10 TIPS CAPAI AZAM TAHUN BARU
Antara perkara popular yang sering
orang ramai lakukan setiap kali masuk tahun baru adalah membina “AZAM TAHUN
BARU”. Ia sangat bagus, lagi-lagi azam tahun ini membuat kita ghairah untuk mencapai
sesuatu yang kita inginkan.
Cabarannya ialah ramai yang berputus
asa setengah jalan. Baru sebulan dua berusahasa, sudah menyerah dengan pelbagai
alasan
“Bro, tak nampak jalan lah”
“Brother, tahun depan je lah. Dah ke
laut”
Ada yang lupa yang dia pernah buat
azam sebelum masuk tahun baru
“Hah Azam? Aku pernah buat eh”
Biasalah, kita adalah manusia. Sedangkan
iman kita boleh naik dan turun, inikan pula azam baru. Pasti ada detik ketika
kita semangat gila, ada ada ketika kita rasa down gila. Itu normal dalam hidup.
Cumanya apa yang kita nak adalah
bukan menyerah kalah bila jatuh atau penat lelah, tetapi berehatlah dan terus
bangun berusaha mencapai matlamat
Sempena memasuki tahun baru ini,
marilah kita sama-sama membuat azam tahun baru agar ia menjadi motivasi hidup
kita. Orang kata Benjamin Franklin, “If you fail to plan, you are planning
to fail!”
Masih belum terlambat untuk kita
mempunyai azam tahun baru. Di sini saya kongsikan 10 TIPS CAPAI AZAM TAHUN BARU
1) Tentulah yang paling utama dari
yang utama adalah untuk membuat listing azam tahun baru. Ambil pencil dan
kertas. Atau boleh gunakan apps note dalam handphone. Tulis 10 ke 20 apa yang
anda inginkan. Kemudian dari listing tersebut, pilih tiga ke lima sahaja
matlamat yang anda benar-benar ingin capai pada tahun ini.
2) Setelah buat listing dan pilih
tiga ke lima matlamat, anda perlu tulis azam tahun baru anda pada sekeping
kertas dan letakkannya ke berberapa tempat seperti pintu bilik anda, dan cermin
dalam bilik. Supaya setiap kali anda ingin bersiap dan keluar bekerja, anada
akan ingat azam anda pada tahun ini.
Anda juga boleh tulis dalam handphone
dijadikan wallpaper atau simpan dalam applikasi notes
3) Kepada orang yang mempunyai daya
visual yang kuat, sangat bagus untuk anda melukis atau menampal gambar-gambar
impian anda. Lukis atau tampal dengan penuh kreatif dan jika ada warna warni
lebih bagus.
Jika anda ingin kurus, lukis atau
tampal diri anda telah kurus, jika anda ingin membeli kereta, lukis atau tampal
gambar kereta yang anda inginkan.
Teknik ini namanya “Vission Board”
4) Setelah siap menulis, melukis
azam, sekarang anda perlu sentiasa bercerita tentang apa yang anda Ingin capai
pada tahun ini kepada keluarga dan kawan-kawan.
Ini penting supaya keluarga dan
kawan-kawan anda boleh bagi sokongan. Jika dia ada kenalan yang boleh membantu
anda, dia boleh tolong kenalkan. Paling tidak dia boleh tolong doakan anda.
Jangan biar rahsia, kongsikan
5) Buat perancangan bagaimana untuk
capai azam anda.Apakah strategy dan teknik yang anda perlukan? Rangka master
plan anda sebaik mungkin.
6) Sentiasa cek perkembangan anda
mencapai matlamat. Adakah progressnya baik? Atau adakah terbantut di pinggir
jalan? Jika baik, teruskan apa yang kita buat. Jika tidak, kita perlu perbaiki
mana yang silap.
7) Buat time line bila nak capai
matlamat itu. Lagi cepat ia tercapai, lagi bagus kan? Boleh kita buat azam lain
pula.
8) Cari kawan dan rapatkan circle
yang boleh membantu anda mencapai matlamat anda. Perbanykkan kawan-kawan
positif yang berpontensi membantu anda. Kena rajin berkawan. Mana tahun kawan
baru anda itu boleh bantu anda capai matlamat anda, atau dia ada kawan-kawan
yang boleh bantu anda.
Mana tahu kan?
9) Cari bantuan-bantuan yang boleh digunakan seperti badan
kerajaan, swasta. Seperti Geran, bantuan kerajaan ka, program insentif ka,apa
ka, cari dan gali.
Selain itu, anda boleh mencari individu-individu yang boleh
menjadi guru pembimbing anda.
10) Yang terakhir, pastilah “Jangan biarkan matlamat bermain
dalam fikiran sahaja”. Jangan banyak berfikir dan mula bertindak. Keluar rumah
dan mulakan langkah mencari ruang dan peluang yang anda.
Moga perkongsian ringkas 10 TIPS CAPAI AZAM TAHUN BARU ini sedikit
sebanyak
mampu membantu anda membina azam diri anda. Selamat berjuang!
Kaizan Nazlan
Penulis Jalanan
Comments
Post a Comment