudahpun berputus asa, dia tidak mahu kawannya Goreng ikut jejak
langkahnya. Dia berikan tubuhnya untuk dijamah jika goreng terdesak kelaparan
Kelima:
Manusia yang sanggup berkorban demi orang lain. Ini jelas terpapar dalam watak
Miharu yang sangat ambil berat akan anaknya. Miharu sanggup risikokan nyawanya demi
anaknya.
Keenam:
Manusia yang proaktif. Mereka adalah “change maker”. Ini terpapar dalam watak
Goreng dan Baharat yang sanggup risikokan nyawanya untuk memastikan orang-orang
dibawahnya dapat makan. Dan mereka sanggup turun ke cell paling akhir untuk
sampaikan “message” perubahan.
TIGA MESSAGE
UTAMA
Pertama: Untuk mengubah
sesuatu sistem yang corrupt. Manusia
perlu berani melawan dan mengajak orang lain kepada sebuah perubahan. Pertama
perubahan sikap diri sendiri dan kedua adalah perubahan sistem.
Kedua: Manusia
boleh berubah dengan kelembutan dan manusia juga boleh berubah dengan kekerasan.
Tetapi kelembutan perlulah diutamakan agar orang lain faham isi sebenar
perubahan itu.
Ketiga: Tetapi bagaimana
untuk mengubah sistem? Bagi saya untuk mengubah sesuatu sistem adalah dengan
menghantar message kepada pembuat
sistem itu, bahawa sistem sedia ada masalah besar dan perlu ditambah baik atau
dibuang.
Nah, Jadi inilah huraian ringkas peribadi saya mengenai filem The Platform. Ia best dan sangat deep. Harap anda sukakannya. Segalanya yang silap atau tersasar fakta, maafkan saya. Oh ya, bagi saya filem ini terlalu ganas dan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Kepada yang belum menonton, bolehlah menonton dengan penuh khusyuk. Akhir kata, suka untuk saya quote ayat dari watak utama
Nah, Jadi inilah huraian ringkas peribadi saya mengenai filem The Platform. Ia best dan sangat deep. Harap anda sukakannya. Segalanya yang silap atau tersasar fakta, maafkan saya. Oh ya, bagi saya filem ini terlalu ganas dan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Kepada yang belum menonton, bolehlah menonton dengan penuh khusyuk. Akhir kata, suka untuk saya quote ayat dari watak utama
"Change never happens spontaneously" - Goreng
TIGA MESSAGE UTAMA FILEM THE PLATFORM (REVIEW)
kaizannazlan
6:45:00 PM
Budak flat
bangun! .....Budak flat bangun!!..... Budak Flat bangunnnnnn!!!
Lirik pemyanyi
Aman Ra sangat kena dengan apa yang aku nak tulis ni
Sejujurnya aku
bukanlah 'fan' dalam rancangan Maharaja Lawak, apatah lagi Maharaja Lawak Mega
mahupun jika dibuat Maharaja Lawak Dewa
Namun ada
sahaja lawak pentas pelawak-pelawak itu yang aku layan suka-suka. Seperti
pementasan Jozan, Boncey, Jambu dan lain-lain
Namun yang aku
kenal hanya yang musim awal sahaja. Daripada musim keempat sehingga musim
sekarang (tak tahu dah berapa musim) . Aku tak kenal dan tak ambil tahu
Baru-baru ini
sehingga hari ini isu artis minta perhatian dan bantuan khusus dari Kerajaan
akibat penularan wabak COVID-19 menjadi perbualan hangat. Membawang sampai tak
ingat hari ini hari apa
Siang malam
membawang si media sosial
Artis Malaysia
dibandingkan dengan artis korea dan bla bla bla. Pokok pangkalnya golongan
artis nak bantuan khusus buat mereka dan netizen tidak Setuju
Tup tup sibuk
membawang. Keluar satu screenshot tentang "Man Raja Lawak", dia
memuat naik post menyatakan hasrat untuk berkongsi rezeki dengan orang-orang
yang memerlukan saat ini sebanyak RM50K
Kejap! Siapa
Man Raja Lawak? Aku tak undi dia, aku tak kenal dia.ye lah, aku kan tak layan
Raja Lawak sejak sekian lama (sejak Bob Luqman keluar dari rancangan itu)
Aku rasa lain
macam, sebab di saat artis-artis lain meminta bantuan, dia pula yang beri
bantuan
Siapa dia?
Bila aku type
'Man Raja Lawak' di Youtube. "Barulah, laaaaaarr, mamat ini ka? "
Sejujurnya aku
memang suka content video-videonya bersama mamak Caca di Youtube. 'Muka
blur-blur sotongnya' sudah cukup buat aku tergelak
Videonya pendek
dan menghiburkan
Ada juga
kelihatannya dalam berberapa drama-drama Melayu
Tak sangka pula
orang yang aku layan lawaknya di Youtube merupakan Juara Maharaja Lawak musim
ke 5
Man Raja Lawak
ini ada kebolehan meniru watak orang. Antarnya meniru watak Eric Yong dan Dato
Fadzilah Kamsah. Tapi bagi pendapat personal aku, kuatnya dia dalam expresi
wajahnya
Ada satu video
dalam youtube Mamak Caca sembang santai bersama Man Raja Lawak yang membuat aku
bertambah suka dengan peribadi Man ni
Video hampir 40
minit itu menceritakan perjalanan jatuh bangun Man Raja Lawak dalam industri
seni. Ikut perkiraan aku, sudah 14 tahun Man berjuang untuk menjadi pelawak
terkenal
Selama 5 tahun
pertama beliau cuba masuk rancangan raja lawak dari musim pertama lagi.
Akhirnya pada musim kelima barulah takdir menyebelahinya
Apa yang aku
suka dengan Man Raja lawak ini adalah characternya. Dia
Bagi aku dia
seorang yang humble dan tak kisah hidup mewah atau tidak. Semuanya serba boleh,
tak kisah. Orangnya gigih berusaha dan akan terus berusaha sehingga impiannya
tercapai
Daripada
seorang posmen hingga menjadi artis pementasan. Namun pasang surut kehidupan
tidak boleh dielakkan. Begitu juga Careernya, pasang surut sama juga seperti
seniman-seniman lain. Namun kesungguhannya mengejar impian itu tidak pernah
surut. Bagi aku itu kekuatan utamanya
Ini yang aku
brlajar tentang dirinya dalam video-video dan pembacaan aku
"Walaupun
sehebat mana ujian, kau tetap bangkit berusaha mengejar impian"
Berbalik pada
isu dia cuba membantu orang-orang susah saat ini (COVID-19) wajar mendapat
pujian. Saat artis sibuk memohon empathy kerajaan, Mat ini pula sibuk nak bantu
orang, sehingga sanggup nak gadaikan motor dan keretanya. Ini namanya langkah
panjang
Nasihat arwah Abam
Boncey wajar kita renung kembali. Bila kita selalu buat baik pada orang, pasti
orang akan suka kita
Aku doakan
orang-orang seperti Man Raja Lawak di luar sana terus berjuang mengejar impian.
Sentiasa bersabar, sentiasa bersyukur dan sentiasa membantu orang lain. Pasti
kelak, kemenangan menjadi milik mereka
Kaizan Nazlan
Penulis Jalanan
MAN RAJA LAWAK YANG TIDAK AKU KENALI
kaizannazlan
8:25:00 PM
Jujurnya, terasa berat untuk melangkah tahun
2020. Selain berat badan yang semakin naik, berat isu-isu ekonomi juga menjadi
faktor. Mengharapkan matahari kembali menyinar,
namun pemberita cuaca melaporkan tahun mendatang ini semakin mencabar.
Usah harapkan kereta terbang, inovasi canggih
itu juga boleh kena petir dengan cuaca ekonomi yang mencengkam
“Ahhh sudah……..”
Sudahlah tahun 2019 penuh mencabar, inikan pula
perlu bertarung silat dengan lawan yang lebih kuat lagi?
“Mati lah aku!”
Banyak misi 2019 tergendala akibat kekurangan diri sendiri dan kelembapan ekonomi. Apa yang dirancang, hampir tiada yang tercapai. Jadi apa yang nak diharapkan lagi pada tahun 2020?
Badan aku menjadi kaku, fikiran aku buntu.
“Mampukah aku?” itulah yang sering bermain
dalam kepala aku
Dulu aku pernah kurungkan diri dalam bilik. Takut
untuk keluar rumah. Takut kecewa. Takut rugi. Takut tersakiti. Jadi aku fikir,
dengan hanya duduk diam, fikiran aku mampu tenang.
Tetapi ternyata aku silap. Hanya berdiam diri
tidak akan membawa aku kemana. Ia sebenarnya membuat aku stuck dan terlepas
banyak peluang-peluang di luar sana.
Jadi hari ini, tahun ini. Aku tidak mahu
terjerat dalam lubang yang sama. Nak tak nak, suka atau tidak, aku kena keluar
ikhtiar dan berusaha.
Aku sedar, walau senang atau susah, perjuangan perlu diteruskan. Kegagalan bukan untuk kita merantap dengan tanggisan. Tetapi gagal datang untuk kita belajar.
Aku sedar, walau senang atau susah, perjuangan perlu diteruskan. Kegagalan bukan untuk kita merantap dengan tanggisan. Tetapi gagal datang untuk kita belajar.
Aku sedar, aku tidak boleh
mengharapkan kepada sesiapa. Aku perlu belajar berdiri atas kaki sendiri. Berusaha
selagi boleh.
Aku perlu terus buat apa yang aku
mahir. Aku perlu terus menulis dengan pena hati. Bukanlah untuk memberi
nasihat, hanya untuk berkongsi meluahkan isi hati. Kerana itu ubat kepada diri.
Apa yang aku tulis, sebenarnya itulah ubat kepada hati aku sendiri.
Andai misi aku tergendala lagi pada tahun 2020 ini. Satu sahaja yang aku mohon dari TUHAN, iaitu kekuatan HATI. Supaya aku banyak bersabar dan bersyukur
Pesan Ustaz Pahrol ini aku genggam demi melangkah tahun yang lebih mencabar ini
"Apabila Allah tidak beri apa yang engkau pinta. Sebenarnya Dia telah berikan engkau sesuatu yang lebih berharga. Pemberian itu namanya SABAR" - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
LIMA KEKUATAN
DIRI YANG KITA PERLUKAN
1.Banyak bersabar dengan apa jua bentuk ujian. Susah
dan senang itu adalah ujian. Bila susah, banyakkan bersabar menahan amarah dan
lapar. Bila senang banyakkan sabar dari gelojoh dan membazir.
2.Bersyukur dengan apa yang ada. Manfaatkan resources
yang ada sebaiknya untuk menggerakkan perancangan. Every peny count
3.Tawakkal kepada Allah S.W.T. setelah berdoa,berusaha,
ikhtiar, seterusnya serahkan segala urusan kepada Allah S.W.T. Dia Maha
Pemurah, Dia Maha Penyayang, Dia Maha Pemberi
4.Istighfar diri. Sentiasa mohon ampun kepada
Allah S.W.T atas dosa-dosa yang kita lakukan secara sedar atau tanpa sedar.
Sentiasa amalkan istighfar 1000 kali sehari dan perbanyakkan solat taubat agar
hati kita bersih dari kelopak hitam yang busuk.
5.Bersangka baik. Walaupun sudah banyak ikhtiar
tetapi masih gagal? Jangan pernah berputus asa. Teruskan lagi, cuba lagi,
berusaha lagi. Kerana Thomas Edison yang mencipta lampu mentol sendiri telah
gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya menghasilkan sebiji mentol yang menyala
terang.
Sentiasa mohon kepada Allah S.W.T agar
kurniakan kita kekuatan-kekuatan ini. Kerana ia adalah sejata untuk menguatkan
perisai diri.
Moga satu hari nanti, kita semua menjadi orang-orang menang. Di sini (dunia)dan di sana (akhirat)
“Sesungguhnya
sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(QS.
Al-Insyirah: 6)
Kaizan Nazlan
Penulis Jalanan
TAHUN 2020 SEMAKIN MENCABAR?
kaizannazlan
7:08:00 AM
Antara perkara popular yang sering
orang ramai lakukan setiap kali masuk tahun baru adalah membina “AZAM TAHUN
BARU”. Ia sangat bagus, lagi-lagi azam tahun ini membuat kita ghairah untuk mencapai
sesuatu yang kita inginkan.
Cabarannya ialah ramai yang berputus
asa setengah jalan. Baru sebulan dua berusahasa, sudah menyerah dengan pelbagai
alasan
“Bro, tak nampak jalan lah”
“Brother, tahun depan je lah. Dah ke
laut”
Ada yang lupa yang dia pernah buat
azam sebelum masuk tahun baru
“Hah Azam? Aku pernah buat eh”
Biasalah, kita adalah manusia. Sedangkan
iman kita boleh naik dan turun, inikan pula azam baru. Pasti ada detik ketika
kita semangat gila, ada ada ketika kita rasa down gila. Itu normal dalam hidup.
Cumanya apa yang kita nak adalah
bukan menyerah kalah bila jatuh atau penat lelah, tetapi berehatlah dan terus
bangun berusaha mencapai matlamat
Sempena memasuki tahun baru ini,
marilah kita sama-sama membuat azam tahun baru agar ia menjadi motivasi hidup
kita. Orang kata Benjamin Franklin, “If you fail to plan, you are planning
to fail!”
Masih belum terlambat untuk kita
mempunyai azam tahun baru. Di sini saya kongsikan 10 TIPS CAPAI AZAM TAHUN BARU
1) Tentulah yang paling utama dari
yang utama adalah untuk membuat listing azam tahun baru. Ambil pencil dan
kertas. Atau boleh gunakan apps note dalam handphone. Tulis 10 ke 20 apa yang
anda inginkan. Kemudian dari listing tersebut, pilih tiga ke lima sahaja
matlamat yang anda benar-benar ingin capai pada tahun ini.
2) Setelah buat listing dan pilih
tiga ke lima matlamat, anda perlu tulis azam tahun baru anda pada sekeping
kertas dan letakkannya ke berberapa tempat seperti pintu bilik anda, dan cermin
dalam bilik. Supaya setiap kali anda ingin bersiap dan keluar bekerja, anada
akan ingat azam anda pada tahun ini.
Anda juga boleh tulis dalam handphone
dijadikan wallpaper atau simpan dalam applikasi notes
3) Kepada orang yang mempunyai daya
visual yang kuat, sangat bagus untuk anda melukis atau menampal gambar-gambar
impian anda. Lukis atau tampal dengan penuh kreatif dan jika ada warna warni
lebih bagus.
Jika anda ingin kurus, lukis atau
tampal diri anda telah kurus, jika anda ingin membeli kereta, lukis atau tampal
gambar kereta yang anda inginkan.
Teknik ini namanya “Vission Board”
4) Setelah siap menulis, melukis
azam, sekarang anda perlu sentiasa bercerita tentang apa yang anda Ingin capai
pada tahun ini kepada keluarga dan kawan-kawan.
Ini penting supaya keluarga dan
kawan-kawan anda boleh bagi sokongan. Jika dia ada kenalan yang boleh membantu
anda, dia boleh tolong kenalkan. Paling tidak dia boleh tolong doakan anda.
Jangan biar rahsia, kongsikan
5) Buat perancangan bagaimana untuk
capai azam anda.Apakah strategy dan teknik yang anda perlukan? Rangka master
plan anda sebaik mungkin.
6) Sentiasa cek perkembangan anda
mencapai matlamat. Adakah progressnya baik? Atau adakah terbantut di pinggir
jalan? Jika baik, teruskan apa yang kita buat. Jika tidak, kita perlu perbaiki
mana yang silap.
7) Buat time line bila nak capai
matlamat itu. Lagi cepat ia tercapai, lagi bagus kan? Boleh kita buat azam lain
pula.
8) Cari kawan dan rapatkan circle
yang boleh membantu anda mencapai matlamat anda. Perbanykkan kawan-kawan
positif yang berpontensi membantu anda. Kena rajin berkawan. Mana tahun kawan
baru anda itu boleh bantu anda capai matlamat anda, atau dia ada kawan-kawan
yang boleh bantu anda.
Mana tahu kan?
9) Cari bantuan-bantuan yang boleh digunakan seperti badan
kerajaan, swasta. Seperti Geran, bantuan kerajaan ka, program insentif ka,apa
ka, cari dan gali.
Selain itu, anda boleh mencari individu-individu yang boleh
menjadi guru pembimbing anda.
10) Yang terakhir, pastilah “Jangan biarkan matlamat bermain
dalam fikiran sahaja”. Jangan banyak berfikir dan mula bertindak. Keluar rumah
dan mulakan langkah mencari ruang dan peluang yang anda.
Moga perkongsian ringkas 10 TIPS CAPAI AZAM TAHUN BARU ini sedikit
sebanyak
mampu membantu anda membina azam diri anda. Selamat berjuang!
Kaizan Nazlan
Penulis Jalanan
10 TIPS CAPAI AZAM TAHUN BARU
kaizannazlan
7:40:00 PM